Selalu kita dengar...
ESOK MASIH ADA!
pastikah kita hari esok untuk kita masih ada?
Ada yg sedang bermain bola sepak kat padang boleh rebah dengan tiba2 dan meninggal.
Ada yang sedang memandu berenti di lampu isyarat dan tidak lagi bergerak-gerak..
Ada yang malamnya tidur seperti biasa tetapi paginya sudah tidak bangun lagi.
Ajal maut itu hanya Allah yang tentukan.
Jadi bagaimana kita boleh yakin dapat hidup 10 tahun lagi? 5 tahun lagi? 1 tahun lagi? 1 hari lagi?
Sedangkan kita tidak mampu untuk pastikan kita masih boleh bernyawa atau sebaliknya?
Jangan fikir kita punya banyak masa. Ayuh kita gunakan masa sekarang yang ada ini untuk kembali mengingati Allah SWT Pencipta kita.
Ayuh kita dekatkan lagi diri kita kepadaNya pada saat ini ketika ini kerana akan tiba satu hari di mana Allah akan menutup pintu rahmatNya. Hari penutup bagi segala-galanya.
Sama-sama kita muhasabah diri.
Refleksi dari buku: untuk kita pendosa- harapan selalu ada, Hilal Asyraf, pts millennia sdn bhd, 2013
No comments:
Post a Comment