Saturday, August 11, 2018

Antioksidan dan Radikal Bebas : Kesannya Terhadap Tubuh Kita! Dan Kenapa Perlukan Vivix!

Hari ni kita buat kajian sikit pasal radikal bebas (free radicals) dan antioksidan (anti-oxidant). Sebab ni bukan bidang kita kan.. jadi kenalah buat kajian melalui kajian yang telah dibuat oleh penyelidik sebelum ni. Tak boleh main tulis ikut suka hati je. Kena bertanggungjawab di atas fakta yang dibawa oleh kandungan mesej yang kita tulis. Jadi sebab tu perlu ada sokongan fakta yang sahih.

Kenapa entri ni nak cerita pasal antioksidan dan radikal bebas? Sebab semenjak dua menjak ni banyak produk di pasaran yang claim produk mereka adalah tinggi antioksidan. Jadi pengguna kena lah tahu apakah itu antioksidan ni. Jangan main angguk je. Orang kata bagus angguk.. tapi tak tahu apa sebenarnya kandungan produk tu.

Jadi pengguna yang berilmu!

Apa itu antioksidan?

Pertamanya kena tahu perkataan ni terdiri dari dua : ANTI dan OKSIDAN.

Maksud ANTI ialah TAK SUKA.

Secara ringkasnya, maksud OKSIDAN pula ialah satu tindakbalas kimia yang menyebabkan berlakunya radikal bebas ke atas sesuatu bahan itu.

Contoh oksidan yang berlaku ialah:
1) paku yang dibiarkan lama akan berkarat. 

Image result for oxidant process rusted nail

2) Buah epal yang dibiarkan juga akan rosak.

Image result for oxidant process rotten apple

Apakah itu Radikal Bebas?

Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang bertindak merosakkan sel.

Mungkin ada yang tertanya-tanya.. badan manusia boleh berlaku proses oksidan tak?

Jawapannya DAH TENTU BOLEH.

Sebelum tu kita tengok dulu punca bagaimana badan manusia mendapat radikal bebas.


Bagaimana Badan Mendapat Radikal Bebas

Badan kita boleh mendapat radikal bebas melalui banyak sumber antaranya ialah (Dr Anita, healthfood):

1) makanan diproses
2) sinaran UV
3) pencemaran udara dan air
4) asap rokok
5) tekanan (stres)
6) aktiviti sukan yang berlebihan
7) ubat-ubatan
8) radiasi




Apa akan jadi kepada badan apabila ada banyak radikal bebas ni?

Disebabkan radikal bebas dapat merosakkan sel-sel dalam badan, maka radikal bebas yang banyak akan memberi kesan tidak baik ke atas kesihatan kita. Bagaimana radikal bebas ni merosakkan sel? Ianya menyerang sel yang sihat untuk mencuri keperluan elektron disebabkan elektron nya tiada. Jadi bila itu berlaku, sel sihat tadi akan menjadi rosak. Sel-sel yang rosak termasuklah sel DNA dan kolagen.



Kesan oksidan yang berlaku disebabkan radikal bebas ke atas badan kita ialah adalah penyakit serius seperti berikut:
  1. radikal bebas yang menyerang di bahagian sendi, akan menyebabkan arthritis
  2. serangan di saluran darah dakan menyebabkan serangan jantung
  3. serangan di bahagian otak akan menyebabkan penyakit Alzheimer, Parkinson, kanser, migrain, insomnia, depresi, bi-polar disorder
  4. serangan di bahagian mata akan menyebabkan katarak dan penyakit degeneratif yang berkaitan mata
  5. serangan di bahagian paru-paru akan menyebabkan asma, COPD, alergi, kanser
  6. serangan di bahagian buah pinggang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang
  7. serangan pada kulit akan menyebabkan kedutan penuaan, ekzema dan jerawat.





Jadi persoalannya, bagaimana kita boleh mengelakkan atau melambatkan proses oksidan yang berlaku ke atas badan kita?
Jawapannya: dengan ANTIOKSIDAN

Definisi: Antioksidan ialah molekul kimia yang dapat menghalang atau melambatkan proses oksidan berlaku.

Jadi antioksidan ni melindungi sel kita dari serangan radikal bebas.


Kesimpulannya, boleh diumpamakan ANTIOKSIDAN ni sebagai POLIS yang melindungi kita manakala RADIKAL BEBAS ni sebagai penjahat.

Jadi dah tentunya kita memerlukan sangat banyak ANTIOKSIDAN sebagai pelindung kan.

Persoalannya, bagaimana untuk kita mendapatkan sumber antioksidan yang tinggi?

Apakah Sumber Terbaik Antioksidan?

Sumber antioksidan yang terbaik boleh diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Ha.. sekarang dah tahu kan.. kenapa doktor mintak kita makan banyak sayur makan banyak buah.. sebab kaya dengan antioksidan. Pelindung kepada radikal bebas.

Dr Oz, seorang doktor pakar kardio dan profesor, turut mencadangkan senarai sayur-sayuran serta buah-buahan yang patut diamalkan oleh semua orang.



Apa kepentingan antioksidan kepada badan kita? Menurut Dr Axe, antioksidan membantu:
  1. Melambatkan penuaan
  2. Memelihara kesihatan mata 
  3. Membaiki dan mengurangkan kerosakan sel
  4. Mencegah risiko sakit jantung dan strok
  5. Mengurangkan risiko kanser
  6. Mengelakkan kehilangan sel populasi neuron disebabkan gangguan metabolik atau toksik yang dapat mengakibatkan penyakit seperti Alzheimer.




Jenis-jenis Antioksidan

Ada banyak jenis antioksidan yang berfungsi memberi manfaat kepada bahagian badan yang berlainan seperti:
  1. Beta-carotene
  2. Vitamin C
  3. Vitamin E
  4. Glutathione
  5. Selenium
  6. Astaxanthin
  7. Resveratrol




    Resveratrol Antioksidan



    Resveratrol adalah salah satu antioksidan terkuat yang digunakan sebagai sebagai pelindung terhadap proses penuaan dan kerosakan sel. Resveratrol bertindak sebagai sistem imunisasi untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

    Banyak kajian terhadap resveratrol telah dijalankan dan didapati resveratrol memberikan kesan yang positif dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit. Yang paling mengkagumkan ialah keupayaan antioksidan resveratrol melakukan perkara berikut:

    1. Memudahkan pembaikan DNA
    2. Mengurangkang keradangan
    3. Mengekalkan kestabilan genom


    Siapakah yang perlu mendapat manfaat kebaikan dari kandungan resveratrol ini?

    Pesakit yang mengalami keadaan di bawah dinasihatkan untuk memulakan pengambilan resveratrol antioksidan.

    • Kencing manis
    • Gangguan pencernaan
    • Penyakit jantung
    • Kolestrol tinggi
    • Darah tinggi
    • Sistem imun
    • Kepadatan tulang yang rendah
    • Lupa
    • Sindrom metabolik
    • Gangguan penglihatan
    • Obesiti

    Sumber Resveratrol

    Resveratrol yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan seperti kulit anggur merah dan buah beri mempunyai kadar antioksidan yang tertinggi. 

    Sumber terbaik resveratrol antioksidan dapat diperolehi daripada:

    1) Anggur Muscadine

    Buah anggur terutamanya yang berwarna gelap sangat kaya dengan fitokimia dan antioksidan yang dapat melindungi dari risiko kanser dan sakit jantung. Fitokimia tersebut juga sangat bagus bagi meningkatkan sistem imun tubuh.

    Di samping itu juga, buah anggur turut mengandungi antioksidan Vitamin C dan Selenium.

    Namun begitu, buah anggur muscadine merupakan anggur yang terbaik yang mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi sehinggakan ia mampu menghalang kanser.

    Dikatakan kadar antioksidan anggur muscadine ialah sebanyak 40x lebih banyak dari anggur merah dan kadar resveratrolnya pula adalah 6x lebih banyak dari anggur merah yang lain.


    Image result for muscadine grape


    2) Japanese Knotweed

    Kebanyakan poduk kesihatan yang menawarkan resveratrol turut mendapatkan antioksidan tersebut daripada akar tumbuhan Japanese Knotweed.





    3) Purple Carrot

    Satu kajian yang diterbitkan oleh American Chemical Society pada tahun 2001 mendapati purple carrot atau lobak ungu mengandungi lebih 2 kali ganda antioksidan beta-carotene dari semua jenis lobak yang ada.

    Kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal Food Chemistry pada tahun 2016 mendapati bahawa ekstrak lobal ungu dapat mengurangkan kesan oksidan kerosakan DNA pada sel kolon.


    Image result for purple carrot vivix shaklee

    Kajian lain dalam Journal of Functional Foods mendedahkan bahawa lobak ungu mempunyai antioksidan yang menyebabkan ianya adalah salah satu sumber anti keradangan yang bagus.


    4) European Elderberry

    Buah beri merupakan buah yang kaya dengan antioksidan dipanggil fenolik.




    Perbandingan kadar antioksidan melalui nilai ORAC atau kapasiti penyerapan radikal oksigen diberikan di bawah. Didapati bahawa elderberry memberikan kandungan antioksidan yang kedua tertinggi selepas black raspberry.



    Keperluan Mendapatkan Antioksidan dari Sumber di atas

    Setakat ini kita faham bahawa badan memerlukan antioksidan yang sangat banyak supaya antioksidan ini dapat melindungi sel-sel sihat dari diserang oleh sel yang tidak sihat (radikal bebas)

    Apabila radikal bebas menyerang sel sihat, ia akan menyebabkan sel sihat menjadi lemah dan akhirnya badan hilang keupayaan secara perlahan-lahan.

    Jadi sangat penting untuk kita mendapatkan sumber-sumber antioksidan terbaik dari anggur Muscadine, Purple Carrot, Japanese Knotweed dan European Elderberry seperti yang ditunjukkan di atas.

    Sebelum itu, jom kita tengok berapa harga bagi setiap tumbuh-tumbuhan tersebut.

    Harga bagi mendapatkan sumber tumbuh-tumbuhan tinggi antioksidan

    Secara jujurnya saya tak pernah lah tengok dengan mata kepada saya sendiri ke semua sumber-sumber alam di atas ni. Mungkin kalau kat bandar besar adalah kot. Tapi jom kita cari dan tinjau untuk bandingkan harga.

    1) Anggur muscadine

    Harga di pasaran ialah US 40 - 100 per kilogram. Jadi kalau ditukar ke dalam Ringgit Malaysia harganya paling murah ialah RM 163 sehingga RM 408 sekilo. Tapi yang ni daripada negara China. Kalau kat tempat lain tak tahulah harganya berapa. Cumanya harga yang kita tukar tu adalah semata-mata mengikut tukaran wang asing, tapi tidak mengambil kira kos-kos lain lah.



    Sebab tu Puan Raihanah ada berkongsi bagaimana beliau ternampak anggur muscadine ni dijual kat KLCC di mana harganya adalah RM 110 SEBIJI! Jadi kalau sekilo memang padanlah harganya boleh mencecah RM 2000 sekilo!

    Saya pernah jumpa anggur ini di KLCC, sebiji berharga rm110 (tahun 2013). Harga sekilogram adalah rm2000. Memang seriau tengok, mahal betul. Kenapa sampai mahal sangat kan? Rupanya sebab khasiatnya yang jadikan ia sangat mahal.

    Itulah juga sebabnya kenapa Ekstraknya sahaja berharga USD 10,000 sebotol atau kalau ditukar kepada ringgit kita harganya jadi RM 40,852 sebotol!!!  mak aiii..




    2) Japanese Knotweed

    Harga bagi Japanese Knotweed ialah USD 113 - 425 per kilogram. Jadi kalau ditukar ke dalam Ringgit Malaysia harganya paling murah ialah RM 461 sehingga RM 1735 sekilo!



    3) Purple Carrot

    Mengikut pasaran harga lobak ungu ini ialah USD $3.50 per pound. Jadinya dalam Ringgit Malaysia untuk sekilogram, harganya dalam lingkungan RM 31.40 sekilo. Tak hairanlah kalau harga segelas jus lobak ungu ni di Malaysia ialah RM 8.50. Dan 2 batang lobak ungu ni pun harganya dah RM 10.



    4) European Elderberry

    Harga bagi European Elderberry ini pula ialah di antara USD 200-300.00. Mengikut tukaran wang asing harganya dalam RInggit Malaysia ialah RM 817 hingga RM 1225 sekilo.


    Jadinya, untuk kita mempunyai daya tahan badan yang tinggi bagi melawan penyakit dan melindungi sel-sel badan dari serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan, kita memang perlu makan dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti yang dinyatakan di atas kerana 4 tumbuhan di atas sangat kaya dengan antioksidan.

    Tapi melihat kepada harganya, ramai yang akan menggelengkan kepala. Termasuklah saya!

    Nak makan pulak bukanlah sebulan sekali.. kena ambil setiap hari. Aduhai..

    Jadi, adakah jalan penyelesaian buat kita?
    Jawapannya ADA dalam Vivix. Vivix gabungkan kesemua sumber yang kaya antioksidan ke dalam satu tempat!

    Vivix

    Melalui penyelidikan yang berterusan dalam dunia suplemen kesihatan, Shaklee telah menghasilkan sejenis minuman tonik kesihatan yang dinamakan Vivix.



    Kandungan Vivix Shaklee mengandungi kesemua sumber antioksidan yang diperlukan badan. Vivix Shaklee ada antioksidan dari
    1. Muscadine grape
    2. European Elderberry
    3. Japanese Knotweed
    4. Purple Carrot



    Bagusnya kan! Dan lagi, hanya satu sudu teh saja cukup untuk mengekalkan kesihatan kita.



    Harganya bagaimana pula?

    Harga Vivix Shaklee

    Bermula Jun 2018, harga tanpa GST bagi produk minuman botani Vivix ialah pada RM 475 sebotol. Mahal kan? Tetapi sangat lah berbaloi kan mengambilkira khasiat antioksidannya yang hebat..  cuba tengok balik harga bagi satu-satu bahan yang digunakan dalam Vivix.  Dah sedia mahal dah.. Lagi pulak semuanya dari sumber yang terbaik dan terjamin kualitinya.


    Ringkasnya, walaupun harga Vivix agak tinggi tapi ia memang berbaloi dengan harganya sebab:
    • Menggunakan ramuan yang terpilih dan berkualiti
    • Melalui pelbagai ujian keselamatan dan kualiti
    • Memiliki 4 kajian klinikal di mana setiap satu kajian bernilai jutaan ringgi
    Terdapat banyak lambakan produk kesihatan di pasaran tetapi berapa banyakkah syarikat pengeluar produk kesihatan yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk memberi jaminan ke atas produknya?

    Jadilah seorang pengguna yang bijak. Pilihlah produk yang berkesan, selamat dan terjamin. Semua itu ada pada Shaklee.


    Sejak tahun 1956, Shaklee telah melakukan banyak usaha penyelidikan untuk menambahbaik kualiti kesihatan manusia. Banyak kejayaan yang telah dicapai Shaklee. Jadilah buatlah pilihan yang bijak. Amalkan Vivix Shaklee hari ini juga.


    Untuk mendapatkan suplemen Vivix ini, sila hubungi saya di 019-9695787. 



    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Saya Bukanlah Doktor

    Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

    Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

    Sayangi Diri!