Monday, December 9, 2013

Temuduga mrsm 2013 - sesi temuduga dan ujian



9 Dis 2013

Kalau ikutkan jadual yang diberi pagi tadi ujian bertulis kat dewan patutnya selesai pukul 11.30 pg. Jadi akak pun datang la balik dekat pukul 11.30 gitu.. rupanya belum selesai lagi.. so terpaksa la menunggu kat luar dewan tu bersama-sama ngan parents yg lain.. sambil-sambil tu sembang-menyembang la kan.. maklumkan akak ngan abe nik peramah gitus.. ahaks..

 

bagi pelajar yang datang temuduga untuk sesi ke 2 (pukul 10-1.30 tgh) jadinya mereka ni pun kena tunggu jugak la kat luar dewan sebelum giliran mereka untuk sesi ujian bertulis tu..


kebetulan la bawak matpiq anak sedara akak jadi masa tgh sembang2 tu matpiq nak gi tandas.. so akak bawak la gi tandas.. sebab tandas lelaki sebelah sana dewan so akak tanpa rasa bersalah bawak la matpiq masuk tandas pompuan.. dah budak tu dah nak u-uk kan.. mana leh tunggu.. ha.. tau tak pe..

 
masa lalu nak gi tandas tu kebetulan pintu dewan terbuka.. jadi akak ambil la peluang snap gambo.. nah dia.. dapat pun..


aii.. punya la lama tunggu.. akak sampai dok kat pintu besar dewan tu dah.. dok mengintai apa yg dibuat sampai lama sangat tuh.. apa yg dijawabnya.. susah sangat ke soklannya? adoi la..

bila pintu tu terbukak sket, akak intai la jugak.. kebetulan dapat tengok anaknda dok kat tepi dewan nun.. sempat la jugak akak snap gambo.. hehehe.. masa tu anaknda dah selesai dah tunggu nak keluar dewan tu..


so bila tengok barisan kat tepi tu bangun dan keluar ikut depan sana, terus akak pegi ke hujung dewan.. snap gambo lagi.. hehe.. dah maknya suka ambik gambo.. nak wak camana kan hehe...

fuh.. nampak sangat anaknda keluar dewan dengan penuh bergaya gitus.. lega la tu sebab dah selesai semua dah.. bab camana jawab ujian tu kita tawakkal je lah kan.


 Bila tanya pasal temuduga tu kan, anaknda bgtau, 10 orang satu kumpulan akan dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga tu.. tapi tak de pulak la ditanya pasal MARA ke.. mungkin sebab ramai sangat kot.. dan mungkin diaorng dah tau budak2 ni mesti dah hafal semua pasal MARA.. mesti semua dapat jawab kot kalau tanya pasal MARA kan.. so kena la tanya soklan lain sket..  tadi pun akak rasa ada lebih kurang 400 orang pelajar yg datang temuduga.. so diaorng pun nak cepat kot.. ok ok.. back to the interview ye. sabo sabo.. yang ditanya adalah "ceritakan pasal diri", "minat apa". Semua tu speaking tau.. humm.. lupa la pulak bab ni.. patutnya dah latih tubi dalam English biar ayat yang keluar tersusun cantik gitu.. tawakal la anaknda ku.. pastu diminta untuk sambung ayat Quran. Itulah saje yang diberitau oleh anaknda akak yang ditanya kepadanya.

So MRSM dah.. tunggu nak gi temuduga IMTIAZ lak nih.. cari pengalaman dan pendedahan kpd anaknda pasal temuduga.. Keputusan temuduga tu lain kira.. kan kan..

SATU LAGI akak nak pesan kat mak ayah.. walaupun masa temuduga dah dicatat kul 9 pagi, akak nasihatkan mak ayah datang la awal. Pastikan kul 8 dah ada kat tempat temuduga tu. Kenapa? Sebab

1. Datang awal mudahkan cari parking.
2. Senang nak dapatkan info dari mereka yang berkenaan - tak perlu bersesak-sesak
3. Kemungkinan besar pelajar dah disuruh beratur untuk sesi pendaftaran.

Jadi datang awal elakkan kesesakan.

Bukannya apa.. semalam masa dah hantar anaknda, nasib la hantar awal jadi anaknda masuk kat dalam tu pun awal.. so lepas dah setel urusan anaknda, kami pergi la makan pagi.. kat kedai makan ada la jumpa mak ayah ngan pelajar yang belum pergi daftar.. sedangkan masa tu pelajar sedang beratur dan menunggu giliran untuk ditemuduga. Jawapan yang diberikan ialah, masa yang ditulis dalam dokumen temuduga ialah pukul 9. hmmm.


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!