Showing posts with label bahaya hipotiroid. Show all posts
Showing posts with label bahaya hipotiroid. Show all posts

Monday, November 12, 2018

Bahaya kekurangan CoQ ke atas pesakit tiroid!

Sebut je pasal tiroid, semua dah boleh bayangkan pasal bengkak kat leher kan.. sebenarnya tiroid ni lebih dari itu.. ada banyak jenis penyakit dan simptom yang berkaitan dengan gangguan tiroid ni.

Yang paling kerap dibincangkan ialah 2 kategori besar jenis gangguan tiroid ni iaitu:
1) hipotiroid
2) hipertiroid

Mereka yang mengalami gangguan tiroid ni bukan setakat orang dewasa malah kanak-kanak juga terdedah kepada risiko yang sama. Simptom gangguan tiroid ada pelbagai. Sekiranya anda ada mengalami simptom yang tersenarai, cepat-cepat berjumpa doktor.

Kesan gangguan tiroid juga pelbagai yang memberi impak kepada kesihatan badan kita secara perlahan-lahan.




Mereka yang mengalami simptom gangguan tiroid seperti di atas dinasihatkan mendapatkan rawatan segera. Jangan dibiarkan tanpa rawatan kerana dalam kes-kes tertentu akan mengakibatkan kanser tiroid yang boleh membawa maut.


KEPENTINGAN MENGAMBIL SUPLEMEN

Bagi pesakit tiroid, sangatlah penting untuk anda mengambil suplemen bagi mencukupkan nutrisi keperluan badan.

Entri kali ni kak izang nak berkongsi tentang kepentingan pesakit tiroid macam kak izang untuk mengambil suplemen CoQ10.


NASIHAT KEPADA PESAKIT HIPERTIROID

Terutamanya kepada pesakit hipertiroid, kajian menunjukkan pesakit hipertiroid terdedah kepada risiko sakit jantung disebabkan kekurangan kadar serum CoQ dalam badan. Pengambilan suplemen CoQ ke atas sample kajian menunjukkan kesan positif. Jadi pesakit hipertiroid sangat disarankan untuk mengambil CoQ. 

Bagi pesakit hipotiriod, kadar CoQ mereka adalah lebih tinggi. Kenapa pesakit hipertiroid mempunyai kadar CoQ yang kurang? Penjelasan berikut diberikan oleh Dr Sinatra,

"If a woman is hyperthyroid, this can be a disaster, because, in hyperthyroidism, a hyperactive thyroid gland can burn up all the CoQ10 in the body. The metabolism is so high that CoQ10 is stolen away from the heart. When this happens, the woman can go into heart failure. Many times I have seen a hyperthyroid storm in a woman associated with heart failure. We didn't understand why women got heart failure and hyperthyroidism at the same time. We used to think it was a virus, but now we know the hyperthyroidism takes away the CoQ10."

Maksudnya ialah bagi pesakit hipertiroid, kadar metabolisma mereka sangat tinggi yang menyebabkan keperluan CoQ dibuang sehingga tidak dapat digunakan oleh jantung. Sebab itulah kadar CoQ sangat-sangat rendah bagi pesakit hipertiroid ni. Sedangkan jantung perlukan CoQ ini. 


Apa itu CoQ?

CoQ adalah nutrien yang larut lemak yang dihasilkan di dalam badan dan terdapat dalam semua sel. Nutrien ini terdapat dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan sejumlah besar tenaga selular, seperti jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas.

CoQ10 adalah penting kepada trilion sel dalam badan yang mesti membuat tenaga mereka sendiri untuk bertahan hidup. Untuk membuat tenaga, sel-sel membakar gula dan lemak yang berasal dari makanan yang kita makan.
Nutrien ini dipecahkan dan dibawa melalui jalur penghasil tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini berlaku berulang kali setiap saat dan bahan api yang anda leburkan jantung dan organ badan lain yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan.
Tanpa CoQ10, sel-sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. CoQ10 juga dikenali kerana aktiviti antioksidan yang kuat, melindungi membran sel daripada radikal bebas.
Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL). Ini sangat penting kerana ia membantu menggalakkan fungsi saluran darah, termasuk mereka yang mengangkut darah ke jantung.


Kenapa Pentingnya CoQ ni?

Pakar, Dr Jamie McManus mencadangkan pengambilan CoQ-Trol untuk kesihatan jantung. 






Tiroid dan CoQ

Memandangkan lebih ramai wanita yang mengalami gangguan tiroid, pakar menyarankan supaya kaum wanita lebih bertanggungjawab dalam menjaga jantung mereka. Justeru, pakar menasihatkan supaya mereka yang mengalami gangguan tiroid supaya mengambil suplemen CoQ bagi mencukupkan nutrisi keperluan badan.

Banyak testimoni tentang pengambilan CoQ ini yang sangat positif. Di samping penyakit jantung, CoQ mampu dalam rawatan kekejangan otot, migrain, kesuburan lelaki dan juga rawatan kanser.


Dengan pelbagai pilihan suplemen CoQ yang ada di pasaran, mana satukah pilihan anda?

Menurut pakar  setiap brand suplemen mempunyai bahan-bahan yang berbeza serta kelebihan yang berbeza.


CoQ-Trol Plus dari Shaklee

Kak izang memilih CoQ0Trol Plus dari Shaklee. 


Inilah dia CoQ-Trol Plus dari Shaklee.



Nasihat dari pakar

"Mereka yang mengalami gangguan tiroid tidak perlu berasa terbeban dengan cabaran lemah tenaga dan depresi. Diet yang betul, ubatan tiroid dan suplemen yang lengkap akan mengurangkan simptom penyakit dan menstabilkan hormon serta mewujudkan metabolisma yang sihat."

Jadi kepada mereka yang sedang mengalami gangguan tiroid, samada hipotiroid atau hipertiroid, segera amalkan CoQ-Trol Plus untuk kesihatan jantung. Jangan dibiarkan.

Hubungi kak izang 019-9695787 untuk pertanyaan atau ode produk.





Sunday, October 14, 2018

Hipotiroid: Penyebab, Gejala dan Rawatan

Bila anda disahkan mengalami hipotiroid, memang akan datang bermacam-macam perasaan.. mungkin juga anda akan tertanya-tanya bagaimana mungkin anda boleh mengalami hipotiroid ni..kan.

Jom tengok apa itu hipotiroid.



Apa itu Hipotiroid?

Hipotiroid atau thyroiditis atau pembengkakan tiroid. Ianya adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. Pengeluaran hormon tiroid akan berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.
15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit hipotiroidisme. Penyakit ini adalah 2 kali ganda lebih kerap di kalangan kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.


Gejala Hipotiroid
Antara tanda-tanda orang yang menghidapi Tiroid jenis “Hipotiroidism” adalah
  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan, Walau melakukan berbagai jenis senaman
  • Penambahan berat badan, Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor Genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus
  • Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi
  • Masalah capal dan tendonitis


Gejala hipotiroid diakui oleh pakar iaitu Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin.
Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ramai tidak menyedari mereka sebenarnya sakit dan mengalami masalah gangguan kelenjar tiroid tidak aktif, hipotirodisme.
Katanya, ini berikutan gejala sering dialami pesakit hipotiroidisme hampir sama dengan gejala penyakit lain seperti kegemukan, kemurungan, keresahan terlampau, menggeletar dan sakit sendi.
"Biasanya orang menganggap gejala tiroid sebagai kesan daripada tekanan, gaya hidup tidak sihat atau penuaan.
"Wanita misalnya, beranggapan masalah dihadapi disebabkan perubahan hormon dan emosi. Bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita biasanya lebih mudah mendapat serangan hipotiroidsme dengan satu daripada lapan wanita berisiko menghidap masalah kelenjar tiroid tidak aktif itu," katanya.
Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih 300 juta orang di seluruh dunia mempunyai masalah gangguan tiroid dan tidak mendapatkan rawatan berikutan menganggapnya sebagai masalah biasa. 


Dalam kes-kes tertentu, pembedahan terpaksa dilakukan bagi merawat kes yang kronik berkaitan hipotiroid ini.



Mereka yang mempunyai masalah hipotiroidisme perlu mengambil hormon tiroid untuk mengganti hormon yang tidak lagi dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Rawatan yang biasa membabitkan pengambilan pil hormon tiroid sintetik dikenali levothyroxine (L-Thyroxine) sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor.
“Rawatan ini berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan gejala hipotiroidisme dengan mengembalikan tahap hormon yang mencukupi, tetapi ia perlu diteruskan untuk sepanjang hayat. Namun, dos pengambilan diperlukan mungkin berubah dan pesakit perlu melakukan pemeriksaan paras TSH secara berkala.


Hipotiroid yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
  1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
  2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
  3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
  4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
  5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
  6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Bagi merawat hipotiroid, beberapa panduan diberikan oleh Dr Axe.




Bagi pesakit hipotiroid seperti kak izang, jom jaga diri! Jaga Pemakanan! Jaga Kesihatan!

Kesihatan Kita Tanggungjawab Kita!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...