Kali ni akak nak share kisah Fara, my helper. Fara akan datang tolong akak 2 kali seminggu. Tolong apa? Hehe.. tolong kemas umah.. kwang kwang kwang... bukanlah akak ni males ke apa ke tapi kan.. dia tolong akak akak pun boleh tlg dia gak kan... kan kan..
Citer fara, dia pegi beli barang keperluan anaknya madihah kat maidin. Beli kasut beli alatulis gitulah..So lepas beli brg tu letak la dalam raga motor. Kemudian dia pegi la kat kedai lain.
Bila nak balik, dia tgk kat dalam raga motor tu dah kosong. Macam lagu najwa latif. Kosong.. kosong.. Memang sedih la..
Bila fara citer ke akak, akak bgtau fara,
"Fara tenangkan diri... redha je. Allah nak uji sket je tu. Biarkan. Ikhlaskan hati. Sekiranya orang yg mencuri tu betul2 perlukan kasut dan alatulis utk anak dia, fara ikhlaskan hati ... kira sedekah je. Kalu tak, fara doakan agar diberi petunjuk. Allah tahu apa yg terbaik. Yakin dan percaya."
Itulah yg akak bgtau fara. Dan nampaknya fara menerima dgn hati yang terbuka.
Dan 2 hari kemudian, fara balik kampung. Dan ada sedara yg tanya samada madihah dah beli semua kelengkapan sekolah madihah. Lalu fara pun citer la apa yg berlaku kat maidin tu.
Nak tahu?
Time2 tu jugak sedara tu ajak fara dan madihah beli semua keperluan sekolah.
Citer fara, dapat lebih lagi dari yg hilang tu.
Hmm.. memang Allah bagi lebih lagi.
Yakin dan percaya apa sahaja yg berlaku kat kita adalah yg terbaik yg tujuannya adalah utk menguji dan mengajar kita sesuatu.
No comments:
Post a Comment