Thursday, July 26, 2018

Gangguan Tiroid dan Auto-Immune: Apa Kaitannya?


Menurut Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin (sumber), dan ahli endokrin pediatrik Andrew J. Bauer, M.D, pengarah perubatan Pusat Perubatan di Hospital Kanak-kanak Philadelphia (sumber),

Beberapa punca dikenal pasti menyumbang kepada masalah kelenjar tiroid sehingga gagal menghasilkan hormon tiroid seperti penyakit autoimun iaitu sistem imun menghasilkan antibodi yang menyerang tisu sendiri dan proses ini membabitkan kelenjar tiroid apabila antibodi itu mempengaruhi keupayaan tiroid menghasilkan hormon. Gangguan auto­imun ini juga dikenali sebagai Thyroiditis Hashimoto iaitu kelenjar tiroid membesar (goiter).
Penyebab yang paling tipikal hipotiroidisme ialah serangan sistem imun pada sel-sel dalam kelenjar tiroid. Faktor tambahan yang boleh merosakkan kelenjar tiroid atau keupayaannya untuk menghasilkan hormon tiroid termasuk radiasi untuk kanser kepala dan tekak, ubat-ubatan (termasuk litium, ubat epilepsi dan ubat-ubatan kemoterapi yang dikenali sebagai inhibitor tyrosine kinase) dan, jarang sekali, kekurangan iodin. 
Dalam keadaan tertentu, serangan  sistem imun pada sel-sel dalam kelenjar tiroid akan menyebabkan bahagian tubuh mengalami masalah kesihatan lain seperti Lupus dan rheumatoid arthritis (sumber).


Jom tingkatkan sistem imun kita. Dapatkan suplemen dan vitamin untuk bantu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Pilihan saya adalah Shaklee.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!