Wednesday, January 8, 2014

Tazkirah: urusan dunia urusan akhirat

SHARING IS CARING!

Renungan pagi:,

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
 
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah.

tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia


Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
  • Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
  • Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
  • kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
  • kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
  • kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...          

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman

  • apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
  • setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
  • kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
  • ke satu perjalanan yang jauh.
  • yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
 
sesungguhnya mati itu benar
Alam kubur itu benar,
Hisab itu benar
mahsyar Allah itu benar
syurga dan neraka itu benar...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!