Saturday, January 11, 2014

IMTIAZ pilihanku

Alhamdulillah durra dapat tawaran ke Imtiaz Kemaman. Memang itu yg akak doakan... semoga Allah mempermudahkan laluan durra ke imtiaz. 

Mesti ada yg nak tahu kan.. 

Kenapa Imtiaz?

Dengan pelaksanaan model program ulul-Albab, sekolah menengah imtiaz telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang di dalam bidang akademik di negeri Terengganu.

PMR 2013 - Imtiaz Hulu Terengganu tempat ke 2 terbaik seluruh Terengganu. 

PMR 2012 - Imtiaz Kuala Berang tempat ke 5, Imtiaz Kuala Terengganu - tempat ke 6


PMR 2011 - Imtiaz Besut tempat ke 2 terbaik seluruh Terengganu. 

PMR 2010 - Imtiaz Kuala Berang terbaik keseluruhan Terengganu.

SPM 2012 - Imtiaz Besut tempat ke 2 terbaik seluruh Terengganu.

SPM 2011 - Imtiaz Dungun tempat ke 3 terbaik seluruh Terengganu.


Sememangnya secara keseluruhan, semua sekolah Imtiaz mencatatkan keputusan yang membanggakan di dalam peperiksaan PMR dan SPM.


Sekolah IMTIAZ di Terengganu

Di Terengganu, terdapat 5 buah sekolah menengah Imtiaz  yang diurustadbir oleh Yayasan Terengganu. Sekolah-sekolah tersebut ialah


  • Imtiaz Besut
  • Imtiaz Kuala Berang
  • Imtiaz Dungun
  • Imtiaz Kemaman
  • Imtiaz Kuala Terengganu
Melihat kepada kejayaan model sekolah imtiaz di negeri Terengganu, negeri Melaka turut menggunapakai model sekolah imtiaz yang diilhamkan oleh Dato' Seri Hj Idris Jusoh, mantan Menteri Besar Terengganu. 
Sekolah IMTIAZ di negeri lain
  • Imtiaz Melaka
  • Imtiaz Wilayah Persekutuan? asalnya Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz tapi tak pasti kenapa jadi Imtiaz.. 



Maksud IMTIAZ

Sebelum tu jom kita tengok apa maksud IMTIAZ tu. IMTIAZ mengambil singkatan dari
  • I - Itqan (Kesungguhan)
  • M - Mahabbah (Kasih sayang)
  • T - Taqwa (taat kpd Allah)
  • I - Istiqamah (Berterusan)
  • A - Akhlak (Budi pekerti)
  • Z - Za'amah (kepimpinan)

 
 

Visi Imtiaz

Menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia yang mampu melahirkan generasi ulul albab bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Misi

Menjadikan alQuran sebagai teras pembelajaran dalam mendidik pelajar supaya mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu, bahasa dan kemahiran serta menyediakan prasarana pendidikan dan iklim pembelajaran yang kondusif.

 

Harapannya ialah supaya generasi pelajar yang dilahirkan nanti adalah mereka yang hafiz dan hafizah.. sekiranya generasi ini nanti ada yang bergelar doktor, makanya mereka ini nanti doktor yang hafiz dan hafizah.. sekiranya mereka bergelar guru, usahawan dan sebagainya, mereka ini golongan yang menitikberatkan amalan kerja dan persekitaran menggunakan pendekatan alQuran sebagai rujukan utama. 

Kerajaan Neg Terengganu berharap Imtiaz menjadi satu jenama baru untuk melahirkan profesional serta bijak pandai dalam agama yang mampu menjayakan matlamat dan cita-cita kerajaan.

 

Sebagai ibubapa, apa lagi yang kita mahukan? Tentunya menjadi harapan setiap ibubapa untuk melihat semua anak berjaya.. berjaya di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat.. 

Untuk itu, sekali lagi akak memanjatkan syukur alhamdulilah kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya telah menempatkan durra di imtiaz.

Bagi parent yang ada anak dapat masuk imtiaz, nk tau apa kata mereka? Mereka ni adalah kawan akak yg ada anak kat imtiaz. 

Mereka kata,

"Macam anak dah masuk u"
"Kalau balik rumah, anak lelaki kat umah akan jadi imam. Adik2 jadi makmum."
"Anak akak dah boleh hafal 10 juzuk dah."


Hmmm.. sejuk hati ibu mendengarnya kan.. ibu mana yg tak nak anak2 jadi anak yg soleh dan solehah kan..  insyaAllah semoga Allah mempermudahkan segala urusan dunia serta akhirat. semoga semua anak2 kita akan terjaga akhlaknya dan sentiasa berada di jalan kebenaran, serta memperolehi kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin. 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!