Monday, January 6, 2014

Sedekah 1000 pahala


Alhamdulillah dengan izin Allah akak berkesempatan membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan saudara Fathuri Salehuddin. 




 Dalam buku beliau ada catatan ".. sesiapa yang bersedekah dengan ikhlas Allah akan menutup 70 pintu kejahatan."

Dan akak tertarik dengan konsep satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda iaitu sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

 

Jadi, apa refleksinya hasil dari pembacaan dari buku tu?

Selama ni akak tak pernah tahu pun pasal pahala 1000 kali ganda tu. Jadi dah tau ni akak nak kira jap... hihiks.. no no no.. alhamdulillah kerana Allah SWT sentiasa berikan rahmatNya dan dengan rahmat kasih sayang Allah dapat akak berkongsi bersama-sama keluarga, dengan adik-beradik yang lain. Akak masih ada lagi adik yang sedang belajar di IPT jadi alhamdulillah mana yang akak dapat bantu tu akak bantu.

hmm.. tiba-tiba lak akak terpikir untuk bantu pelajar yang lain. jap nak pikir macamana cara.. akak pun nak kumpul pahala.

ok ok.. dah tau dah.

akak rasa nak buat peraduan mengarang lah.. pemenang karangan yang terpilih akak akan bagi RM 50.



Kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di IPT ketika ini, apa kata korang tunggu makluman lanjut dari akak pasal peraduan ni ye. Of course ada kriterianya.. nanti akak pikirkan.

Sapa yang ada adik ke, sedara ke yang sedang belajar boleh lah maklumkan kepada pelajar-pelajar ni supaya boleh make a frequent visit kat blog akak.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!