APA ITU HYPOTHYROID?
Hypotiroid adalah keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi dan tidak dapat memenuhi keperluan tubuh sehingga mengganggu beberapa fungsi tubuh (sumber).
Justeru, bagi memastikan pesakit kekal sihat, mereka perlu mengambil diet pemakanan yang betul.
Dalam kedua-dua video ni, doktor cadangkan diet yang perlu diikuti oleh pesakit hypotiroid.
Video 1: Panduan diet untuk pesakit hypotiroid
Video 2: Perkongsian maklumat selepas tiroid dibuang
Bagi pesakit hypotiroid, nasihat paling penting yang diberikan ialah kita perlu elakkan:
1) Makanan yang diproses dalam tin atau yang dipek
Ni adalah contoh makanan yang perlu dielakkan.
Berikut adalah penerangan yang diberikan oleh Kevin Zahri yang merupakan seorang perunding kesihatan terkenal,
Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Jadi kita pesakit hypotiroid perlu beralih kepada makanan berasaskan organik dan GMO.Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Semakin ramai yang beralih kepada makanan organik untuk menjaga pemakanan yang lebih sihat dan mengelakkan unsur-unsur bahan kimia di dalam pemakanan seharian.
GMO adalah singkatan kepada Genetically modified foods. Makanan berasaskan GMO ini telah dibuktikan membahayakan manusia, haiwan dan persekitaran (sumber). Namun demikian, lebih banyak produk GMO dihasilkan untuk menampung permintaan pengguna. Jadi lebih banyak hormon-hormon tertentu disuntik ke dalam makanan yang akan mempercepatkan tumbesarannya. Contohnya, jagung yang ditanam hanya boleh dikutip selepas 2 bulan, namun selepas disuntik berkemungkinan jagung tersebut boleh dikutip untuk dijual selepas 2 minggu.
Sumber ni menyenaraikan 10 produk makanan berasaskan GMO yang perlu dielakkan.
Dan... lagi penting ialah... bijak pandai mengatakan PAHIT ITU UBAT dan MANIS TU BELUM TENTU BAGUS kan.. kan kan.. renung-renungkan.
No comments:
Post a Comment