Monday, January 27, 2014

Inilah rupanya batu karang tu..

Inilah dia rupa batu karang yang doktor keluarkan dari hempedu abe nik. warnya kehitaman, besarnya macam makjun gitu. ada yang pernah makan makjun ke? tak pernah? ok k.. macam tahi kambing lah.. chit kotornya.. aii.. dah bgtau makjun korang tak tau.. takkan tahi kambing pun tak tahu jugak?.. akak bgtau anggaran rupa dan saiz dia la kan..

akak tak de la nak pegang2 ke.. gelis gitus.. 

doktor letak dalam bekas pastu bila akak goncang bekas tu memang bunyinya macam batu kena dinding..  keras la tu kan..

bayangkan batu yang keras duduk dalam hempedu.. pastu bila kita bergerak2 batu ni turut bergerak dan bergesal dengan hempedu kita.. memang sakit la kan..


bawah gambo batu karang tu ialah gambo pundi hempedu yang bernanah tu.. camana ye.. sampai bernanah kan.. hmmm

yang ni akak sempat la snap.. doktor ambik specimen ni nak bawak ke makmal..

tengoklah kan.. macam2 yang kita tak tahu yang terjadi dalam perut kita.. jangan tak tau, batu karang ni ada yang kena kat hempedu, ada yang kena kat buah pinggang.. ada yang kena kat saluran kencing.. bayangkan batu nak keluar dari saluran kencing.. aduhhhhhh mak ai... tak dapat dibayangkan lah sakitnya....

mesti ada yang tanya, "camana abe nik leh ada batu karang kat hempedu tu ye?" sebenarnya akak pun masih mencari2 jugak jawapan kat soklan cepumas tu..

tapi akak boleh bagi petunjuk kat sini..

abe nik ni perokok. jadi tak tau la samada kesan merokok tu turut menyumbang kepada pembinaan batu karang ni.. nanti akak cari maklumat dan share lagi..

tapi ada baiknya semua orang stop smoking! untuk kebaikan semua orang kan.

sebelum balik, banyak kali jugak drhasnan pesan supaya berenti merokok, jaga kesihatan, kurangkan lemak, kurangkan berat badan. Pendek kata, semuanya ayat2 skema yang biasa kita dengar.. tapi tulah.. time sihat tak rasa pulak ayat2 nasihat tu betul.. time sakit la baru nak pikir nak berenti tu la. nak berenti ni la.. kan kan kan..

jom kita mulakan dengan pemakanan yang sihat dan diet yang betul.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!