Thursday, July 19, 2018

Penyakit tiroid di kalangan kanak-kanak

Dianggarkan 300 juta penduduk dunia menghadapi masalah kelenjar tiroid yang menghasilkan jumlah berlebihan atau kekurangan hormon. Malangnya, kebanyakan penduduk dunia termasuk pesakit sendiri tidak menyedari mereka menghidap gangguan kelenjar terbabit disebabkan gejala penyakit ini menyerupai penyakit lain.  (sumber).

Penyakit tiroid boleh dihidapi oleh segenap lapisan masyarakat, dari orang dewasa, kanak-kanak malah bayi yang baru dilahirkan.

Image result for baby with hypothyroidism

KEPENTINGAN KELENJAR TIROID

Kelenjar tiroid mengawal kadar degupan jantung, mengawal kadar tekanan darah, mengawal tahap tenaga, mengawal suhu, menggalakkan perkemba­ngan optimum bagi kanak-kanak dan mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental bagi orang dewasa.


Menurut Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin (sumber)
Kekurangan hormon tiroid dalam kalangan ibu hamil menyebabkan mereka mendapat tekanan darah tinggi, kekurangan darah (anemia), keguguran, manakala bayi yang dilahirkan kurang berat badan di samping mempengaruhi keseluruhan tumbesaran dan perkembangan bayi. Hipotiroidisme dalam kalangan bayi yang tidak dirawat menjadi satu daripada punca terencat akal.

Tanda-tanda yang lazim muncul pada bayi dengan hipotiroidisme seperti tiada satu pertiga bahagian kening, sembelit kronik, keletihan, murung, degupan jantung perlahan, mudah menangis, sensitif sejuk, muka sembap, berat meningkat, rambut gugur, benjolan kuning pada kelopak mata dan tindak balas yang lambat serta tidak aktif.

Bayi dengan hipotiroidisme juga menghidap pe­nyakit kuning (jaundis) berpanjangan, lidah terkeluar, kulit kering dan kasar, berperut buncit. Malah, terdapat segolongan k ecil bayi mengalami masalah pendengaran. Apabila penyakit berkembang tanpa rawatan awal, bayi akan berdepan masalah makan dan membesar dengan normal, lemah otot dan tidur berlebihan.

Jadi, wanita terutama bakal ibu serta bagi ibu-ibu hamil, kena pergi check kandungan hormon tiroid supaya tidak memudaratkan keadaan bayi nanti.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!