Yea.. tahun baru azam baru. walaupun ada azam tahun lepas yang belum terlaksana, tapi menanam azam itu perlu. Ibaratnya menetapkan sasaran atau KPI yang perlu dicapai pada akhir tahun nanti. Tujuannya tidak lain adalah untuk memperbaiki diri dan kehidupan ke arah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
So tahun 2014 ni nak letak azam apa ye?
Azam ada banyak aspek yang boleh meliputi kehidupan peribadi, keluarga dan kerjaya. Ketiga-tiga aspek kehidupan tu pula berkait juga dengan aspek lain iaitu ekonomi dan sosial contohnya yang boleh dikembangkan lagi kepada aspek kewangan dan perhubungan. Tidak lupa juga secara langsung akan turut berkait dengan aspek agama kerana itulah juga yang sebenarnya kita perlu sandarkan. Setiap niat bersandarkan kepada agama Islam kan. Contoh mudah ialah, azam nak jadi kaya dengan memiliki pendapatan 500 ribu sebulan kemudian nak kawin dan nak tubuhkan satu yayasan untuk membantu golongan yang memerlukan. Tengok.. kan ke setiap azam tu ada hubungkaitnya dengan aspek-aspek lain?
So kalau nak senaraikan setiap satu azam yang merangkumi setiap aspek memang confem tak akan mampu dicapai oleh setiap manusia yang normal.
Tapi masih lagi kena berazam kan?
ok ok.. jom berazam..
- azam dalam kerjaya -
- azam dalam perhubungan dan kekeluargaan -
- azam dalam kewangan -
- azam dalam perniagaan -
- azam dalam rukun islam -
Azam dalam rukun Islam? Ye.. Solat, puasa, zakat... jom kita semua berazam. Semoga kita mampu dan berusaha agar
- setiap saat mengingati Allah di kala senang atau susah
- setiap hari solat di awal waktu.
- setiap hari solat dhuha
- setiap malam bangun tahajud
- setiap isnin dan kamis puasa sunat
- setiap 6 bulan khatam alQuran
- setiap pertolongan yang kita berikan diibaratkan sedekah kerana Allah.
Mulakan dengan bersyukur kepada Allah.
Jom sama-sama mendidik diri.
No comments:
Post a Comment