Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Pangsapuri untuk dijual - Seksyen 7 Shah Alam

Iklan: Pangsapuri untuk dijual

Lokasi: Tingkat 1, Pangsapuri Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam berdekatan dengan pintu masuk ke UiTM Shah Alam

Maklumat rumah: 3 bilik 2 bilik air (furnished)

Kemudahan:
- Kedai runcit
- laundry
- kawalan keselamatan
- 1 lot parking khas
- taman permainan kanak-kanak
- surau
- pejabat pengurusan pangsapuri
- khidmat penyelenggaraan pangsapuri
- ada lif
- sangat dekat dengan UiTM Shah Alam, Unisel, Bandar Shah Alam, iCity



Harga: RM 285 26X K 

Hubungi: Pn Hasnida- 016 968 9754



Rujukan gambar (kredit sumber, sumber)

Pemandangan di dalam kawasan Pangsapuri Baiduri


Pemandangan dari jalan utama

Monday, August 26, 2013

Pil tiroksin

23 Aug 2013
Appt ngan Dr Lee kat KMC. Bila check Dr kata hormon tiroksin rendah.. so now instead of makan 1 biji tablet tiroksin tu akak kena makan 1 setengah biji.. akak terus tanya Dr.. camana nak split tablet yg kecik tu kpd 2.. mcm susah je nak potong...
Rupanya hehe.. tu semua small matter... ada alat potong ubat pil tu jd 2... ooo kisahnyerrr..

Friday, August 16, 2013

Macam2 manusia ni..

Dah tau najis burung masih lagi sanggup nak guna.. adoi.. manusia.. manusia..
Macam jugak kopi tahi musang.. dah sah2 jadi tahik pun masih lagi sanggup masukkan dalam mulut.. yaks.. akak tengok tahi cicak pun dan geli geleman ni kan pulak tahik musangg.. tahi burung nak buat rawatan muka lagi la.. ya ampun..

Friday, May 10, 2013

Test your vocab

Durra tunjuk game baru - pics for u. Ada 4 gambar dan kita kena teka 1 tema yg sesuai untuk ke semua gambar tu.. memang menguji minda lah.. jom cuba..

Thursday, March 14, 2013

Misai dan wanita

 Wanita ada misai? Memang tak cantik kan? Rasa kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang lain.. tambahan lagi kalau ada yang tak sayang mulut terus bertanya "eh u ada misai ea..".. hah.. apa rasanya? rasa macam nak tampar nak terajang orang tu pun ada kan.. sabar2..Bukan sedikit yg ada masalah ni..
 
Tapi memang bulu roma atas bibir ni disebabkan oleh hormon..
 
 
So takkan nak biarkan jadi misai macam orang lelaki kan.. sabar2.. gunalah produk Hairgone dari Zai Beauty. Klik sini.
 
 
Sekali sekala lepas mandi gunalah scrub untuk buang ingrown hair.. banyak produk boleh guna..
 
 
tapi sebelum tu kena la buang dulu misai tu.. guna apa? guna tweezer pun boleh.. guna epilator lagi cepat...
 

Saturday, March 2, 2013

KEMAS

 2 Mac 2013
 
Semalam kebetulan abe nik ajak gi tengok Bengkel Jahitan Kemas kat Dungun. Ada program kemasyarakatan nanti. Jadi abe nik nak tengok persiapan yang dibuat.. jadi sempatlah snap gambo.
 
Kat Bengkel Jahitan ni sesapa boleh datang belajar jahit.. aku dari dulu lagi minat nak belajar jahit.. tapi no time bebeh.. rasanya kalau ada yang berkelapangan dan tak de mende nak buat tu apa kata isi masa terluang dengan aktiviti menjahit yang konfem nanti mampu menambah pendapatan diri dan keluarga..
 
Sekarang ni upah sepasang baju kurung paling2 koman pun RM 35.. kat kampung mungkin masih ada RM 25 kot.. so kalu time raya, ko hantar 3-4 pasang baju korang, baju anak lagi.. tak ke dah ratus-ratus gitu? hmmm... pk pk..
 
 

Friday, February 15, 2013

Rumah Banglo setingkat untuk dijual- Bukit Payong Marang

16 Feb 2013
Makluman kepada yang berminat.
2 buah Rumah banglo setingkat untuk dijual di Kampung Surau Haji Yakob Bukit Payong Marang Terengganu. Sedang dalam pembinaan. 45% siap. 4 bilik 2 b/air.
Harga rm 295 K(sedia runding). Serius buyer only. Hubungi Nik 012 9669793.

24 Nov 2013
Rumah yang diiklankan diatas telahpun mempunyai pembeli.

HARAP MAKLUM

Saturday, October 22, 2011

Adab menziarahi orang mati

Baru 3 hari lepas bapa saudara kpd suami meninggal. Asalnya hanyalah lelah biasa sahaja.. dibawa ke hospital.. masih boleh bersembang2 lagi.. Malamnya dikabarkan sudah tiada.. Tiada yang dapat menyangka.. ALLAH MAHA KUASA.. selepas tu baru dapat tahu ada di antara anak arwah yg sentiasa berdoa.. kalau ditakdirkan ibubapa habis umur, janganlah diberikan sakit yang berpanjangan..

Bila melawat, adalah lebih manis bagi perempuan sekiranya memakai pakaian yng bersesuaian..spt baju kurung ke.. jubah ke.. tapi adalah tidak manis bila kita memakai seluar jeans.. sangat tidak manis..

spt biasa ada yg kita kenal ada yg kita x kenal.. so yg lebih baik adalah bersalam dulu dgn orang sekeliling sebelum mengambil tempat duduk..

Friday, June 24, 2011

Program memasak utk pelajar sekolah



Cuti sekolah baru ning, Durra masuk kelas memasak, anjuran Jabatan Culinery, UiTM Terengganu.

Memang bagus lah program ni, Durra bukan main lagi seronok. Hari ke 2 siap bawak balik kek ngan cupcake lagi.. bukan main cantik lagi..

Ari ni nak citer pasal program memasak tu.. dari awal program lagi memang nampaklah keprofesionalan urusetia program tu.. x de lah mcm sesetengah program yg nmpak cam kelam kabut.. yg ni memang tip top. Super Duper Truper bagus. 2 thumbs up!! Pagi tu siap da sesi ceramah pengenalan kpd peserta dan ibubapa.. pastu ada sesi penyerahan anak kpd abang2 dan kakak2 yg sedia membantu masa memasak tu.. 1 fasi ada 2 pelajar. oklah tu..

Durra cakap nak join lagi program memasak ni masa2 akan datang.. seronok sgt la tu..

Friday, June 10, 2011

hari kita untuk kita aje

terpanggil nak komen psl hari.

hari bulan sambut apa
1 jan - tahun baru
14feb - hari kekasih
31mac - hari akhir byr cukai

1 mei - hari pekerja
12mei - hari jururawat
16mei- hari guru

tu x masuk hari tentera, hari doktor, hari nelayan, hari petani dan byk lagi

yng nyata hari ibu ngan hari bapa mmg kena celebrate

cuma aku berpendapat HARI GURU dah x sesuai dipanggil hari guru, kena panggil hari PENDIDIK. sebab guru start ajar masa budak umur 7 tahun sapa 17 tahun. pastu pas kat pensyarah. dan sebelum anak2 masuk sekolah tahun 1 tu, diaorg dah diajar membaca dah. sapa yg ajar? cikgu tadika. sebelum masuk tadika ibu bapa atau pengasuh yg ajar. Dan semuanya adalah pendidik.

cuma disebabkan dah dipanggil hari guru jadi murid2 sambutngan guru jelah. bagi hadiah pun utk guru je. So agak kurang tepat sambutan hari guru tu.

patutnya diberi cuti macam hari kebangsaan jugak. lebih sesuai kan, 16 Mei Hari Pendidik dijadikan cuti am supaya semua rakyat jelata memahami dan menghargai pengorbanan mereka2 yg telah mendidik, x kiralah guru sekolah ke, pensyarah ke, cikgu tadika ke, cikgu agama yg ajar mengaji ke. semuanya kita raikan. barulah adil kan.

Sunday, May 29, 2011

masuk campur?

kisahnya si A mntk org tgh uruskan pasal penjualan tanah ni. tanah ni dah ada rumah siap 2 bilik dan 1 tandas, tapi keadaan rumah ni memang teruk lah. Bhg dapurnya pun mmg hancus giler lah. lantai dapurlantai kayu dan bwh lantai tu ada air. kalu org ganu kata AIR CHOR. di sekeliling tanah tu lak ada la pokok2 buah sket.

oklah cukup citer psl tu. kisahnya pulak rumah ni disewakan. so mula2 tu aku dah buat payment separuh sementara separuh lagi aku bgtau akan setelkan dlm masa 6 bulan. oklah. 2 belah pihak setuju, siap sain agreement lagi. dan penjual bgtau start bulan dpn kitaorg ambik lah sewa rumahtu. oklah. so mak aku pun pegilah ambik sewa bulanan tu. nak jadi cerita, org tgh yg selama ni tugasnye uruskan psl sewa ni dah bising. Dia x puas hati. so timbullah isu" lum bayar habis mcmana leh ambik sewa rumah tu" oklah. so kami pun pulangkan balik duit sewa tu.

kami akur, selagi x tukar nama selagi tu pembeli xde hak ke atas rumah dan tanah tu. tapi kang aku dah bayar separuh kan? patutnya dari segi logik akalnya sepatutnya aku ada hak separuh ke atas duit sewa tu kan?

so mak aku x puas hati. mak aku tanya ustaz, 5 org ustaz ditanya dan jwpnnya ialah aku ada hak ke atas separuh daripada duit sewa tu. lantas mak aku pun keluarkan fatwa "saya tak halalkan 1 sen pun duit bahagian anak saya yg si B ni ambik. biarlah dia nak makan duit haram. saya x halalkan dunia akhirat" NAH KO!

kalaulah aku dah byr penuh,tapi aku x tukar nama lagi sampai 3-4 tahun, maksudnya tanah tu bukan milik aku lagi lah yeee, macamana tuh.

so disebabkan bengang ngan isu wang haram tu, penjual si A cakap kat mak aku, "apa hal dok sibuk masuk campur?
saya bukan buat urusan ngan xxxx tapi saya buat urusan dgn anak xxxx." wah, begitu lah statement nye ygmemang nampak sungguh tidak matang. aku harap 1 masa nanti A sedar yg seorang ibu akan sentiasa berpihak kepada anak dan tak nak apa bentuk ketidakadilan yg dihadapi oleh seorang anaknya. ingat lah ye, apa ygkita buat atau cakap kat orang nanti perkara yg sama jugak org boleh buat kat kita. kalu x kita pun, kena ingat pasal anak2 jugak ye.

aku pun sependapat, ikut logik akal aku memang berhak ke atas separuh dari duit sewa tu. tapi sebenarnya bukan isu duit sewa tu isu utamanya.tapi masalah paling utama ialah keikhlasan hati dan kejujuran. kalau dah x ada 2 sifat tu hilanglah jati diri yg boleh dibanggakan.

Tuesday, November 2, 2010

Tupperware

dah lama mencari bekas besar isi air minuman.. dah ada 1 kat rumah. yg sekali dengan air panas tu, tapi nak cari yg khas unutk isi air bio aura..





memang tau kalau nak bekas yg berkualiti dan tahan lama kena la cari kat Tupperware..





so pegilah kat Tupperware tadi, dah berkenan dan terus rembat bekas ni..





dulu beli tupperware pakai orang nye, pk punye pk tadi buat keputusan masuk jadi ahli.. sebab apa, sebab produk tupperware ni ada lifetime warranty.. kalau barang rosak ke boleh ganti.. so apa nak runsing.. mana ada lagi kedai kat dunia ni yg jual barang boleh tukar suka sama suka.. tak de kan..

walaupun reganya adalah mahal sket, tapi aku yakin, berbaloi-baloi..

yg menariknya, macam biasalah ada skim2.. macam MLM tu.. ada pasang kaki-kaki.. ni yg lomah ni.. bab2 carik org ni memang males betul aku..

aku beli utk diri sendiri je.. tapi kalo ada sapa2 berminat boleh je masuk line aku..

kena wak promosi lah sket kan..

Wednesday, October 6, 2010

MAJALAH KUNTUM.. masihkah No 1 di Malaysia?

Majalah Kuntum sememangnya popular di kalangan murid sekolah.. isinya padat dan penuh dengan aktiviti pengukuhan pemahaman bagi hampir kesemua subjek yang diajar di sekolah..

tapi nak langgan kuntum ni punyelah ngok.. aku jadi bosan tahap gaban dah.. mula2 dok tunggu kuntum kat kedai, punya le lama, lum sampai2 gak.. bukannya apa, nak isi borang langganan kat dalam majalah tu... dah le cari cara kat web nak langgan x jumpa2.. website pun x de.. so kira rezeki lah bila terjumpa majalah kuntum bulan Mei 2010.. ada borang langganan dalam tu.. tertulis kat situ kalau langganan 1 tahuan (11 keluaran) kena bayar RM 21, kalay 2 tahun 22 keluaran RM40. so oklah..

tapi memandangkan pos malaysia pun dah naikkan kos setem ni sekali ganda, aku pk ada baiknya aku tepon Unit Edaran Majalah Kuntum dulu, nak tanya kot2 ada perubahan kat kos langganan.. aku call 03-79671777 3-4 kali asyik mesin yg jawab.. call tollfree 1800-88-7827 cam orang bodoh lak.. aku check calendar kot2 selangor cuti, tak dak cuti lak.. heran lak aku..

hai, susah benor nak langgan kuntum ni ye.. majalah bagus tapi tulah, dalam bagus pengurusan lak mcm tu..

aku pos je lah guna kos yg tertera..

Wednesday, September 22, 2010

nak langgan majalah kuntum

ari ni call unit langganan karangkraf sebab ingat nak langgan majalah Nur ngan e-baca.. pastu teringat kat majalah kuntum.. semalam suruh hubby g beli majalah kuntum tapi tak de lah pulak.. godek2 kat tenet tak dak info utk buat langganan.. so, ari ni kena gi cari lagi majalah kuntum nih..

biasa2 beli kat kedai je..tapi tulah kekadang termiss.. lagi senang langgan.. tunggu sampai kat umah je.. setakat ni dah langgan ana muslim ngan sayang muslim..ok, anak pun happy.. sebab sampai package atas namanya sendiri..

Tuesday, July 20, 2010

citer bayi lagi

semalam menonton TV9.. ada program bualbicara bersama sorang ustaz yg mengendalikan pusat asuhan akhlak.

sungguh sedih bila mendengar sendiri citer ustaz.. kata ustaz ni, paling tragis ada 1 kisah masa dia dlm perjalanan ke masjid.. dia dengar macam bunyi kucing mengiau.. tapi pelik semacam je.. bila ustaz ni pergi dekat rupanya dia tengok sorang bayi dalam keadaan tidak berpakaian, masih lagi bertali pusat.. telah dicampakkan dekat tong sampah.. mengucap panjang ustaz ni.. beitu kejam manusia.. apakan tidak, ustaz ni lihat bayi ni menangis mungkin kerana kesakitan dihurungi semut dan binatang kecil.. ustaz pun angkat bayi ni tetapi kuasa Allah.. terlucut bayi ni dari tangan ustaz..kerana apa? kerana terlalu banyak semut2 yg menggigit.. bayangkanlah kalau dah ustaz pun terasa sakit digit semut2 tu semua, apatah lagi bayi yg usianya 1 hari..

ada jugak kisah bayi yg dipam ke dlm lubang tandas.. bayangkan bagaimana bayi yg masih hidup tu diluncurkan melalui lubang tandas dan terus masuk ke dalam takungan najis..

semoga Allah sahaja yg memberi hidayah kepada mereka yg membuang bayi ni.. dan tidak sukar untuk kita lihat dan mengambil iktibar.. masa kecil korang buang bayi nanti masa ko tua (kalau sempat la tua) nanti ko pun terbuang.. apa kata orang .. gelandangan lah jadinya..

so kalu kita nampak org tua yg hidupnya tak terurus dan cari makan kat tepi tong sampah, mungkin ada kaitan ngan kisah hidupnya.. kesian? memang kesian tetapi kita kena percaya dengan hukum KARMA. sebagai manusia, kita perlu menjalani hidup mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan.. jom, kita ingatkan kepada diri kita sendiri supaya hidup kita sentiasa dengan Allah dan bertunjangkan Islam.

Kebebasan tanpa ada sempadan had hanya menyebabkan kelalaian.. lalai kepada perintah Allah, lalai kepada kepatuhan keluarga, lalai kepada kemampuan dan kebolehan diri sendiri..

Hebatnya cabaran umat Nabi Muhammad di akhir2 zaman ni... Semoga Allah melindungi kita semua dan mohon dijauhkan dari azab seksa dunia dan akhirat. AMIN

Wednesday, June 16, 2010

Penderaan bayi -- bukan kat Malaysia je.. kat luar negara pun sama


Membaca 1 paper yg berkaitan dengan researchku membuatkan aku terkejut.. terkejut sebab dalam paper tu ada ditunjukkan gambar seorang nenek MENENDANG seorang bayi.. dasat giler tuh.. memang sakit mental la tu kot nenek tuh..
rasanya nenek tu tgh berangan main bola kot.. ntah2 piala dunia kot masa tu.. ishhh.. dasat betul lah.. hmm.. tulah, tak semestinya lagi berumur lagi banyak pengalaman lagi matang lagi BAGUS.. ada yg lagi hancusss..
papernya aku lupa lah pulak tapi nama author nya Shijie Zhang. boleh surf web kalau nak baca paper tuh..


Friday, June 4, 2010

Cadangan penyelesaian gejala pembuangan bayi, anak luar nikah

dipetik dari (http://pembina.com.my/)

Cadangan Jalan Penyelesaiannya

Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya.

1-Peranan ibubapa
Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Para ibu bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk meraka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi menjadi bubur.

2-Peranan Remaja
Remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.

3-Peranan Masyarakat Awam
Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.

4-Peranan NGO
NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghala-tujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.

5-Peranan Guru dan Sekolah
Guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa aka datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.

6-Peranan Kementerian Pelajaran
Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (GPPKRSK) dengan peruntukan RM 20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi mempastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu-bapa memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya. Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan remaja.

7-Peranan Media
Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Remaja negitu terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar Negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.

8-Peranan Parlimen
Permasalahan salah laku seksual remaja dan belia kini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Isu ini mestilah dibincangkan secara serius di peringkat parlimen tanpa memandang kepada mana-mana latar belakang parti politik. Ahli politik dan ahli parlimen mestilah mengenepikan pandangan peribadi dan kepartian bagi menangani isu nasional ini. Permasalahan remaja dan belia ini adalah agenda bersama yang mesti diperjuangkan oleh semua pihak.

Apa punca terjadinya pembuangan bayi

Punca-punca Kejadian (dipetik dari http://pembina.com.my)

Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media.

Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah.

Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan.

Ada yang menyalahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.

Ada yang mengatakan gejala pembuangan bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja.

Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggung-jawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

statistik membimbangkan

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010.

Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dipetik daripada: http://pembinakl.com

Thursday, June 3, 2010

umat akhir zaman

kalaulah Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup, baginda tentunya merasa amat kecewa dengan umat baginda di zaman ini.. pelbagai kisah negatif yang berlaku di dalam masyarakat Islam ketika ini..Betapa tidak, setiap hari di dada akhbar, di TV dipaparkan gejala sosial.. kisah bunuh bayi.. anak bunuh mak ayah.. bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit.. setiap hari seramai 83 orang bayi luar nikah dilahirkan.. (rujukan: http://pembina.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=383:83-anak-luar-nikah-setiap-hari-di-malaysia&catid=11:isu-semasa&Itemid=45#comment-459)

sedih.. sungguh sedih.. masa sekolah dulu aku ingat lagi ustaz bagitau.. anak luar nikah tak boleh jadi imam.. kena cari orang lain yg lebih layak.. anak luar nikah tak boleh dapat harta.. anak luar nikah boleh kawin ngan bapa sendiri... tapi semua ajaran2 tu masyarakat skrg dah tak pandang..

kalau dibiarkan memang boleh rosak binasa umat Islam. hilang generasi pelapis ilmuan Islam yang betul2 mengamalkan cara hidup Islam..

Ada jalan penyelesaian ke? Cadangan dari Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin, Timbalan Dekan International Medical UniversitySeremban (dalam link di atas) menyebut banyak pihak terlibat yg dapat membantu menangani perkara ni.

Harapnya kita orang Islam mengambil iktibar dari apa yg berlaku.. bimbang sebab bila dah dewasa anak luar nikah ni akan berkeluarga.. dah stigma dalam masyarakat kita.. apa yg berlaku di luar ajaran agama Islam susah untuk diterima.. tentunya semua ibubapa tidak mahu bermenantukan anak luar nikah.. jadi di sinilah nanti berlaku satu kelompok umat Islam yg mungkin disisihkan... salah siapa? nak salahkan masyarakat ke? salah mak bapak?

Semog Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada orang2 Islam yang sedang berada di dalam situasi menyedihkan ini. AMIN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...