Friday, January 3, 2014

Tazkirah ahad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

santapan rohani Pagi Ahad

"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"
( hadis riwayat muslim)

-SEDEKAH JARIAH-
•Amalan bersedekah iamat dituntut dan banyak ayat al-Quran yang menganjurkan perbuatan mulia ini. Antaranya Allah berfirman:
"Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya itu adalah lebih baik bagimu"
(Surah al-Baqarah:ayat 271)

-ILMU D MANAFAATKAN-
•Tugas mendidik atau menyampaikan ilmu bermanfaat kepada orang lain adalah amalan sangat mulia. Apabila seseorang mengajar ilmu kepada orang lain dan kemudian orang itu mengajar pula kepada orang lain, itulah yang amat bernilai dan dikira sebagai ilmu yang dimanfaatkan.

DOA ANAK YG SOLiH
•Menjadi kewajipan anak memelihara ayah dan ibu sewaktu hayat terutamanya anak lelaki dan selepas kematian kedua-duanya, tanggungjawab si anak ialah mendoakan kesejahteraan mereka di alam barzakh serta memohon kesejahteraan agar ibu bapa mereka ditempatkan bersama golongan yang mendapat rahmat daripada Allah.

"Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar) berdoa; wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terdahulu daripada kami"
( surah al ansar : ayat 10)

Anak Yg Solih ???

Anak yang soleh bukan saja anak yang bersopan-santun dan taat kepada orang tuanya sebagaimana yang dipahami oleh kebanyakan dari kita, akan tetapi yang lebih utama dari itu, ialah anak yang menjaga agamanya. Menjaga agama ini suatu yang sukar dilaksanakan hari ini. Menjaga agama bukan sekadar menjaga shalat, tetapi lebih berat dari itu. Anak yang soleh yang menjaga agamanya ialah anak yang ta’at kepada Allah SWT, ialah mereka yang tahu kewajibannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Menjaga agama meliputi memastikan seseorang itu menjaga akhlaknya, syariatnya, ibadahnya dan segala amalannya setiap saat. Menjaga akhlak di dalam berpakaian, di dalam pergaulan dan didalam tutur kata.

Maka dari itu, anak soleh adalah :

1.anak yang dapat menjaga agamanya, mengetahuinya secara menyeluruh dan mengaplikasikannya di dunia fana ini.
2.anak yang berbakti kepada orang tuanya.

Wallahu a'lam bissawaab.

semoga kelak kita dapat berkumpul bersama keluarga di syurga-Nya.

maah ko ambo retek.

Amin.

★ takzirah di atas akak dapat dari geng whatsapp akak.

Sharing is caring!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!