Sunday, January 26, 2014

Pembedahan buang batu karang di KTS


Dalam entry sebelum ni akak ada citer pasal abe nik mendapatkan rawatan kat KTS. Masa jumpa dr hasnan tu, melihat kepada sympton2 yang ditunjukkan oleh abe nik, beliau bagitau yg kemungkinan besar abe nik kena batu karang. so dr hasnan mintak buat cs scan ngan ultrasound lah dulu.

So bila dah dapat result ct scan ngan ultrasound, akak dan abe nik dipanggil masuk jumpa dr hasnan. Dr hasnan ni pakar dalam bidang HPB - dalm bahasa mesia ianya Hati, Pankreas dan Hempedu.

Kenapa akak cakap pakar? sebab result ct scan ngan ultrasound kata takde menunjukkan ada sebarang unsur2 batu dalam imej yang dihasilkan. Tapi dr hasnan tengok dengan lebih teliti dan beliau kata ada nampak satu bulatan kecik warna putih. Lalu dr hasnan cerita la sket pasal plain scan ngan contrast scan.. nasib la akak ni buat research pasal image processing, so akak tau la apa yg dr hasnan citer tu..  

jadinya drhasnan kemudian tepon staf bahagian imaging tu, dan beliau berdiskusi la dgn orang tu through the phone.. memang sah, warna putih tu drhasnan kata batu karang.

masa dr hasnan tengah dok tepon2 tu akak sempat la snap gambo.. hehe.. jangan marah ye drhasnan.. akak ni suka ambik gambo nak wak camanana... bukan apa, untuk tatapan anak cucu...hehe..

hmm cuba tengok gambo nih.. drhasnan siap bercekak pinggang lagi nih... abe nik tengah berkelubung tu.. badan panas giles kat luar tapi abe nik kata ye sejuk.. hmmm.. time tu baju sejuk memang tak bawak, jadi ambik pashmina akak je lah..


jadiknya lepas tu drhasnan mntak abe nik ambik antibiotik dulu.. kalau dah ok bila makan antibiotik nanti barulah bincang pasal batu karang tu lain kali..

masalahnya abe nik demam panas giles.. so masuk wad.. kesian lak tengok abe nik.. lepas ambik ubat demam tak jugak kebah.. sakit tak jugak hilang..

jadinya drhasnan buat keputusan nak bedah. jangkamasa bedah lebih kurang 1 jam setengah je.. so oklah kan...mulanya jadual bedah kul 4 petang, tapi sebab abe nik demam lagi, so kena tangguh la kul 8 malam.. drhasnan lak hari tu memang full dari pagi dok kat dewan bedah buat operation.. fuhh.. mencabar jugak jadi doktor ni ye.. tapi banyak pahala wooo..


menjelang ke petangnya, setelah beberap botol air dan ubat, abe nik dah tak demam. Jadi lepas maghrib abe nik dah siap mandi dan tuko uniform nak masuk ke dewan bedah. dekat2 jam 8 malam, 21 Jan 2014, misi datang, bawak abe nik ke dewan bedah. so akak call mak mertua bgtau dan whatsapp kat group family, mintak doakan abe nik.


Tepat jam 8.05 abe nik masuk kat dewan bedah tu. akak tunggu lah kat depan dewan tu.. sunyi sepi gitus, yelah orang dah tak de kan.. dalam masa 10 minit gitu, ayah mertua datang... so akak sembang la ngan ayah mertua, dari satu citer ke satu citer.. ayah mertua akak ni bab sejarah memang tip top, boleh ingat satu persatu dengan jelas.. kalu tanya bab kesultanan terengganu memang sebijik macam dalam buku sejarah dia boleh bagitau.. superb! 

dalam 40 minit lepas tu, kakak ipar datang dengan anaknya. so kami berempat menunggu kat luar dewan tu..


pembedahan abe nik mengambil masa 3 jam iaitu dari jam 8.05 sehingga jam 11 malam..  memang lama lah.. drhasnan bgtau 1 jam setengah je biasanya..so musykil la kan.. 

kebetulan lak masa kat lif terjumpa drhasnan, so dr bgtau ambik masa sket sebab hempedu abe nik dah bernanah.. kami tergamam jap.. bernanah? tak le bayangkan kan.. pastu ada masalah sket nak masukkan wayar melalui mulut.. tu sebab lama sket tu.. ok..

ni gambo abe nik lepas operation.. tak sedar lagi masa ni..


ngeri gak kan.. nampak tak wayar kat dalam gambo tu? hmm, tu dr tebuk lubang kat perut, jadi lebihan darah mengalir kat situ.. lubang tu kecik je.. rupanya ada citer.. mulanya drhasnan tebuk lubang.. kemudian disebabkan hempedu dah bernanah, jadinya dr ada kesukaran nak tengok batu karang tu, so drhasnan terpaksa la buat operation macam biasa.. ala yng macam orang bersalin tu.. bedah melintang.. pastu dr tampal plastik putih tu.. ala tak ambik gambo la pulak..

dalam next entry nanti akak tunjukkan rupa batu karang yang drhasnan keluarkan dari hempedu.. kalau ada yang berminat nak tengok la kan.. tunggu ye.

jadi kita ambik iktibar di sini.. betapa pentingnya kesihatan kan? dah sakit cakap la apa pun, offer la segala jenis makanan pun, memang nak tengok pun tak lalu kan..

akak pun nak pesan kat diri akak dan semua pembaca.. jom ambik cakna kesihatan kita.. jaga pemakanan kita mulai sekarang!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!