Baru-baru ni akak balik melawat kakak sepupu yang akak panggil ayong. ayong baru je buat operation kat tangan. Kenapa?
Sebab tangan ayong rasa kebas teramat sangat terutamanya masa malam hari. Memang tersangat mengganggu kehidupan sehariannya.
So selepas berubat sana sini dan berjumpa pakar, ayong akhirnya menjalani operation saraf tangan kat hospital nur zahirah kuala terengganu.
kata ayong, sekejap je operation tu.. apa yang doktor buat ye?
doktor akan masukkan alat dalam tangan dan akan melihat saraf-saraf yang ada.. kalau saraf-saraf tu ada yang bergumpal dan berkumpul sesama sendiri maka doktor akan leraikan saraf-saraf tu.. ooooo.... begitu.
Meh kita baca info pasal ni.
KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan
- cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh,
- membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya,
- memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan
- tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan.
Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.
CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.
Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.
Sumber 2
Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.
CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.
Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.
Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.
Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.
Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.
ADA BERANI?
Ni gambar macamana operation dilakukan.. eeiii...
dan dikatakan 70% pesakit sembuh sepenuhnya selepas menjalani operation ni..
So ada langkah pencegahan tak?
Dicadangkan untuk mulakan dengan pemakanan suplemen shaklee
- B-complex
- Ostematrix
- Omage Guard
Maklumat lanjut? Boleh baca sini
No comments:
Post a Comment