Showing posts with label Lost and Found. Show all posts
Showing posts with label Lost and Found. Show all posts

Tuesday, March 12, 2019

Kenangan kereta MyV

Mac 4, 2019

Kisahnya, adik kak izang pinjam kereta. Nak hantar kawannya naik bas pulang ke Kelantan. Adik kak izang sorang lagi pun ikut sekali menemani.

Dipendekkan cerita...kat highway menghala ke Paka.. mereka terbabit dalam kemalangan. Kereta yang dipandu adik hilang kawalan. Berlanggar dengan divider tengah jalanraya. Hentakan sangat kuat sehinggakan airbag keluar...

Syukur syukur syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Allah melindungi mereka. Syukur alhamdulillah. Cumanya adik yang duduk kat belakang memang tak pakai seatbelt.. jadi beliau mengalami pendarahan di kepala..ditahan di wad sehari dan dibenarkan pulang.

Apa pun, syukur alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segala urusan yang berkenaan dan berkaitan dengan keperluan yang perlu diuruskan.

Terima kasih juga kepada pengguna jalanraya yang sudi menghulurkan bantuan menemani mereka bertiga dari awal sehingga ambulan datang. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan pahala dan keberkatanNya.

Bagi kak izang, di atas ketiadaan kereta MyV yang dialami dan dirasai ketika ini, semoga Allah menggantikannya dengan kemudahan yang lebih baik. InsyaAllah Amin.


Inilah gambar kereta yang sempat dirakam di tempat kejadian.














Wednesday, August 13, 2014

Buta sejarah - kisah baju melayu

hmm.. jom lihat sejarah jap.. perihal baju melayu. kalu diikutkan terdapat banyak fesyen dan trend terkini pemakaian baju melayu.. ustaz kazim pun pakai baju melayu yang dah dimodenkan.. tak sama macam baju melayu tradisional kita dulu. dan ada yang dah menjadikan baju melayu lagi moden.. dah macam nak masuk pertandingan la plok kan.. ada macam2 design..

semua cantik-cantik..
    

tapi masih lagi tak boleh menandingi kehebatan baju melayu asli cekak musang dan teluk belanga.

Saturday, August 9, 2014

KPTM - dulunya Maktab Sains Mara Kuantan

Bulan jun 20 hb yang lepas, akak hantar anak sedara ke kptm gambang. memandangkan abang ipar bertolak dari melaka, jadinya kami janji nak berjumpa di hentian kat kuantan je lah.. kul 10 lebih janji jumpa.. sapa2 cepat kena la tunggu kat hentian lepas tol tu.

wah.. susah jugak nak mencari kptm ni.. bersimpang siur jalannya.. cari gps pun susah gak nak jumpa... kena berenti tanya orang..

rupanya sangatlah dekat ngan KIPSAS.

dan rupanya kptm ni dulunya adalah Maktab Sains Mara.. dan akak dulu pernah belajar kat sini..

dulu lain, ada maktab sains mara tu je sebuah kat situ.. sekarang ni, dah banyak shoplot dan rumah2 di kawasan sekitar.. depan tu ada hiway sibuk kemain lagi..

dan padang tenis nya masih lagi sama.. teringat nostalgia zaman belajo kat situ dulu.

Sunday, July 6, 2014

Betul ke Hang Tuah wujud? Kalau ye di mana keturunannya?

Hang Tuah.. benarkah Hang Tuah wujud? Akak pernah menulis artikel mengenai Hang Tuah iaitu A Reality Check on Hang Tuah: Seeing is Believing (Buletin dalaman - sila emelkan akak kalu nak baca) dan di sini.

Sekali lagi pertanyaan akak, ye ke Hang Tuah tu wujud? 

Ramai yang ragu-ragu dengan status kewujudan Hang Tuah. Yelah, kalau betul Hang Tuah ada, napa sekarang ni tak de pun orang yang namanya mula ngan nama Hang? Patutnya Hang tu kira macam nama keturunan la kan.. hmmm. 

Tup-tup ada pulak yang ngaku waris keturunan Hang Tuah.. camana tu? Caner nak sahkan.. mende dah jadi sejarah dah.. dah tak de orang yang dapat sahkan perkara ni..hmm..

Sumber imej: Metro Ahad, 24 Feb 2013


Friday, March 21, 2014

Akhirnya misteri kehilangan MH370 terjawab

METROAhad 16 Mac 2014
Ketika entri ini ditulis, kehilangan MH370 masih lagi misteri. 2-3 hari lepas dikatakan serpihan sayap kapalterbang ditemui di perairan Australia namun masih lagi belum dpt dipastikan kesahihan yg itu adalah MH370.
Mungkin ada yg bertanya, pernah tak ada kes yg kapalterbang hilang langsung tidak ditemui hingga ke hari ni? Mengikut artikel ni memang banyak berlaku kes macam tu.. jom baca.

Friday, January 17, 2014

Reunion - bersama Sahabat Baik

Masa pergi hantar durra ke imtiaz kemaman, akak berpeluang berjumpa dengan sahabat baik masa zaman kolej dulu - Nozura. Sekarang ni Cikgu Zura. cikgu zura ajar bahasa inggeris kat imtiaz kemaman, bermula tahun 2014. Sebelum ni beliau bertugas di imtiaz kuala terengganu.

Alhamdulillah, boleh la jugak akak mintak tengok-tengokkan durra. Lega rasanya sebab ada orang yang kita kenal kat situ.

cikgu zura memang sahabat baik akak masa belajar kat maktab sains kuantan kat gambang dulu. Last kami jumpa ialah masa buat majlis kesyukuran kat umah akak kat dungun.. 

ni gambar yang diambil pada 26 dis 2008.

  

dan ni pula gambar yang diambil pada 5 jan 2014.

 

Tak de la banyak sangat perubahan melainkan perubahan fizikal je..hihihi.. dulu saiz M sekarang ni saiz L... ye ke.. XL kot.. oh tidak..

tak kisahlah saiz M ke saiz L ke.. (mau tak kisahnya.. dalam hati kemain lagi kisah..) janji kita HAPPY! kan kan..



Friday, December 27, 2013

Before and after- bandar dungun

Akak sedang buat housekeeping - photo clearance.. memory phone dah sesak dah..

ada gambo nih.. dan banyak lagi gambo2 yang I thought I would like to share with all of you out there..



AFTER


Kang seronok tengok Before and After picture kan.. lepas ni memang tak de dah gambo BEFORE tu.. dah jadi sejarah.

So, start taking pictures now!.. and treasure every moment.

Saturday, August 3, 2013

Bila aduan tinggal aduan..

Kadang2 orang suka mengadu domba.. komen sana sini sebab tak puas hati dgn satu2 situasi..
Kadang2 tu memang jenis orang ni selalu tak puas hati.. jadi kejenya hanya mengadu je..
Kadang2 tu ada kes yg kita nak mintak pengurusan buat siasatan supaya kelemahan yg timbul yg mungkin pihak pengurusan terlepas pandang.. dapat diperbaiki..
Kadang2 tu ada baiknya pengadu tidak dedahkan butiran peribadi pengadu atas faktor keselamatan.. tapi pihak lain pulak tak nak terima aduan ala surat layang mcm ni kan..
Tapi kalu dah aduan tu lengkap dgn maklumat yg terperinci jadinya buatlah siasatan kan...

Tuesday, May 28, 2013

Barang hilang.. apa yg kita perlu buat..

Kalau barang hilang apa nak buat ye. Antara pilihan yang ada ialah..
1. Buat laporan polis sekiranya perlu. Maksudnya ialah kalau orang yg hilang.. duit.. barang kemas.. dokumen berharga yg hilang..maka layaklah kita buat laporan polis. Tapi kalu setakat kain selendang hilang.. cawan hilang.. janganlah buat laporan polis.. takut berguling pulak pak polisi tu nanti..
2. Buat edisi siasat dulu.. tanya orang yg terdekat.. kumpul bukti..
3. Buat ayat..
So nak citernya pasal abe nik.. hilang joran pancing.. bukan 1.. bukan 2.. tapi 5 woooo.. joran2 macam biasa letak kat beranda umah.. dah 2 tahun dah letak mcm tu tak de apa pun sebelum ni.. tapi nak wak camana kan.. semua benda ada due date kat dunia ni..
Jadi pilihan mana yg abe nik ambil? No 1.. tak sampai hati la pulak nak nyusahkan pak polis.. tak selayaknya.
No. 2 dah.. so dah tahu dah sapa... samar2.. rupaanya budak2 .. ada gak kat kawasan ni yg budak2 tak gi sekolah.. lepas darjah 6 dah tak sekolah.. yg herannya makayah macam tak kisah je..
Bukan nak tuduh la kan.. tapi dah soalsiasat budak2 ni.. so ada la klu2 nye... tapi punya la samseng budak2 ni.... memang kurang ajar la sket..
So pilhan no 3 akan abe nik buat.. ayat2.. tapi nanti dulu.. ni bukan mantra bomoh2... tapi guna ayat2 alQuran dari surah Yassin. InsyaAllah.. akak harap budak yg ambik (curi) tu akan pulangkan barang yg dia curi..
Kita berusaha semoga Allah mempermudahkan.. kita berserah kepada Allah.

Saturday, May 25, 2013

Filem melayu dulu.. Simpan Sejarah Tanahair

 Rasa macam tak pernah tengok la pulak citer P Ramlee yang nih..
 
 
Dan bila diperhatikan filem2 dulu2 banyak menyimpan khazanah mengenai sejarah negara.. perubahan sosioekonomi.. sosiologi.. sosio macam2 la.. boleh dilihat ketara dulu dan sekarang..
 
yupp.. pentingnya ada visual untuk tatapan generasi sekarang kan..
 

Thursday, May 23, 2013

Filem dan sejarah peradaban manusia

Kalau nak tengok perubahan sosioekonomi dan peradaban bangsa serta kemodenan arus pembangunan sesebuah negara rasanya banyak yg boleh dipelajari dari filem dulu2.

Terima kasih kepada pengarah2 filem yang berusaha menyimpan kenangan untuk tatapan generasi akan datang..

Pentingnya kita capture moment sekarang kan.. untuk disimpan dan dihargai pada masa hadapan..

Sunday, May 12, 2013

Transformasi Kota Mekah: Dulu dan Sekarang

Pentingnya melihat ke zaman dulu.. buat pedoman kita.. menginsafkan.. bagaimana zaman dulu Nabi berdakwah dengan penuh susah payah.. naik bukit turun bukit.. masya Allah..
































Imej disalin dari:






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 







 
 
 
 





 








 
 








 
 








 








 
 












 









 










 
 
 
 
 
http://khyrillallondahi.blogspot.com/2011/12/gambar-makkah-pada-tahun-1889.html
http://dida25.wordpress.com/2010/10/21/keajaiban-kabah/
http://dcyberinfo.blogspot.com/2011/11/mekah-banjir-1941.html#!/2011/11/mekah-banjir-1941.html
http://komuniti.iluvislam.com/topic/18177-gambar-mekah-madinah-100-tahun-yang-lepas/
http://billyinfo.blogspot.com/2012/10/foto-kota-makkah-dan-ibadah-haji-100.html#axzz2T5Zmdjvl
http://cecepsupriadi.blogspot.com/2009/12/mekah-banjir.html
http://ohduniaku.com/kaabah-mekah-lama
http://www.ibnuhasyim.com/2011/10/gambar-kaabah-mharam-mekah-sejak-1880.html
http://seribupilihan.blogspot.com/2012/08/kelebihan-mekah.html
http://penpatah.blogspot.com/2011/08/gambar-mekah-dulu-dan-kini.html
http://ichsanx.blogspot.com/2011/08/ini-dia-masjid-pertama-dan-terbesar-di.html
http://kesinambunganzaman.blogspot.com/2012/08/gambar-mekah-sekitar-tahun-1885.html
http://ghazaaz.blogspot.com/2011/05/kem-motivasi-remaja-di-mekah.html
http://www.isuhangat.net/v1/2010/12/02/gambar-mekah-dulu-dan-kini/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...