Friday, January 3, 2014

Citer baju sekolah dan Tingkatan 1


Bila anak nak masuk form 1 ni, memang kelam kabut sket la mak ayah.. kenapa?

Sebab:

  • biasanya nak tahu sekolah mana anak dapat pergi tu kemungkinan lambat. Contohnya, bagi anak yang dapat 5A dalam UPSR, dah tentu makayah berharap anak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau sekolah yang lebih gah seperti MRSM atau sekolah lain yang tak kurang hebatnya. Jadi ketidaktentuan dapat masuk ke sekolah tertentu hanya terjawab di hujung minggu terakhir bulan disember.



  • nak kena tempah tukang jahit awal. Paling kurang 2-3 minggu sebelum masuk sekolah. Kalau dah hujung-hujung memang sukar lah nak cari tukang jahit. Kalau anak lelaki boleh la cari kat kedai. Kalau anak perempuan pun boleh jugak cari kat kedai biasa.. tapi kalau ada saiz la.. macam anaknda akak, memang saiz tak dak jual kat kedai.. memang kena tempah..


Apa solution nya?

kebiasaannya ialah, sementara anak menunggu panggilan untuk masuk ke mana-mana sekolah lain yang dipohon, mereka kena masuk sekolah biasa dulu yang dipanggil sekolah feeder.

contohnya, kalau SK Sura kat Dungun ni, pelajar akan masuk ke form 1 SMK Sura. Melainkan dapat tempat lain, jadi kena la duduk dulu kat SMK Sura ni. Ada jugak yang dapat tahu awal contohnya dapat pergi ke SMK Intan Zaharah atau SMKA Kuala Abang jadi bolehlah terus pergi ke sekolah2 tersebut..

yang bagusnya ialah, baju sekolah untuk SMK sekarang ni semuanya sama.. baju putih tudung putih dna kain warna biru.. kalau pelajar lelaki baju putih dan seluar hijau.. 

So berbalik kepada citer durra, durra tak dapat SBP. Durra dapat SMKAKA tapi tak nak pergi.. kenapa? ntah le..

jadi buat la rayuan nak masuk intan zaharah... kalu dapat alhamdulillah, kalau x dapat maknanya kena masuk SMK Sura la.

Sementara tu kena la tempah baju.. so alhamdulillah, dah siap 3 pasang baju.. tukang jahit ni kira express la.. dalam masa 5 hari je boleh siap..




Masalahnya...




oh No...

Bajunya TAK MUAT.. sendat-sendat gitu.. jadi mulalah mulut akak ni bising.. "tulah.. makan banyak lagi... kang dah tak muat baju..." dan lagi.. dan lagi dan lagi...



sehinggalah...

bila pergi ukur ngan baju contoh... rupanya tailor tu jahit terkurang inci.. kurang 2 inci gitu.. baju je yang problem.. kain ok..






so kena la carik kain putih lain untuk buat baju.

dan ditakdirkan hari ni dah dapat semak keputusan ke IMTIAZ, dan alhamdulillah, durra dapat masuk ke imtiaz kemaman, so kena cari kain warna lain la pulak..

Maka bermula lah misi mencari kain kaler putih dan kaler maroon di kedai pokseh di dungun. 


kali ni sebab durra dok asrama kan..jadinya beli untuk buat 5 pasang terus.. 1 hari 1 baju.. so tak perlulah durra basuh baju selang 1 hari.. bab-bab cuci-mencuci ni biar le budak2 pandai sendiri kan.. nak wak camana.. kat rumah pakai mesin, kat asrama kena cuci sendiri memang la kekok sket mula-mula kan..


dah beli kain sekarang ni pasal tailor lak.. dah tak nak hantar tailor sebelum ni..

so, akak terpaksa call tailor sorang lagi. Nasiblah N sanggup.. bukan apa.. nak siapkan 5 pasang baju ngan 5 helai tudung dalam masa 7 hari memang boleh menaikkan darah orang la kan.. 

tapi kan sebab PR akak memang bagus ahaks.., dan sebab akak memang regular customer N, jadi alhamdulillah N setuju dan cuba untuk siapkan.. akak bagitau cubalah siapkan 2 pasang dulu kalu tak boleh siapkan semua.. dah siap selebihnya kang akak hantar la ke durra nanti.. dungun ke kemaman je.. tak le jauh sangat..


28 Dis 2013

2 comments:

  1. Salam puan ,boleh Saya tahu apa mama kedai ni ? Sebab Saya teringin nak bawak anak" beli baju disana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!