Showing posts with label insuran. Show all posts
Showing posts with label insuran. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Mat rempit tunjuk power - Kuala Terengganu

Masa kat Kuala Terengganu ituhari tersekat kat trafik light menghala ke Manir..
 




 
 Wah.. dia nye gangguan lalu lintas tu memang dasat lah.. siap buat stunt lagi tu.. panggil geng2 lagi..  hebat betul network diaorng nih.. yelah.. remaja.. pk keseronokan kan.. yg heran tu.. ada gak MINAH2 rempit nih sanggup bonceng kat belakang.. tak sayang nyawa betul la.. rasanya lebih baik korang anak2 dara dok kat rumah.. tolong mak masak ke.. korang jugak nak makan kan.. dapat banyak pahala lagi..hai ntahlah..

 
 
kenderaan sumer dah tersenggut2 dah.. yelah serba salah dibuatnya.. kalau jalan terus kan tak pasal2 kena kejar ngan mat2 rempit nih.. so.. tunggu jelah sampai habis diaorg buat show..
 
 
mujo lah pak polisi datang.. hah.. tau pulak diaorng lari.. tadi tunjuk berani sangat.. sudah2 la tu menyusahkan orang.. kalau 40 orang dok doakan mat2 rempit tu maunya lak doa yang tak elok, tak ke hilang ketenangan nanti? Nauzubillah..
 
Terima kasih pak polisi.
 

Thursday, March 14, 2013

Sukan Hoki

akak paling takut tengok game hoki.. bukan apa tau.. dok terbayang dibuatnya time player tu angkat kayu hoki kena muka kawan dia ke.. bola hoki kena muka ke.. huhh.. ngeri woo...  ada kawan bagitau dulu kawan dia pernah kena bola hoki ni masa main kat sekolah..darah mengalir kat dahi banyak lak tu.. pastu ada sorang pakcik kat situ yang datang kemudian lekapkan tangan dia kat atas dahi tu.. kuasa Allah, darah tu dah tak keluar lagi.. pastu macam tak de kesan2 kena bola pun kat dahi dia tu.. hhmmmm... magic.. magic...
 
 

Sunday, February 3, 2013

Peringatan untuk kita

Sayu hati bila membaca akhbar mengenai nasib malang yg menimpa seorang ibu muda.. suaminya meninggal sejurus selepas keluar rumah.. beberapa kali pengsan... semoga Allah memberikan beliau kekuatan dan kesabaran.

Sunday, January 13, 2013

PruBSN

Operation tiroid itu hari aku guna medical card prubsn. Alhamdulillah. Daripada kos yg mencecah $11 ribu tu aku bayar co-takaful $1 ribu je.

Aku nasihatkan semua orang ada kad insuran. Yelah. Xtau bila kita akan sakit. Dan xtau bila kita akan 'pergi'. Dgn adanya insuran dapatlah bantu kita dapatkan khidmat perubatan hospital yang baik. Dgn adanya insuran dapat bantu keluarga kita bila tiba2 kita dipanggil Tuhan.

Aku pun dah belajo nak jadik ejen insuran prubsn ni. Dah lepas 1 exam. Nak ambik exam lagi kena pastikan dapat forward 5 kes. Hai.. camana la nak approach client... rasa cam susah je.. bila tanya je macam semua dah ada insuran. Hai.. camana lah ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...