Showing posts with label Refleksi Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Teknologi. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Mesin buat roti .. senang nya..

Petang kelmarin akak pergi melawat kawan, Ida  yang baru dapat baby... punya la dari sehari ke sehari nak pergi tengok baby.. sudahnya, baby dah nak masuk 3 bulan dah..

dan yang bestnyer.. kawan akak tu siap jamu kami makan roti lagi..sedap bangat.. sebiji macam yg beli kat Rotiboy..

rupanya Ida ni siap ada mesin uli doh.. boleh buat roti.. dan macam-macam roti boleh buat.. wah.. teruja pulak akak nak beli..

kata Ida, dia beli kat Cosway.. dalam lingkungan RM300 gitu..

nilah rupa mesin tu yang akak copy gambarnya dari sini

 

 kalau anak-anak suka makan roti makanya mak-mak memang kena cari pembuat roti ni..

bukan apa.. lebih baik buat sendiri kan.. kebersihan pun terjamin.. di samping air tangan mak.. berkat tu..

sebenarnya kita ni kan.. bab nak mengadun menguli tu la yg leceh tu kan.. so dah ada mesin ni.. jom kita buat sendiri roti-roti yg anak kita suka makan tu.. anak suka ibu gembira.. kan kan..

Monday, November 24, 2014

Pembedahan plastik muka - alternatif untuk cantik...

Sumber: Harian Metro 24 Nov 2014

Dikabarkan wanita china suka ubahsuai muka.. memang cantik la jadinya.. dulu mata sepet sekarang tak lagi.. dah jadi wajah artis dah..

Patut kalu tengok artis korea memang sepesen je muka...korea ni tempat pakar plastik surgery..

Dan trend ni pun dah lama menular kat negara lain.. malaysia tak terkecuali.. dulu tengok muka artis kita lain.. sekarang kemain lagi gebu semacam.. memang nampak la kesan botox tu kata orang.. ntah.. kita ni mana la tau pasal botox ni kan.. tapi memang boleh nampak perbezaan la..

Tapi kan... itu orang lain tau.. maksud orang lain ialah orang bukan Islam..

Kalau orang Islam memang tak boleh buat ubahsuai muka ni.. sebab dikira sebagai mengubah kejadian Allah. Wallahu'alam.

Monday, September 29, 2014

Antara gadget asas keperluan peribadi yg wajib ada..

Kali ni akak nak share mengenai satu alat keperluan peribadi semua orang.. tapi jangan lak nanti kata akak cakap XXX lak..

Alat ni memang serba guna.. kat kedai gunting pun ada.. jadi tujuannya memang wak trim rambut la kan..

Dan rambut lak ada banyak tempat kan... jadinya salah satu tempat ada rambut tu boleh guna khidmat alat ni lah.. hehehe..

Terutamanya wanita yg bakal melahirkan bayi.. hmmm.. memang ada yg dok pikir pasal perkara ni kan..

Alat ni senang je gunanya.. hehe.. tak yah la akak citer detail kan..

Tau tak alat ni boleh beli kat mana? Pasar malam ada jual.. aikk kenapa pasal malam lak? Sebab rasanya ni product reject kot.. kalu baca kat kotaknya pun dah silap tulis... Hair jadi Hari.. kakakaka..

Anyway.. yg pasti.. ianya membantu menyelesaikan masalah...

Apa tunggu lagi...

Tuesday, September 16, 2014

Berjuta-juta gambar..setiap hari setiap saat..

Ni artikel tahun 2011. Dah berbilion gambar dalam facebook. Tu tak campur lagi dalam instagram..blog...

Pernah tak pikir kat mana gambar2 ni disimpan?

Pernah tak pikir kalau tak muat simpan dalam storage pastu nak buat camana?

We are just the users kan.. kita ni pengguna je kan.. never thought of that. Well.. it would be good to sometimes have a thought about it.. so that u know what ia going on. Kan kan..

Ok.. so skrg ni semua dah ada thumbrive pocketdrive terabyte.. lepas terabyte apa dia ye?

Petabyte! Lepas petabyte?

Exabyte! Lepas exabyte?

Nanti akak bgtau in next entry!

Saturday, July 5, 2014

Baik buruk Facebook: Apa Kesudahannya...

facebook.. fesbuk... sapa tak tau fesbuk? hakikatnya hampir sumer rakyat mesia tahu apa itu fesbuk. fenomena kewujudan fesbuk telah menyebabkan pengguna2 fesbuk begitu sibuk dan asyik dengan kemudahan teknologi tersebut sampai akhirnya ada yang membawa kepada keburukan.

artikel dalam majalah iSihat melaporkan bahawa mereka yang terlalu asyik dan taksub ngan fesbuk cenderung untuk mengalami kemurungan dan bagi pasangan yang berkahwin pula boleh menyebabkan perceraian.
 
Sumber: Majalah iSihat Jul 2014

 

Dan penemuan kajian tersebut yang paling kontroversi bagi akak ialah apabila penyelidik melaporkan "pengguna yang taksub fesbuk adalah LEBIH BODOH!"

hmmm... jangan marah akak.. marah kat artikel tu..

agaknya kenapa pengguna yang taksub fesbuk jadi lebih bodoh? rasanya sebab mereka tidak berkomunikasi dalam dunia sebenar dan tidak berada di alam realiti, seterusnya menjadikan mereka ini golongan yang hilang perasaan.. hmmmmm.
 
 

Wednesday, June 11, 2014

Parut pembedahan - selepas 6 bulan

Dah 6 bulan dah abe nik menjalani pembedahan buang batu karang dalam hempedu..

Sekarang ni parut bekas pembedahan dah jadi macam ni.. (bukan tujuan nak tayang perut abe nik yang gebus mulus itus, tapi sebab nak berkongsi maklumat kan.. terpaksa la tunjuk gambar jugak.. sebelum selepas..)


Dulu ngeri jugak bila akak tengok parut pembedahan tu.. malah sekarang ni pun rasa ngeri jugak.. nampak macam merah ke kawasan bekas kena jahit tu.. tapi lama-lama dah ok lah tengok..

yang paling penting, kena JAGA PEMAKANAN.. kena pantang sket makan.. jangan lak pantang jumpa makanan tau! Ada beza tu...

Saturday, May 31, 2014

Kat klinik. promosi kecantikan..

Masa kat klinik, tengah-tengah menunggu giliran masuk jumpa doktor jadinya akak pun baca-baca la mana-mana yang perlu.. ada promo produk nama Pynocare bagi mereka yang ada masalah pigmentasi..

 

jadinya, sekarang ni dah macam-macam ubat ada untuk setiap masalah kesihatan dan kecantikan.. hanya perlu jumpa doktor je dan tanya.. tinggal lagi masalahnya ialah PILIHAN je.. pilihan ditangan pengguna. pengguna ada bermacam-macam pilihan, samada nak guna ubat-ubatan moden ke, tradisional ke, herba ke, organik ke.. macam-macam..

Sebagai pengguna, kita kenalah buat pilihan yang bijak  kan..

Tuesday, May 27, 2014

Halau nyamuk cara moden dan cepat

Sebelum ni akak ada share entry halau nyamuk guna bahan-bahan yang kena disediakan.. kali ni akak nak share satu produk halau nyamuk ni..

kisahnya akak gi pasar malam dan tertarik ngan produk ni ..


 

Boleh buat halau cicak, nyamuk, lalat,  anai-anai dan macam-macam lagi serangga..

Nanti bila akak dah cuba nanti akak bagitau ye..
 

Thursday, May 22, 2014

Kisah sepital- kecuaian pihak hospital HSNZ Kuala Terengganu

Ni kisah akak nak kongsi pasal kecuaian pihak yang bertanggungjawab dalam urusan kelahiran di bahagian bersalin, HSNZ Kuala Terengganu.

Sedih sangat bila fara share gambo kakaknya sedang memangku anaknya yang hanya sempat berada di dunia selama 3 hari..

Kisah ni kisah yang klise.. ibu yang sedang menanggung kesakitan yang amat tapi tidak dipedulikan oleh jururawat yang sepatutnya menjaga kebajikan dan keperluan ibu-ibu tersebut. Dalam kes ini, saat melahirkan sudah sampai tapi masih tiada lagi bukaan.. jadinya sepatutnya pembedahan adalah jalan penyelesaiannya.. tapi disebabkan tiada tindakan cepat dari pihak hospital, ibu dibiarkan menanggung kesakitan .. dan rahim ibu sudah tidak mampu lagi menyimpan bayi.. sehinggakan bayi sudah lemas di dalam perut ibu..

Seandainya langkah-langkah sewajarnya diambil dengan lebih cepat, berkemungkinan besar perkara ini tidak sampai jadi macam ni.. sampai kehilangan nyawa bayi... dan sekiranya lambat bertindak mampu meragut nyawa kedua-dua bayi dan ibu.


 

Dan difahamkan, ini bukanlah kali pertama kes seperti ini berlaku. MasyaAllah. Telah terlalu banyak kes-kes yang berlaku disebabkan kecuaian manusia.. disebalik kewujudan mesin-mesin yang berteknologi tinggi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh pihak hospital, namun tindakan sambil lewa diambil.. natijahnya, kehilangan nyawa ibu.. kehilangan nyawa bayi..

dan dalam kes kritikal seperti ini, ada ibu-ibu yang sudah tidak dapat mengandung lagi.. dan ini memberi kesan yang amatlah besar kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan..

Dalam setiap hal yang melibatkan manusia, perasaan kemanusiaan amatlah penting.. makanya hubungan kemanusiaan perlu diwujudkan dan diselaraskan kepada kewajaran dan kesesuaian dalam memberikan pertolongan yang sebaiknya kepada sesama manusia. 

Sebagai manusia biasa, seringkali kita akan mengucapkan syukur apabila segala urusan kita dipermudahkan Allah. Dan kita juga akan mengucapkan terima kasih dan turut berdoa yang baik-baik kepada mereka-mereka yang telah turut sama membantu kita.. di sini, tentunya sebaliknya yang kita ucapkan kan...

Dan dalam perkara kecuaian sebegini, apa yang patut dilakukan? nak salahkan siapa? Tak perlu salahkan sesiapa.. kena lihat balik proses atau prosedur pengurusan wad bersalin tu.. pihak pengurusan mesti perbaiki sistem sedia ada supaya pengurusan wad bersalin menjadi lebih baik dan lebih cekap.

Tiada guna melaung-laungkan slogan pembangunan modal insan sana sini andai di saat kelahiran seseorang insan, kita kekurangan keinsanan untuk menyediakan perkhidmatan yang menandakan kita ini sesungguhnya seorang insan yang kaya dengan sifat belas dan ehsan sesama manusia!
 

Wednesday, May 21, 2014

Matpiq masuk wad

Ni kisah anak sedara akak, matpiq.
Kisahnya, pagi tu matpiq mengadu yang kakinya sakit dan tak boleh berjalan.. dan masa tu matpiq demam.. asyik mengengsot je tak leh berdiri.. matpiq bagitau kalau dia berjalan, macam ada urat yang tak leh jadi betul.. camana tu.. jadi ibunya bawak gi sepital.. 

kat sepital Dr suspect kena kencing tikus.. suspen tu.. bila dah buat test, negatif.. fuhh lega.

 

Balik dari wad, Dr ada la bagi krim untuk urut dan ubat..  kemudian bawak gi berurut... kata bidan yang urut tu, urat matpiq ni ada yang dah rosak. hah? camana leh rosak tu? kata bidan tu lagi, mungkin masa kecik dulu, ye sepak bola yang keras ke.. masa budak kecik-kecik urat diaorang ni lembut... ooo macam tu ke?

nak jadi citer, memang betul. matpiq masa kecik dulu umur 2 tahun, suka main dan tendang bola keras.. bolasepak yang orang besar main tu.. beli ke bola tu? bola tu memang dah ada kat rumah sebab abahnya memang pemain bola.. liga kampung la..

 

Jadi, ibu-ibu bapak-bapak semua, kalau boleh elakkan anak-anak kecil tendang bola-bola yang keras, bimbang memudaratkan urat dan saraf dan tulang mereka yang masih lagi lembut tu..

apa citer pasal matpiq? ohh.. alhamdulillah, lepas urut dah boleh berjalan macam biasa dah..


Monday, May 19, 2014

Mesin timbang berat yang canggih

Kat Tesco Shah Alam ada mesin timbang berat yang canggih jugaklah.. sebab bukan setakat timbang berat je, siap boleh check blood pressure lagi.. mungkin kat tempat lain ada jugak mesin yang seumpamanya tapi sebab ni first time akak tengok kan (cakap la akak kampung ke apa ke akak tak marah..), jadinya bagi akak kira canggih la kan..

so ni laporan yang mesin tu kuarkan untuk abe nik.. nampak sangat body fat berlebih-lebihan kan.. haha

 

Sebab first time guna kan.. jadinya terpaksa la ikut arahan dengan begitu teliti.. tenang.. tenang.. kalau tak tenang tak boleh.. nanti blood pressure naik.. haha.

 

 2 Mei 2014


Sunday, May 11, 2014

Kisah Timing Belt kete Waja

Sebelum ni akak ada citer pasal kete waja akak yang tiba-tiba enjinnya berenti.. so skrg ni kete waja ada kat klinik la.. kena tengok apa sakitnya.. 

dan bila pomen aki check, rupanya timing belt dah reput dah.. ooooouchh... dasat tu..

oo gini rupanya timing belt tu ye.. selama ni tak pernah pun akak tau.. tau bawak je.. hehe.

jadinya kena la biarkan pomen rawat waja sampai sihat macam biasa..

Thursday, May 8, 2014

Hujan o hujan.. Shah Alam naik air!

Ari Jumaatnya 2 Mei, on the way ke Shah Alam, hujan la plok. Sampai kat pesiaran kayangan kat bulatan tu, banjir la pulak kat depan nun.. hujan kejap je.. tapi seronok pulak sebab dah lama tak tengok air hujan.. kat tranung hujan dah lama susah nak turun, asyik jerebu je.. tapi kat shah alam hujan turun kejap dah banjir la pulak.. hmmm..

Tuesday, April 29, 2014

Berus gigi dapat kuku kaki cantik! Serius!

Ye ke.. jangan tak caya... ce baca sekali lagi.. kenyataan di atas bukanlah bermaksud apabila anda memberus gigi anda akan dapat kuku kaki yang cantik.. oh tidak sama sekali..

ianya memberi maksud, anda boleh gunakan berus gigi anda yang sudah tidak digunakan... untuk makluman, kalau berus gigi korang semua dah kembang semacam sebiji macam gambo ni, maka tu tandanya masa utk beli berus gigi baru.


tapi jangan la pulak buang dalam tong sampah.. simpan je dulu.. 

sekarang ce tengok kuku kaki.. mesti nampak berkarat kan.. hitam sana hitam sini.. ton warna pun dah tak sekata.. nak kata kuku warna putih pun tak yakin kan..


dan untuk makluman korang semua, kaki dan kuku kaki ni kena sentiasa kena dibersihkan sebab bahagian ni memang terdedah kepada habuk dan kotoran.. terutamanya kalu yg pakai selipar.. so sepatutnya setiap hari kena berus kaki dan belai kaki.. rendam ngan air suam.. rehatkan kaki setelah seharian berjalan sana sini.. tapi mana ada masa kan.. 


jadinya langkah mudah, masa mandi tu, ambik je berus gigi lama tu, letak sabun mandi sket dan berus kuku kaki.. kalau ada berus kat atas lagi la bagus boleh berus keseluruhan kaki.. tapi tak pe.. guna je berus gigi tu.. lepas tu, korang tengok lah perbezaannya.. terutamanya bagi mereka yang sentiasa pakai kasut/sandal terbuka.. memang nampak kaki lebih cantik dan bersih..


Sumber imej: carian google


Sunday, March 30, 2014

Perjalanan dari Melaka ke Terengganu ikut GPS- Laluan 'The Shortest and The Quickest Route'

Kami dimaklumkan yang tahlil diadakan di masjid selepas solat Jumaat. Jadi malamnya tiada tahlil diadakan dirumah. Cuma sebab dah jadi budaya kami kat Terengganu buat tahlil sebelah malam pada hari kematian, jadi sebelah malamnya, abg joe dan kami adik beradik buat tahlil, diketuai oleh abe nik.

Selesai tahlil, selepas makan, pada pukul 10 malam, kami bertolak balik ke Terengganu. yelah, ikutkan nak tinggal lama lagi, tapi ada lagi urusan lain yang perlu diambil kira, jadi kami pulang malamnya juga. 

Tambahan pula, kami nak elakkan dari trafik yang sesak keesokkan hari. sebab yelah, cuti sekolah dah berakhir, masing2 nak balik semula ke rumah, mesti jam teruk nye. 

yang kesiannya, adik akak yang kebetulan berada di langkawi, sebaik dapat tahu berita kematian kakak, terus ambik tiket naik bas paginya... pukul 8 malam belum sampai ke melaka sebab jam teruk sangat kat hiway katanya.. hmm.

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Terengganu, abe nik bagitau akak nak lalu ikut Pasir Besar. Jadi dari umbai akak set gps ke Pasir Besar. Kemudian dari Pasir Besar akak set pulak ke Muadzam. dari Muadzam tu memang tak de masalah lah sebab kami dah tahu laluannya.






memang  cepat je sampai. kami bertolak kul 10 mlm, sampai kat dungun kul 3.30 pagi. cuma berenti rehat dan isi minyak setengah jam je. kiranya 5 jam la dah boleh sampai Terengganu kalau drive non-stop. so next time kalau kami ke Melaka, kami pasti akan set laluan ni.

Friday, March 28, 2014

Perjalanan ke Melaka dari Terengganu dengan GPS

Perjalanan ke Melaka disertai oleh akak sekeluarga dan adik beradik yang lain. Dari Kuala Berang, kami sekeluarga bertolak ke Melaka melalui hi-way Bukit Besi. dan kebetulan hi-way Bukit Besi sudah boleh sampai ke paka, jadi alhamdulillah lancar trafiknya.

Disebabkan ada adik akak yang tinggal di Dungun ikut serta, jadi beliau suami isteri bertolak dari Dungun. Akak bagitau mintak diaorng tunggu selepas tol Jabor. Alhamdulillah, kami bertemu selepas tol Jabor tu seperti dirancang.

Memandangkan laluan ke Melaka ni banyak - ikut Segamat - Tangkak pun boleh. ikut Gemencih, Gemas, Sungai Dua, Pasir Besar, Selandar jadi kami pun konfius jugak nak lalu ikut laluan mana satu. Tapi sebab akak kira jadi kepala la, semua yang kat belakang follow je. Abe nik kata nak lalu ikut Bahau. Jadi dari Kuala Berang ke Muadzam ke Simpang Bahau tu abe nik macam dah confirm la. Lepas tu abe nik lak macam konfius pulak.. mak aii.. jangan main ingat tak ingat lak.. Jadi dari situ kami set gps ke Umbai Melaka ikut 'the shortest route.'



 
Jadi, kami ikut je la map tu. Akak ingat la lalu Palong, Selandar, Batang Melaka.. tapi akak rasa macam lama la pulak nak sampai.. jalannya pulak aduhai asyik bersimpang siur... kejap 90 darjah kiri pastu kanan.. pening betul.. yang best pasal gps ni ialah kalau kita terlepas jalan pun sistem masih boleh terima jalan alternatif.. cumanya jauh dekat je la.. ada la 2-3 jalan yang kami missed..adoiii..

kul 4 pagi kami sampai ke rumah kakak. kiranya 8 jam, tapi tolak masa 2 jam untuk berenti sembahyang dan berenti makan kira oklah kan.

Tapi akak bagitau abe nik, tak nak lalu ikut tadi lagi.. jalan asyik pusing sini pusing sana.. kepala pun naik pusing..


 

Monday, March 24, 2014

Kembali kepada Allah

Tazkirah:

Ekoran peristiwa MH370, terlalu banyak coretan dan pandangan yang diterima dari orang ramai, dari pihak pengurusan kerajaan hinggalah ke pihak bawahan.. bahkan budak kecik umur 5 tahun pun siap boleh cerita pasal misteri kehilangan MH370 ni.. 

Disebalik segala kontroversi dan cerita2 misteri alam, mari kita sama2 muhasabah diri... merenung diri akan kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia.

Pada logik akal, memang amat mustahil kapalterbang yg sebegitu besar boleh hilang dan tidak dapat dijumpai dengan segala teknologi canggih di dunia ni. TAPI semua kejadian yang berlaku adalah KEHENDAK Allah dan dalam kekuasaan Allah. Kita semua adalah hamba-Nya. Jadi sebagai hamba, kita mestilah redha dengan ketentuan-Nya.

Memang terlalu senang untuk bercakap kan.. ye.. kita ni manusia, manakan mungkin kita sentiasa senyum dan pasrah apabila diuji dengan pelbagai dugaan. Kita semua pernah dan sentiasa mengeluh, menangis merenung nasib diri, menginsafi diri dan sebagainya... dan itu semua adalah perkara yang membawa kepada kebaikan kita sebenarnya... memberikan kita harapan untuk berusaha ke arah pembentukan diri yang lebih baik lagi.. Allah ingin mengajar kita sesuatu.. sesuatu yang kita tidak tahu.. 

Dikatakan, apabila kita seorang yang pembengis, Allah uji kita dengan situasi2 yang mencetus kepada tindakan emosi bengis kita.. dan yang sebenarnya, Allah uji kita sedemikian supaya kita sedar keadaan diri yang tidak sempurna, seterusnya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sama-sama kita mendidik diri ke arah minda yang positif.

MetroAhad 16 Mac 2014
 

Dalam artikel di atas, diceritakan kisah akhir zaman.

1- Akan datang kemarau yang panjang
2- Orang benar dikatakan berbohong dan orang berdusta dikatakan benar
3- Orang khianat diberi amanah dan orang yang amanah dikatakan khianat

Sama-sama muhasabah diri.
 

Friday, March 21, 2014

Akhirnya misteri kehilangan MH370 terjawab

METROAhad 16 Mac 2014
Ketika entri ini ditulis, kehilangan MH370 masih lagi misteri. 2-3 hari lepas dikatakan serpihan sayap kapalterbang ditemui di perairan Australia namun masih lagi belum dpt dipastikan kesahihan yg itu adalah MH370.
Mungkin ada yg bertanya, pernah tak ada kes yg kapalterbang hilang langsung tidak ditemui hingga ke hari ni? Mengikut artikel ni memang banyak berlaku kes macam tu.. jom baca.

Sunday, March 16, 2014

Operasi menyelamat MH370

 
HarianMetro 12 Mac 2014
 
Hari ke 5 kehilangan MH370
 
 
Masih lagi tiada kabar berita berkenaan dengan misteri kehilangan kapalterbang MH370.
 
Jiran-jiran serantau juga turut sama membantu. Semoga dengan gabungan kehebatan teknologi dan kepakaran manusia, kapalterbang MH370 akan segera ditemui.
 
 

Wednesday, March 12, 2014

Senangnya dapat gelaran profesor

Kekadang rasa macam nak marah pun ada kan.. yelah.. setengah orang bermati-matian belajar untuk mendapat ijazah, dapat sarjana dapat ijazah kedoktoran.. dah la banyak masa, tenaga dan wang ringgit dah dihabiskan, tak campur lagi ngan airmata.. yelah.. ingat belajo ni senang ke? menangis jugak weh.. time2 kena siapkan paper tapi nak tulis tak tahu apa nak tulis.. bengap jap.. tu yang terpaksa menangis tu.. lepas menangis tu memang Tuhan sangat Penyayang.. terus diberi petunjuk mencurah-curah..
 
tapi setengah orang lain, alahai mai ai senang la pulak dapat gelaran prof. Tak yah belajo pun..
 
kalu kita kat sini, sapa2 yang nak jadi profesor kena apply, lepas tu kena interview bagai.. kalau lepas maknanya memang superhebat la tu.. memang layak la jadi prof..
 
Jadi adakah kalau kita dah dianggap sifu dalam sesuatu perkara tu makanya dah boleh dianggap prof? Patutnya gelaran prof ni satu gelaran akademik yang dianggap tinggi pencapaian kecemerlangan akademik seseorang tu.. tapi kalau dah penyanyi pun dah boleh dapat prof.. nak kata apa kan..
 
28 Feb 2014 Sumber- HarianMetro
 
Jujur kepada ilmu!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...