Thursday, December 5, 2013

PENTING SANGAT.. Ketahui tahap kebersihan dan keselamatan produk kesihatan yang kita makan..


Disertakan artikel yang menarik perhatian akak, disalin dari Berita ZaiBeauty

JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PENGELUARAN BARANGAN BERBAUR "ISLAM"!!!

Lokasi: Kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh
Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh
Selangor
18 April, 2009
 
 

Di Sebalik Kebakaran Sebuah Kilang :Diambil Dari Ondscene

 
 
Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh
Selangor
18 April, 2009
Maklumat mengenai kebakaran ini kira-kira jam 5 petang, kira-kira setengah jam selepas kebakaran bermula.

Seperti yang dibayangkan sebelum ini, kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh adalah sebuah kawasan yang amat luas.
Kes kebakaran agak senang untuk dikesan kerana asap boleh kelihatan dari jauh.

Tetapi, walaupun asap boleh kelihatan ketika memandu, untuk tiba di lokasi adalah sesuatu yang amat sukar walaupun mengikut panduan dari asap tebal.
Dengan keadaan jalannya yang amat tidak terurus, berlopak, berlubang, sempit dan beratus-ratus simpang yang jika salah masuk, anda akan memasuki jalan mati.

Maka terperangkaplah anda untuk berpatah balik kerana mungkin anda secara tidak sengaja telah memasuki dalam kawasan kilang DRH atau kilang VTF.
Mana lagi dengan berpuluh-puluh anjing liar, berkurap dan kotor serta berpenyakit yang berkeliaran.


Untuk bertanya laluan, dengan membuka tingkap kereta, mungkin anjing akan melompat ke arah anda...
Belum lagi kalau turun dari kereta, ada anjing kurap yang baik hati nak berkenalan untuk cuba menghidu, menjilat anda...!!!

Keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap, tak perlu dicerita, kerana anda boleh alami sendiri.
Dan anjing-anjing ini pula, macam mengenali samada kita adalah pengguna laluan ini, atau tak pernah lalu sebelumnya.

Mana lagi berselisih dengan treler-treler panjang, besar dan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju (walaupun jalan sempit)
Kawasan perindustrian ini merupakan antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai barangan utama di negara ini dan untuk eksport.
Di sinilah antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya di celah-celah ratusan bangunan kilang.
Di sinilah, di mana, di dalam kilang, ada kilang, dan di dalamnya pula, ada kilang lain pula.

Antara serbuan yang pernah penulis sertai sepanjang lima tahun lalu di kawasan ini ialah:

1-Rampasan dan penyitaan kilang membuat mee bersama JAKIM Kementerian Kesihatan dan KPDN HEP di mana keadaan kilang yang amat kotor dan berlendir serta pekerja yang langsung tidak pentingkan kebersihan. Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.


2. Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya.


3. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.

4. Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan yong-yong itu.


5. Kilang yang membekalkan krim-krim malam yang akhirnya diuji mengandungi 'sibutramin' yang diimprt bertong-tong dari China, untuk banyak syarikat Bumiputera yang melekatkan label macam-macam nama wanita, dan akhirnya anda tempelkan di muka anda yang dah memang berjerawat, menggerutu itu. Alasannya, kerana ia jenama Bumiputera, nak tolong bangsa, dan nak cantik...

6. Di sinilah juga terdapatnya kilang-kilang VCD/DVD yang jika anda bukan pakar mencarinya, mati 18 kali pun, anda tak akan jumpa kerana ia dibina dalam kilang, di dalam kilang, di dalam kilang (kilang 3 in 1).
7. Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat.
 
 
DAN ADA LAGI..
 
Kementerian Kesihatan serbu rumah Adi Putra - Metro Ahad, 17 Januari 2010Posted by Izwan on 18/01/2010 (247 reads)  

Kementerian Kesihatan serbu rumah Adi Putra - Metro Ahad, 17 Januari 2010

kkm2
TUMPAS... Mazlan dan pegawai farmasi meneliti ubat yang dirampas.


KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.

Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.

Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.

“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.

“Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi,” katanya di lokasi serbuan.

Dalam masa sama, enam jenis ubatan lain dirampas dan akan menjalani ujian klinikal bagi mengetahui kandungan sebenarnya.

Selain Ubat Penawar Sendi Tulang, ubatan lain dirampas turut tidak mempunyai pengesahan KKM dan dipercayai ada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

“Jika sabit kesalahan, individu berkaitan boleh didakwa mengikut Seksyen 7 (1a) Akta Jualan Dadah 1992 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih ubat dan dapatkan nasihat daripada kakitangan farmasi atau doktor pakar sebelum mengambilnya,” katanya.

Sementara itu, Titi Sri Wahyuni mendakwa tidak mengetahui apa-apa berkaitan ubatan itu sama ada ia dibenarkan untuk jualan atau sebaliknya.

“Saya tak tahu apa-apa sebab baru sebulan kerja di sini. Saya hanya bertugas melekatkan label Adi Putra pada botol serta meletakkannya dalam kotak.

“Saya juga tidak pernah memeriksa atau mengesyaki apa-apa sejak bekerja di sini. Saya hanya melakukan tugas manakala waktu kerja juga tidak menentu, pagi dan malam saya berniaga menjual pelbagai jenis pakaian,” katanya.

Sebelum itu, Metro Ahad menerima aduan daripada pihak tertentu yang sangsi dengan Ubat Penawar Sendi Tulang kerana ia sama dengan satu lagi ubat dijual di Kedah.

Bagaimanapun, ubat dengan gambar Adi Putra berjubah juga berserban dijual lebih mahal berbanding di Kedah dengan harga hanya RM6 sebotol.

Tinjauan Metro Ahad terhadap rumah teres dua tingkat itu mendapati banyak kotak dan botol kosong diletakkan di dalam plastik di bahagian bawah kediaman berkenaan.

Ada juga ubatan yang siap berbungkus dan menunggu masa pelanggan datang mengambilnya. Difahamkan, edaran ubatan terbabit adalah ke seluruh negara.

Sumber: http://www.hmetro.com.my
 
 
DAN LAGI..
 
KKM serbu pusat kecantikan - Harian Metro, 26 Mac 2009Posted by Izwanon 26/03/2009 (460 reads)

KKM serbu pusat kecantikan - Harian Metro, 26 Mac 2009
AMPANG: Beberapa jam selepas menerima laporan berhubung kematian seorang pengurus syarikat akibat rawatan membuang lemak dilakukan, sepasukan pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu pusat kecantikan itu, petang semalam.

Dalam operasi jam 4 petang semalam, lima pegawai KKM segera menjalankan siasatan menyeluruh ke pusat rawatan kecantikan itu di Jalan Ampang, di sini.

Sumber KKM berkata, pegawai penguat kuasa KKM cuba mengenal pasti ubat-ubatan yang digunakan di pusat rawatan terbabit sama ada ia berdaftar atau diseludup masuk ke negara ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rapi, pegawai KKM menemui hampir 15 botol cecair steroid yang didapati tidak berdaftar dengan KKM.

“Ada kemungkinan cecair itu digunakan untuk suntikan ketika merawat pelanggan. Pihak kami sedang menyiasat sumber cecair steroid berkenaan diperoleh.

“Selain itu, doktor yang mengendalikan pusat kecantikan itu turut disoal siasat bagi mendapatkan kepastian berhubung rawatan yang dilakukan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan, doktor lelaki berusia 50-an mendakwa klinik tiga tingkat itu turut dijadikan pusat rawatan spa di tingkat atas.

“Doktor itu memberitahu turut mempunyai kelayakan sebagai pakar kecantikan selain di bidang kosmetik surgeri. Setakat ini, kenyataan doktor berkenaan sudah diambil.

“Bagaimanapun, sewaktu siasatan, pegawai KKM tidak menemui ubat-ubatan lain dari premis berkenaan walaupun ada menemui kotak kosong cecair vitamin C yang digunakan untuk suntikan kecantikan,” katanya.

Menurutnya, selain doktor lelaki itu, pegawai KKM turut mengambil kenyataan dari pembantu klinik dan menyiasat rekod rawatan pesakit.

Difahamkan, pihak polis sebelum ini menjalankan siasatan terhadap pusat kecantikan dan klinik berkenaan petang kelmarin sebelum menahan doktor terbabit untuk disoal siasat.

Pihak polis turut mengambil dokumen berkaitan dan beberapa barangan yang dapat membantu siasatan terhadap kes kematian Noraini Mohd Ghazali, 30.

“Mungkin kerana menyedari pemeriksaan susulan akan dilakukan pegawai KKM, pihak klinik terlebih dulu membuang atau menyembunyikan ubat-ubatan tidak berdaftar yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my

 
 
JOM kita didik diri kita dengan ilmu pengetahuan agar kita dapat bezakan apa yang sesuai dengan kesihatan kita.. yang tidak sihat kita abaikan ye.
 
INGAT! Cari produk yang terjamin SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN seperti
 
 

 
 
Untuk maklumat lanjut sila
 
sms/whatsapp : izang 0199695787
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!