Sumber- mingguan wanita, 21-27 dis 2012
Sememangnya penyakit tidak pernah kenal sesiapa.. tua ke muda ke.. kecik ke besar ke.. semua pernah sakit.
Ketahui 5 jenis penyakit yang menyerang lelaki muda! Bukan orang tua atau warga emas je yang boleh kena penyakit tau.
- Batu karang
- Chlamydia (jangkitan bakteria)
- denyutan jantung tidak sekata
- Ulser
- Lingkaran cecacing
Akak tertarik untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit batu karang. yelah, abe nik baru je lepas melakukan pembedahan buang batu karang, jadi nak tahu la jugak sedikit sebanyak apa puncanya dan bagaimana nak elakkan dari terjadinya batu karang ni dari berlaku.
Mungkin susah sket nak baca dari artikel tu kan. Jadi akak ringkaskan di sini.
- Batu karang mampu membesar seperti sebiji bola golf
- biasanya di alami oleh mereka yang kurang minum air putih
Bagaimana terjadinya batu karang?
Batu karang terjadi apabila buah pinggang menapis darah, bahan buangan metabolic akan terbentuk di dalam bahagian tersebut dan mengeras seperti batu.
Tanda-tanda penyakit?
- sakit belakang, celah peha dan di bahagian alat sulit
- air kencing kekuningan, kotor atau berdarah
- pening kepala
- kerap membuang air kecil
Kalau ada gejala2 yang dinyatakan di atas, eloklah berjumpa dengan doctor. Kalau boleh jumpalah doctor pakar kerana doctor pakar lebih tahu dan lebih detail informasinya.
Semoga membantu!
No comments:
Post a Comment