Showing posts with label Misteri Alam. Show all posts
Showing posts with label Misteri Alam. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Kaligrafi unik..

Tempohari abe nik ada dapat cenderahati.. tulisan kaligrafi.. yang diletakkan dalam frame kaca..

first time tengok kami tak tau apa maksudnya.. akak ngan abe nik letak je lah atas meja..

pastu bila durra balik dari hostel, dia tengoklah kat atas meja.. kata durra. "mami kenapa letak atas meja ni.. " akak bagitau akak tak tau apa maksudnya..

cepat je durra bagitau, "mami.. kalau mami nak tau.. tulisan ni maksudnya Allah dan Muhammad.."

La.. ye ke.. masyaAllah.. terus akak ambil dan letak kat atas almari, bertepatan dengan kedudukan yang tertinggi..

Allahhu Akbar!


Thursday, September 25, 2014

Mimpi gigi reput dan terus tercabut

Semalam abe nik bagitau. Dia mimpi giginya reput dan patah.
Sebenarnya kami cuak la jugak sebab biasanya kalau bab mimpi gigi patah gigi reput gigi tercabut ni maksudnya akan ada kematian anggota keluarga terdekat..
Bukanlah kami percaya 100% pasal mimpi ni tapi kami percaya Allah Berkuasa memberikan petunjuk walaupun melalui mimpi... cumanya mimpi juga mainan tidur kan.. jadi terserahlah kepada penerimaan masing-masing.

Friday, September 19, 2014

Mimpi pergelangan tangan berdarah

Mimpi itu mainan tidur.. tapi mimpi jugak bertujuan untuk memberikan sesuatu petanda atau petunjuk kepada yang mendapat mimpi tersebut.

Ok. Jom kita share pasal mimpi ni.

Kalau ada yg mimpi tangan sebelah kanan berdarah maksudnya ada kemungkinan mendapat musibah atau akan berada dalam situasi yang sulit.

Andai ada yang benar menghadapinya, anggaplah sebagai ujian Allah. Ada sesuatu perkara yang Allah ingin bagitau kat kita supaya lebih bersedia pada masa akan datang. Dan semoga kita belajar sesuatu yang berharga dalam setiap perkara yg berlaku dalam hidup kita.

Kita ini milik Allah. Hanya kepada Allah kita berserah. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Sunday, June 1, 2014

Kucing beranak atas siling rumah.. alahai..

2-3 hari ni ada dengar bunyi macam kucing berlari kat atas siling rumah.. siap bunyi miaw miaw lagi.. dah sah, mesti kucing dah beranak... suspen jugak... kot2 nanti jadi sangkar diaorng kat atas siling.... lagi naya kalau pikir kan bab dia kencing ke u-uk ke... alahai..

lepas buat edisi siasat, maka taulah kami.. rupanya kucing ni naik ikut dahan pokok mata kucing...
 
 

jadinya, ari ni abe nik mintak tolong kawannya datang panjat kat atas siling.. tengok apa yang ada.. memang sah.. ada anak kucing.. ada 3 ekor rupanya.. jadinya abe nik bagi baldi mintak turunkan anak kucing tu..

nah.. ini dia... comey tak?


 
bila dah bawak turun abe nik letak kat satu tempat lain.. kejap lepas tu mak kucing datang.. dia ambik satu-satu anak dia, gonggong la kan.. sambil gonggong dia boleh panjat pokok tu nak bawak balik tempat asal kat atas siling tu.. masa mak kucing ni tengah panjat, akak berlari la jugak ambik tepon nak capture moment tu, tapi tak sempat.. ye lah.. akak pun bukan leh lari cepat benor.. dah senja ni kan.. perkataan lari tu dah tak relevan dah.. jalan pun slow and steady je.. jadi by the time akak keluar, bila akak pandang kat pokok, mak kucing tu dah takde.. huhuhu..

bila dilakukan edisi siasat lagi, rupanya mak kucing ni masuk kat atas siling tu melalui saluran air (gutter?)..ooo... so lepas tu kawan abe ni dah tutup semua lubang2 tu dengan jaring.. lepas ni harapnya dah tak de masalah kucing beranak atas atap lagi...
 

Monday, March 24, 2014

Kembali kepada Allah

Tazkirah:

Ekoran peristiwa MH370, terlalu banyak coretan dan pandangan yang diterima dari orang ramai, dari pihak pengurusan kerajaan hinggalah ke pihak bawahan.. bahkan budak kecik umur 5 tahun pun siap boleh cerita pasal misteri kehilangan MH370 ni.. 

Disebalik segala kontroversi dan cerita2 misteri alam, mari kita sama2 muhasabah diri... merenung diri akan kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia.

Pada logik akal, memang amat mustahil kapalterbang yg sebegitu besar boleh hilang dan tidak dapat dijumpai dengan segala teknologi canggih di dunia ni. TAPI semua kejadian yang berlaku adalah KEHENDAK Allah dan dalam kekuasaan Allah. Kita semua adalah hamba-Nya. Jadi sebagai hamba, kita mestilah redha dengan ketentuan-Nya.

Memang terlalu senang untuk bercakap kan.. ye.. kita ni manusia, manakan mungkin kita sentiasa senyum dan pasrah apabila diuji dengan pelbagai dugaan. Kita semua pernah dan sentiasa mengeluh, menangis merenung nasib diri, menginsafi diri dan sebagainya... dan itu semua adalah perkara yang membawa kepada kebaikan kita sebenarnya... memberikan kita harapan untuk berusaha ke arah pembentukan diri yang lebih baik lagi.. Allah ingin mengajar kita sesuatu.. sesuatu yang kita tidak tahu.. 

Dikatakan, apabila kita seorang yang pembengis, Allah uji kita dengan situasi2 yang mencetus kepada tindakan emosi bengis kita.. dan yang sebenarnya, Allah uji kita sedemikian supaya kita sedar keadaan diri yang tidak sempurna, seterusnya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sama-sama kita mendidik diri ke arah minda yang positif.

MetroAhad 16 Mac 2014
 

Dalam artikel di atas, diceritakan kisah akhir zaman.

1- Akan datang kemarau yang panjang
2- Orang benar dikatakan berbohong dan orang berdusta dikatakan benar
3- Orang khianat diberi amanah dan orang yang amanah dikatakan khianat

Sama-sama muhasabah diri.
 

Friday, March 21, 2014

Akhirnya misteri kehilangan MH370 terjawab

METROAhad 16 Mac 2014
Ketika entri ini ditulis, kehilangan MH370 masih lagi misteri. 2-3 hari lepas dikatakan serpihan sayap kapalterbang ditemui di perairan Australia namun masih lagi belum dpt dipastikan kesahihan yg itu adalah MH370.
Mungkin ada yg bertanya, pernah tak ada kes yg kapalterbang hilang langsung tidak ditemui hingga ke hari ni? Mengikut artikel ni memang banyak berlaku kes macam tu.. jom baca.

Sunday, March 16, 2014

Operasi menyelamat MH370

 
HarianMetro 12 Mac 2014
 
Hari ke 5 kehilangan MH370
 
 
Masih lagi tiada kabar berita berkenaan dengan misteri kehilangan kapalterbang MH370.
 
Jiran-jiran serantau juga turut sama membantu. Semoga dengan gabungan kehebatan teknologi dan kepakaran manusia, kapalterbang MH370 akan segera ditemui.
 
 

Monday, January 27, 2014

Inilah rupanya batu karang tu..

Inilah dia rupa batu karang yang doktor keluarkan dari hempedu abe nik. warnya kehitaman, besarnya macam makjun gitu. ada yang pernah makan makjun ke? tak pernah? ok k.. macam tahi kambing lah.. chit kotornya.. aii.. dah bgtau makjun korang tak tau.. takkan tahi kambing pun tak tahu jugak?.. akak bgtau anggaran rupa dan saiz dia la kan..

akak tak de la nak pegang2 ke.. gelis gitus.. 

doktor letak dalam bekas pastu bila akak goncang bekas tu memang bunyinya macam batu kena dinding..  keras la tu kan..

bayangkan batu yang keras duduk dalam hempedu.. pastu bila kita bergerak2 batu ni turut bergerak dan bergesal dengan hempedu kita.. memang sakit la kan..


bawah gambo batu karang tu ialah gambo pundi hempedu yang bernanah tu.. camana ye.. sampai bernanah kan.. hmmm

yang ni akak sempat la snap.. doktor ambik specimen ni nak bawak ke makmal..

tengoklah kan.. macam2 yang kita tak tahu yang terjadi dalam perut kita.. jangan tak tau, batu karang ni ada yang kena kat hempedu, ada yang kena kat buah pinggang.. ada yang kena kat saluran kencing.. bayangkan batu nak keluar dari saluran kencing.. aduhhhhhh mak ai... tak dapat dibayangkan lah sakitnya....

mesti ada yang tanya, "camana abe nik leh ada batu karang kat hempedu tu ye?" sebenarnya akak pun masih mencari2 jugak jawapan kat soklan cepumas tu..

tapi akak boleh bagi petunjuk kat sini..

abe nik ni perokok. jadi tak tau la samada kesan merokok tu turut menyumbang kepada pembinaan batu karang ni.. nanti akak cari maklumat dan share lagi..

tapi ada baiknya semua orang stop smoking! untuk kebaikan semua orang kan.

sebelum balik, banyak kali jugak drhasnan pesan supaya berenti merokok, jaga kesihatan, kurangkan lemak, kurangkan berat badan. Pendek kata, semuanya ayat2 skema yang biasa kita dengar.. tapi tulah.. time sihat tak rasa pulak ayat2 nasihat tu betul.. time sakit la baru nak pikir nak berenti tu la. nak berenti ni la.. kan kan kan..

jom kita mulakan dengan pemakanan yang sihat dan diet yang betul.


Monday, January 13, 2014

Candat sotong

Kali ni akak nak share citer pasal candat sutong lak.. aii napa lak nak citer pasal sutong nih? dah tentu Tahun Melawat Teganung dik oii... so promo la sket..

Sekali tu abe nik and the gang sewa bot dan g candat sutong kat area marang.. gi petang balik pagi esoknye.

Dan pulangnya bawak sutong banyak gituhhhh.. memang ari tu akak makang lauk sutong sumer.. apa saja pasal sutong.. sutong goreng.. sutong tumis.. sutong singgang.. yang paling spesel ialah sutong celup tepung.. fuh... memang terbaekkkk lah.

 


Apa ada pada nombor? Check this out!

 Satu perkongsian yang menarik!
 
 
Angka 5 dalam Islam
 
 
 5 waktu solat fardhu yang WAJIB didirikan
 5 Rukun ISLAM
 5 hukum syariah - Wajib,Haram,Sunat,Makruh dan Harus
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
  • masa sihat sblm sakit
  • masa kaya sblm sempit (miskin)
  • masa lapang sblm sibuk
  • masa muda sblm tua
  • masa hidup sblm datangnya mati.

5 peperangan besar dalam ISLAM
  • Perang Badar
  • Perang Uhud
  • Perang Khandak
  • Perang Muktah
  • Perang Hunain

5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI

✔ Nabi Nuh a.s
✔ Nabi Ibrahim a.s
✔ Nabi Musa a.s
✔ Nabi Isa a.s
✔ Nabi Muhammad SAW

5 Perkara yang WAJIB disegerakan

1) memberi makan apabila tetamu datang kerumah.
2) urusan keatas jenazah.
3) mengahwinkan anak perempuan jika telah baligh.
4) membayar hutang jika telah datang waktu untuk membayarnya.
5) TAUBAT atas pelbagai dosa yang dilakukan.

5 Dosa Besar yang paling Utama
  • Syirik kepada Allah
  • Derhaka kepada kedua ibubapa
  • Meninggalkan Solat Fardhu
  • Memakan Harta Anak Yatim
  • membunuh jiwa yang diharamkan Allah

5 perkara yang dicintai dan melupakan 5 perkara yang lain di Akhir Zaman..
  •  Mencintai Dunia ; Melupakan Akhirat.
  •  Mencintai Hidup ; Melupakan Mati.
  •  Mencintai harta benda ; Melupakan Hisab.
  •  Mencintai Gedung-gedung ; Melupakan Kubur.
  •  Mencintai Makhluk ; Melupakan Allah s.w.t
 
Apa ada pada bulan Disember 2013?
 
Bulan Disember 2013 ini ada
  • 5 hari Isnin
  • 5 hari Selasa dan
  • 5 hari Ahad
 
Peristiwa ini HANYA berlaku sekali dalam 823 tahun!!! MasyaAllah.
 
Apa yang istimewanya kita?

Kita satu-satunya generasi yang telah melihat ...
 
01/02/03
02/03/04
03/04/05
04/05/06
05/06/07
06/07/08
07/08/09
08/09/10
09/10/11
10/11/12
11/12/13

Menarik bukan?
 

Friday, January 10, 2014

Petanda tsunami di Sabah?

Lambakan ikan di Lahad Datu Sabah mengundang pelbagai persepsi. Banyak yang mengaitkan fenomena ini dengan petanda datangnya musibah seperti yang berlaku di Acheh. Betul ke?

Kita tak tahu. Segala yang ada di alam ini milik Allah dan di dalam kekuasaan Allah. Segalanya dipinjamkan kepada kita. Selebihnya, kita berserah kepada Allah.

Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan kita di mana sahaja kita berada, selamat di dunia dan selamat di akhirat.


29 Dis 2013

Thursday, January 9, 2014

Ombak bergulung lagi....

Ari ni dah 10 Jan 2014. Jumaat. Pagi ni akak kuar nak g breakfast kat luar.. lalu ikut pantai.. uffhh. Tengok pantai punyala suspen.. ombak bergulung-gulung.

Semalam pun angin memang kuattt sangat.. sampai penyidai kain kat luar rumah boleh terbalik... mujo la x kena kete.. mujo sentiasaa ada kan..sampaila ke pagi ni angin masih lagi bertiup kencang..

Ya Allah, Kau Lindungi kami semua dari segala bahaya dengan rahmat kasih sayangMu. Amin.

Wednesday, December 25, 2013

Tragedi Pantai Teluk Lipat Dungun

On the way balik ke Dungun petang tadi akak lalu ikut pantai.. tengok2 jam la pulak.. rupanya ada orang lemas petang kelmarin masih belum ditemui..
Punya la ramai orang datang tengok.. yelah walaupun orang2 bukan boleh buat apa2 pun tapi sekurang-kurangnya mereka menunjukkan sokongan moral..
Masa akak lalu tu ada la dengar helikopter datang terus pergi ke tengah laut utk teruskan operasi mencari..
Dengar cerita, mangsa yg lemas tu orang Sabah, memang tahu selok belok pantai sebab ajar org berenang.. dan baru kawin dengan org Bukit Chatak Dungun raya haji lepas.. dan wife baru pregnant 2 bulan..
Semoga Allah mempermudahkan urusan mencari mangsa. Amin.

Saturday, December 21, 2013

Muhasabah kesan dari banjir besar pantai timur Disember 2013


Beberapa petikan dari bloggers yang akak perolehi hasil dari random websurfing - kredit, kredit

" Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini."

" Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 22,040 orang malam ini berbanding 22,706 orang pada sebelah petang. "





Bagi mereka yang mengalami kesan banjir tersebut, diharapkan agar kita perbanyakkan sabar.. merenung diri, mengingati Allah dan bersyukur. Kenapa bersyukur? sebab apa yang berlaku ada hikmahnya.. kita mungkin belum nampak lagi hikmahnya tu sebab kita masih lagi dihambat rasa kesal dan sedih atas kemusnahan harta benda yang berlaku ekoran kejadian banjir tu kan..

Hakikatnya, kita wajib bersangka baik dengan Allah.. ujian ini yang terbaik Allah bagi... Kalau Allah bagi kat kita semua apa yang Allah bagi kat tempat lain tu macam taufan Katrina ke.. taufan Haiyan ke, mungkin ada anggota keluarga kita yang tak bersama ngan kita kan.. mungkin juga kita keseorangan kat dunia ni.. mungkin juga kita dah tak de kat dunia ni.. mungkin hanya anak kita sorang je yang ada.. banyak kemungkinan yang tak akan habis... jadi bersyukurlah..

Dan jom kita pandang ke depan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita selepas ini... segalanya milik Allah kan.. semoga apa yang Allah beri kepada kita dapat memberi kesedaran kepada kita semua sebagai makhluk Allah di mukabumi ni. betapa kerdilnya kita kan..

Akak terpanggil untuk berkongsi rasahati sebagai muhasabah diri kesan dari peristiwa banjir itu hari.

Pertamanya di penempatan banjir..Ni gambaran yang diperolehi di sini


Pusat pemindahan pun naik air!



Banyak bentuk Bantuan yang diperlukan.. seperti:
  • makanan dan air minuman
  • pampers bayi, wanita dan orang dewasa
  • kemudahan rapi diri - sikat, bedak bayi
  • peralatan perubatan - minyak angin, minyak gamat, cool fever
  • pakaian untuk semua golongan, tuala, seluar dalam lelaki/perempuan
  • sabun mandi, berus gigi, ubat gigi
  • selimut, tilam, tikar
  • beg /plastik sampah
  • tong sampah
  • barang permainan kanak-kanak
  • penyapu
  • selipar
  • kerusi malas buat golongan yang ada penyakit/warga emas

Alhamdulillah banyak bantuan yang datang dari segenap lapisan masyarakat yang prihatin dan dari segenap ceruk rantau.. semoga agihan bantuan dan sumbangan dibuat dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kepada yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan harta benda semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada anda sekeluarga.




Namun ada juga beberapa kes yang perlu diberi perhatian yang melibatkan aduan orang ramai.. harapnya kita juga jangan asyik mengadu je nakkan keselesaan tanpa mahu berkompromi dengan orang lain kan.. kena jugak pikir pasal orang ramai yang lain kan..


Aduan yang patut diberi perhatian
sini, kredit



  • kenderaan yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan dikatakan menjadi punca bantuan makanan tidak dapat disalurkan dengan lebih cepat ke destinasi yang diarahkan..


Gambar: DTR Ai ~ Keadaan di simpang 3 permatang badak. Kesian tdo di jejantas je

info & pic ~ mokhzani pielangbikers wazup group


  • Ada juga yang bersikap tamak dan tidak prihatin di atas kesulitan yang dialami orang lain. Orang macam ni memang ada di mana-mana. Sekurang-kurang Allah dah tunjukkan perangai busuk dia secara terang-terangan.. jadi next time kita beringat, tak payah berkawan dengan orang macam ni. Allah Maha Adil. orang tamak ada balasannya.



  • Bantuan yang ditunggu tak datang tapi Allah permudahkan juga urusan memindahkan pesakit jantung.



  • sesama sendiri pun ambik kesempatan.. pertolongan diberi mengharapkan bayaran. tiada lagi keikhlasan untuk mendapatkan pahala Allah.. masyaAllah.




  • tempat penempatan banjir bercampur lelaki dan perempuan.. jadi pengurusan pusat penempatan perlu lebih peka..


Bundaberg flood evacuation centre


Yang boleh dipraktikkan di pusat penempatan kita pada masa akan datang, 

  • penyediaan kemah - dengan adanya kemah ni, lebih privasi terutama mak2 yang menyusukan anak, yg ada anak dara

 kredit, kredit





  • mungkin juga boleh diletakkan kain buat pemisah di antara satu keluarga dengan 1 keluarga yang lain seperti di sini


FLOOD SURVIVORS. Residents affected by flooding due to heavy rains exacerbated by Tropical storm Maring (Trami) set up inside a basketball gym serving as an evacuation center in the town of Calumpit, Bulacan, August 22, 2013. Photo by AFP/Ted Aljibe
  • baju-baju sumbangan digantung dan ditunjukkan secara terang-terangan, kemas tergantung siap dengan hanger lagi untuk kemudahan mangsa banjir yang memerlukan. (foto di bawah kredit- kelab caknaalam UiTM Terengganu)


Displaying IMG-20131217-WA0007.jpg

dan bukannya dilonggokkan sambil orang-orang mencari dan memijak-mijak pakaian2 tu.




Seboleh mungkin kita mahu supaya kerajaan mempunyai pelan dan perancangan penempatan banjir yang lebih efisyen untuk keselesaan orang ramai.. mungkin kita cepat membandingkan tempat kita dengan di negara lain yang lebih maju seperti di Jepun atau di Thailand..

kredit

Jepun dan Thailand



Thailand


Selepas apa yang berlaku, akak pasti Majlis Keselamatan Negara akan lebih praktikal dalam mencari kaedah terbaik menguruskan permasalahan penempatan bencana alam.

Walaupun kita masih belum mampu untuk menguruskan kemudahan penempatan banjir secekap dan sebaik di negara lain, tapi BERSYUKURlah sebab kita LEBIH BAIK dari mereka yang berada di tempat lain

Evacuated flood-affected villagers sit with their animals as they travel to a safe place

BERSYUKUR kerana kita masih lagi selamat di bumi Allah ini


BERSYUKUR kerana kita masih ada KELUARGA di sisi 



Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar














Rujukan dan kredit gambar:
semua gambar perolehi hasil dari carian google image 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...