Ramai yang mungkin tertanya-tanya.. ada ke kaitan di antara tiroid dan sakit sendi? Bagi mereka yang mengalami tiroid (macam akak), memang akan terasa ada kaitan yang ketara di antara keduanya..
Ada.
Tengok work cloud ni.. nilah kebanyakan isu kesihatan yang dihadapi oleh pesakit tiroid. Antara yang ketara ialah:
1) Sakit otot dan sendi (joint pain)
2) Kenaikan berat badan (weight gain)
3) Auto-imun
Kali ni jom kita berkongsi maklumat berkenaan sakit sendi.
Sakit Otot dan Sendi
Menurut Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin (sumber),
Tanda biasa hipotiroidisme adalah seperti kulit kering dan bersisik, rambut kusam dan rapuh, peningkatan berat badan, keletihan sepanjang masa, sembelit, sakit otot dan sendi, degupan jantung perlahan, sensitif sejuk, murung, mudah lupa, kitaran haid tidak teratur, kurang keinginan seks, muka sembap, paras kolesterol dan tekanan darah yang tinggi.
Semakin perlahan kadar proses metabolisme, semakin banyak tanda-tanda hipotiroidisme yang akan timbul sedikit demi sedikit dalam jangka masa panjang. Jika tidak dirawat, gejala akibat kekurangan hormon berkenaan boleh menjadi lebih teruk dan membawa kepada masalah kesihatan yang serius.
Tanda lain hipotiroidisme pada orang dewasa seperti lembap berfikir, mudah tersinggung, tidak boleh menumpukan perhatian, keguguran rambut, suara menjadi garau, sakit tekak berterusan, sukar menelan, tidak subur, kerap sakit kepala, insomnia, selera berkurang, alahan menjadi teruk, kejang otot, sukar menurunkan berat badan dan kurang stamina.
Lemah tubuh badan atau keletihan adalah tanda-tanda hipotiroidisme yang paling ketara dalam kalangan pesakit iaitu 99 peratus, diikuti kulit kering dan kasar (97 peratus), kelesuan dan pertuturan lambat (91 peratus), kesejukan dan kurang berpeluh (89 peratus), muka sembap (79 peratus), rambut kasar (76 peratus), kulit pucat (67 peratus), hilang memori (66 peratus), sembelit (61 peratus), peningkatan berat badan (59 peratus), rambut gugur (57 peratus) dan pekak (30 peratus).
Sekiranya anda turut mengalami masalah kesihatan yang sama dengan saya, saya berbesar hati sekiranya anda sudi berkongsi pengalaman supaya kita sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik. Salam ukhwah! Hubungi saya di 019-9695787 supaya kita sama-sama dapat berkongsi tips penjagaan kesihatan diri.
No comments:
Post a Comment