Memandangkan selepas makan semua ubat-ubatan yang dberikan kat sepital dungun, sakit perut abe nik masih lagi x hilang, kami ambik keputusan utk pegi ke klinik rakyat nak dgr apa kata doktor.
Kata dr zaizul, dia suspect batu karang.. sama macam dr hasnalaili bgtau sebelum ni. Dr zaizul cadangkan masuk wad kat sepital dungun... dengar je sepital dungun kami dah angkat tangan surrender siang2.. bila citet kat dr psl tunggu dari kul 1.30 sampai kul 5.50 tu, dr zaizul ketawa je.. dan katanya bukan kami je yg bagi respons mcm tu.. hampir semua patients bila dgr je sepital ni memang geleng kepala.. so rasanya it's about time sepital dungun dinaiktaraf dlm segala aspek!
Dr zaizul ada cadangkan dapatkan pandangan dr pakar, jadi bila bincang kami nak cuba kat KTS lah kat kuala terengganu.. dekat sikit dari kuantan.
So dr ada la buatkan referral letter.
No comments:
Post a Comment