Thursday, April 30, 2015

senggugut dan jamu

Hehe.. kali ni nak citer hal perempuan lak.. so kalu lelaki sedang baca ni harap dapat berenti baca sekarang dan surf la berita lain. hihihi..

kisahnya, best friend akak bulan ni datang dengan bawa senggugut lak.. sakit ngguh.. ingatkan dah hala ke senja ni dah hilang semua senggugut nih.. tapi ada jugak...aduhai..

so akak ni memang pengedar shaklee.. tapi belum pernah cuba lagi Gla Shaklee tu..

tapi ingat kali ni nak cuba makan jamu.. akak ni bukan peminat jamu.. pernah la try dulu.. last akak makan jamu kalau tak silap tahun 97-98 la gitu.. masa tu Nona Roguy la...lepas tu memang tak pernah try la jamu lain..

so sekarang ni rasa macam nak try jamu dulu.. browse punye browse kat web nampaknya yang femes ialah jamu susuk dara dan jamu seri bonda.. hmm...

semalam breakfast ngan farah.. cerita la kat dia pasal senggugut nih.. pastu terus dia promote jamu seri bonda nih.. rupanya farah dah makan dah jamu tu.. dan kesannya memang positif.. so dah ada testimoni terdekat yang boleh dipercayai kan, akak pun ode la satu botol ngan farah. nanti kita citer kesan dari makan jamu ni ye..

lepas makan jamu ni pulak akak akan makan Gla shaklee.. jadi boleh lah kita buat perbandingan di antara ke dua-dua produk ni... of course kedua-duanya ada kehebatan masing-masing kan.. jom kita share nanti.

Wednesday, April 29, 2015

Didakwa sengaja bakar rumah sendiri

Ini komen peribadi akak berkenaan kejadian yabg berlaku seperti yang dipaprkan di dalam artikel ni.

Dikatakan bahawa kebakaran berlaku disebabkan oleh penduduk sengaja membakar kediaman mereka semata-mata untuk mendapatkan kediaman baru.

hmmm...

ada ke macam ni.. akak rasa la.. tak de orang yang waras yang akan membakar rumah sendiri.. rumah tempat berteduh.. jadi kalau ada yang menuduh mereka ni sengaja membakar rumah sendiri tak tau lah... kalau tengok dengan mata kepala sendiri lain la kan..

tapi kalau kat area rumah setinggan tu akak macam banyak la dengar cerita yang mengatakan pihak developer sengaja membakar rumah penduduk setinggan supaya penduduk setinggan mudah tinggalkan tempat tu.. bila dah clear semua maka mudahlah developer bangunkan kawasan tu.. itu yang akak pernah dengar la..

ntah lah..

semoga Allah melindungi kita dari segala kejahatan manusia, dijauhkan kita dari segala musibah, sekarang dan akan datang. Amin.

Tuesday, April 28, 2015

Ambik video sambil dera bayi...

Akak terpanggil nak bagi ulasan kisah bayi yang didera di mana video tersebut tersebar sehingga menjadi viral di internet.

ada beberapa perkara yang ingin diperkatakan di sini.

1. dorongan kepada pendera
2. keinginan mendapat perhatian

kenapa seorang ibu sanggup mendera seorang anak? seorang bayi? yang sepatutnya disayang dikasihi dibelai sepenuhnya oleh seorang ibu?

jawabnya ialah kerana tekanan emosi. emosi ibu tersebut terganggu dan ibu tu tak dapat mengawal emosi dan perasaannya. bukan senang nk kawal perasaan kan. semua orang ada perasaan marah dan sememangnya bukan senang nak kawal perasaan marah kan.. jangan tak tau.. siap ada filem tau : "Anger Management"..

dan sesetengah orang pulak memang sukakan perhatian.. peliknya.. sambil pukul anak sambil ambik video.. memang pelik.. individu seperti ni memang perlu masuk kelas khas.. kelas mengurus tekanan perasaan.. jadi perlu bergaul dengan orang lain yang memberikan sokongan positif..
kan.. kan..
sama-sama kita muhasabah diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...