Kali ni akak nak citer pasal abe nik.
Hari Jumaat 17 Jan lepas, akak 1 family Mesra Mall (MM) kat kerteh. On the way balik dungun kami berenti makan kat 1 kedai makan ni kat paka. Abe nik nak try makan ayam kampung.. mmg peberet abe nik la ayam kampung nih..
So sampai kat kedai tu time order makan abe nik tanya la adik yg ambik order tu,
"Ayam kampung ni apa yg spesel u all masak kat sini".
Adik tu jawab "tomyam".
Hmm first time la dgr ayam kampung wak tomyam.. so sbb nak cuba try test kan, abe nik pun ode la.. dan makan dengan puasnya hahahatinya..
Dan 4 jam selepas tu, tau apa jadi?
Abe nik sakit perut yang amat.. ingatkan angin tapi selepas menyapu minyak urut, bertungku, minum air halia.. semuanya tak jalan, so abe nik akhirnya bersetuju utk gi sepital.
Maka kul 1.30 pagi kami pergi ke sepital dungun. Masa tu ramai jugak orang jadi memang lama la kena menunggu. Hampir 1 jam. Ada kes kecemasan byk gak kot. Abe nik terpaksa la bertahan. Sian betul. Member berjalan pun dah terbongkok-bongkok. Aduhai.. kebetulan patient ramai kat dalam dan bed tak cukup. So terpaksa la tunggu lama...
Lepas dipanggil masuk, dalam setengah jam gitu abe nik kuar.. akk nampak mulut putih je.. rupanya minum ubat tahan sakit.. muka masih lagi berkerut..
Bila dah ada bed kosong, abe nik dipanggil masuk. Lama la jugak kat dalam tu.. sampai akak ngan durra kat luar ni punya la bosan tahap gaban tunggu.. dah mata pun ngantuk giles kan.. jadinya durra tidur berbantalkan dinding.
Punya la lama tunggu.. sampai orang semua dah balik tinggal akak ngan durra je kt luar kat ruang menunggu tu.. abe nik masih lagi kat dalam.. kesian kat durra jadi akak mntak dia baring tido kat kerusi.. sebab semua orang dah balik.. tggl kami je..
Akak ingat kul 6 kalau abe nik lum kuar dr bilik tu akak nak bgtau yg akak nak balik rumah la dulu.. yelah nak mandi nak sembahyang subuh lak..
Baru je akak nak bangun pergi ke pintu, tengok2 abe nik dah kuar.. tepat jam 5.50 pagi.. bayangkan akak tggu kat situ dari jam 1.30 sampai jam 5.50 pagi.. hmm memang mencabar emosi jugaklah.
Rasanya dah sampai masanya sepital dungun dinaik taraf ke tahap prasana, SOP dan kemudahan kelas pertama supaya visi untuk memberikan rawatan secara lebih professional dapat dilaksanakan seperti apa yang diwar-warkan di piagam pelanggan.
Terima kasih kepada doktor dan staf yang bertugas dengan penuh dedikasi di sepital dungun.
No comments:
Post a Comment