Monday, October 10, 2011

kisah arwah toki

aku selalu terpegun dengan kisah orang dulu-dulu.. macam2 ilmu diaorg ada.. ilmu berjalan atas air lah.. ilmu silat lah.. mcm2..

dari apa yg diceritakan oleh mak, toki aku ni serba-serbi pandai..ni aku nak citer pasal ilmu bercakap ngan binatang.. orang dulu2 bela anjing.. peranan anjing ni utk jaga kawasan ladang ngan kawasan rumah.. so ikut citer mak, anjing ni pengikut setia toki. kalau toki ke sawah atau masuk hutan ke, memang anjing ni jadi peneman.

sekali tu kata mak, toki ada kat sawah padi, tepi hutan la kot.. pastu anjing tu datang kat toki, menyalak2.. terus toki cakap kat anjing tu, "gi lah tangkap.. tapi mung gigit kaki je, jgn gigit tempat lain.." anjing tu pun pegi dari situ.. kejap je lepas tu, anjing tu datang.. datang bawak rusa sekali.. ooo rupanya tadi tu anjing tu bgtau toki, dia jumpa rusa, pastu tanya toki, nak tangkap ke tidak...wah.. hebat.. hebat..

yelah.. ilmu Allah ni terlalu luas... seluas lautan pun masih lagi tak dapat menandingi ilmu Tuhan.. mungkin selautan tu hanyalah setitis yg Allah bagi kat kita..

MasyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!