Friday, January 3, 2014

Tazkirah

"Bila ALLAH izinkan seorang pengawal keselamatan menembak dengan kejam sampai mati seorang pegawai bank wanita, terdedahlah sindiket  MyKad palsu yang terbesar serta mededahkan realiti betapa ramainya pendatang asing yang memiliki MyKad palsu.

Kini bila ALLAH izinkan seorang remaja 16 tahun tidur di rumah kawannya, ianya menunjukkan betapa bodohnya orang kita yang berlumba-lumba pergi tengok rumah yang mempunyai banyak jin dan syaitan tetapi tidak berlumba-lumba ke masjid dan surau yang mempunyai lebih banyak lagi bilangan malaikat.

Kepada mereka yang mempunyai twitter, Whatsapp, Facebook dan sebagainya, marilah kita seru rakan-rakan kita memenuhi masjid dan surau untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu dengan pelbagai kisah-kisah ajaib para Nabi, para sahabat, para malaikat.

Jika tidak ALLAH akan izinkan lebih banyak lagi peristiwa-peristiwa yang membodohkan kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!