Saturday, October 22, 2011

KISAH ANAK TAK SAF TARAF.. DARI KECIL HINGGA DEWASA HINGGALAH KE LIANG LAHAD

Aku terpanggil nak berkongsi pasal anak tak saf taraf ni..

Kisahnya, itu hari aku tolong sorang makcik ni isi borang nak dapatkan bantuan persekolahan cucu nye.. Maklumat yg aku dapat amatlah menyedihkan aku.. NAMA ANAK: Ada . NAMA BAPA: TIDAK DIKETAHUI IC BAPA: TIDAK DIKETAHUI

budak ni baru umur 6 tahun. Bila aku sembang ngan sedara terdekat, ada diantaranya guru sekolah, lagi lah aku terkejut.. Rupanya ada banyak kes yang sama.. TIADA NAMA BAPA.

Jadi, umum mengetahui yg seseorang anak ada ibu bapa.. jadi semestinya mempunyai nama ibu dan nama bapa.. walaupun ibu bapa dah meninggal.. walaupun ibu bapa dah bercerai.. DAN budak2 sekolah pun faham konsep ni..amat mudah..

Jadi, bayangkan, bila budak ni dah masuk sekolah.. kwn2 lain ada nama bapa.. yg dia pulak TAK DE NAMA BAPA.. kesannya, budak ni akan jadi MANGSA BULI selama mana dia berada di alam persekolahan.. Alangkah kesiannya budak ni

OK, skrg andaikan budak ni, kita namakan sbg ALI. Skrg ALI dah masuk sekolah menengah.. dan ALI ni bagus dalam bab2 agama. rajin pegi surau.. rajin pegi masjid.. Sekali tu ALI dilantik jadi imam oleh org2 yg tak tahu kisah hidupnya.. Tapi ALI diboikot oleh orng2 lain yg tau ALI ni anak luar nikah.. Mereka tak nak ALI jadi imam.. alangkah kesiannya ALI..

OK, so ALI dah berjaya masuk Universiti.. ALI berjaya dgn cemerlang sekali..biasanya masa kat U ni student2 ada couple.. tapi ALI tak de. sebab student2 lain tahu,. ALI ni tak ada nama ayah, so ALI ni dah famous pasal kisahnya.. ALI masih lagi sorang2.. Alangkah kesiannya ALI

OK.. ALI dan memulakan kerjaya.. kerjaya yang bagus.. sampai masa ALI berhajat nak kawin.. adalah gadis yang boleh terima ALI seadanya.. so, bila pihak keluarga perempuan tahu pasal ALI, mereka tak setuju anak gadis mereka berkawin dgn ALI.. alasannya, tak nak ada keturunan penzina dalam keluarga mereka..dan ini bukanlah kali pertama berlaku.. keluarga ustaz pun memang tak nak bermenantukan ALI..akhirnya ALI tak dapat kawin.. Alangkah kesiannya ALI.

OK, so ALI meneruskan kehidupannya.. hinggalah ajalnya tiba.. Dibacakan talkin dan di dalam talkin disebutkan nama ALI dan dibinti dgn IBUNYA.. Nasiblah NAMA IBU DIKETAHUI.. walaupun nama bapa tak diketahui tapi syukurlah, penghujung hidupnya sempurna..

BAYANGKANLAH...

BAGI ANAK2 YG DIPUNGUT TEPI JALAN, TEPI LONGKANG, TEPI TONG SAMPAH.. Sudahlah NAMA IBU, NAMA BAPA tak diketahui, ANAK2 ni langsung tidak diAZANKAN diQAMATKAN.. permulaannya sudah tidak betul.. macaman lah akhirnya nanti ye..

Hanya AKAL FIKIRAN YANG WARAS saja yg mampu berfikir ke arah kebaikan.. Aku berdoa semuga SEMUA UMAT ISLAM DI TERENGGANU khasnya DAN DI MALAYSIA khususnya DAPAT BERFIKIR DENGAN WARAS, MELALUI PEMIKIRAN YANG DIBERI HIDAYAH YANG BERTUNJANGKAN KEPADA AGAMA ISLAM.. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dirahmati ALLAH, bukan yag dilaknatiNYA. AMIN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!