Wednesday, June 11, 2014

Parut pembedahan - selepas 6 bulan

Dah 6 bulan dah abe nik menjalani pembedahan buang batu karang dalam hempedu..

Sekarang ni parut bekas pembedahan dah jadi macam ni.. (bukan tujuan nak tayang perut abe nik yang gebus mulus itus, tapi sebab nak berkongsi maklumat kan.. terpaksa la tunjuk gambar jugak.. sebelum selepas..)


Dulu ngeri jugak bila akak tengok parut pembedahan tu.. malah sekarang ni pun rasa ngeri jugak.. nampak macam merah ke kawasan bekas kena jahit tu.. tapi lama-lama dah ok lah tengok..

yang paling penting, kena JAGA PEMAKANAN.. kena pantang sket makan.. jangan lak pantang jumpa makanan tau! Ada beza tu...

Tuesday, June 10, 2014

Selepas sekian lama....

Rasanya dah 2 mggu akak tak update post. Kepada pembaca tegar akak mungkin tertanya-tanya kenapa akak dah tak update blog... kan kan..

Sebenarnya 2 minggu lepas terlalu banyak perkara yg berlaku di dalam perjalanan kehidupan akak. Akak berkursus seminggu, pastu hadir kenduri kawin sana sini dan pastu bercuti ngan famili. Sampai tak dang nk update.

Namun begitu akak ambil peluang 'silent moment' ni untuk reenergize - mengumpul perkongsian maklumat utk pembaca semua. Banyak yang ingin akak kongsikan nanti.

Hari ni pun masih berkursus 2 hari..hmm..

Anyway, kepada pengunjung blog akak berterima kasih di atas sokongan anda semua. Semoga ada perkongsian di sini yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

Sunday, June 1, 2014

Kucing beranak atas siling rumah.. alahai..

2-3 hari ni ada dengar bunyi macam kucing berlari kat atas siling rumah.. siap bunyi miaw miaw lagi.. dah sah, mesti kucing dah beranak... suspen jugak... kot2 nanti jadi sangkar diaorng kat atas siling.... lagi naya kalau pikir kan bab dia kencing ke u-uk ke... alahai..

lepas buat edisi siasat, maka taulah kami.. rupanya kucing ni naik ikut dahan pokok mata kucing...
 
 

jadinya, ari ni abe nik mintak tolong kawannya datang panjat kat atas siling.. tengok apa yang ada.. memang sah.. ada anak kucing.. ada 3 ekor rupanya.. jadinya abe nik bagi baldi mintak turunkan anak kucing tu..

nah.. ini dia... comey tak?


 
bila dah bawak turun abe nik letak kat satu tempat lain.. kejap lepas tu mak kucing datang.. dia ambik satu-satu anak dia, gonggong la kan.. sambil gonggong dia boleh panjat pokok tu nak bawak balik tempat asal kat atas siling tu.. masa mak kucing ni tengah panjat, akak berlari la jugak ambik tepon nak capture moment tu, tapi tak sempat.. ye lah.. akak pun bukan leh lari cepat benor.. dah senja ni kan.. perkataan lari tu dah tak relevan dah.. jalan pun slow and steady je.. jadi by the time akak keluar, bila akak pandang kat pokok, mak kucing tu dah takde.. huhuhu..

bila dilakukan edisi siasat lagi, rupanya mak kucing ni masuk kat atas siling tu melalui saluran air (gutter?)..ooo... so lepas tu kawan abe ni dah tutup semua lubang2 tu dengan jaring.. lepas ni harapnya dah tak de masalah kucing beranak atas atap lagi...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...