Saban tahun akan kedengaranlah berita mengenai kehilangan pengunjung yang datang mandi-manda di pantai Terengganu.. ada yang lemas dan hilang di lautan sehingga beberapa hari..
Walaupun acapkali dilarang untuk mandi-manda di laut kerana pantai seperti Batu Buruk, Dungun tidak begitu sesuai untuk mandi-manda, tetapi masih ada yang engkar akan larangan tersebut.. sudahnya..
Pantai Terengganu sememangnya bukan sahaja dikenali di antara pantai yang menggamit pelancong, tetapi juga pantai yang begitu sinonim dengan 'pantai makan orang'..
Dari sini
" sepanjang musim tengkujuh ini semua tempat seperti itu adalah tidak selamat untuk mandi dan disokong dengan faktor cuaca yang tidak menentu selain faktor geografi yang berubah."
Apa pulak kaitannya dengan Ulik Mayang? Ada kaitan ke?
Jom tengok sejarah lagu Ulik Mayang ni dari sini..
Sejarah Lagu Ulek Mayang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selalu membaca cerita – cerita di forum tentang lagu Ulek Mayang yang berasal dari Terengganu. Menurut cerita, selalunya orang yang mempersembahkan tarian Ulek Mayang di majlis selalu akan mengalami histeria atau diggangu syaitan laknatullah. Saya akui apabila saya mendengar lagu dan rentaknya, automatik saya akan terbuai masuk ke dalam lagu tersebut.
Di televisyen, banyak cerita hantu akan memutarkan lagu Ulek Mayang ni sebagai simbolik. Jika ada cerita yang memutarkan lagu ini, saya akan mengubah channel atau muted kerana tidak mahu ada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Contohnya filem Mael Lambong terdapat scene di mana awek kepada Zizan merupakan penari ulek mayang ini di tepi pantai sambil disaksikan beratus-ratus penduduk kampung.
Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.
Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.
Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.
Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.
Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.
Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
dan dari sini
MISTERI ULEK MAYANG
Ulek Mayang adalah seni persembahan Melayu yang boleh dianggap seni teater muzika kerana di dalamnya terdapat bermacam-macam seni persembahan, pantunnya dilagukan, ada tarian mengikut lagu dan irama, dilakun oleh peranan-peranan seperti Puteri Tujuh, watak pawang dan pesakit.
Ulek Mayang dan Ugam Mayang (Pahang) merupakan acara ritual masyarakat Terengganu beberapa abad yang lalu. Kewujudan setua Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.. Pada zaman itu, Ulek Mayang amat popular sebagai upacara pengubatan penyakit kepada masyarakat Terengganu dewasa itu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkit dengan semangat dan dibangunkan dengan semah asal usul. Dalam peranannya menyembohkan penyakit, pawang akan menggunakan mayang pinang yang masih lagi dalam seludangnya dan tidak boleh menggunakan mayang pinangnya seludang sudah pecah, sebiji guri tembaga atau batil yang berisi air, sebatang lilin yang diperbuat dari sarang dan madu lebah, bertih padi (bertih jantan), kemenyan dan beberapa kuntum bunga, biasanya bunga cempaka, melati dan melor. Lilin dinyalakan dan kemudiannya diletakkan dalam batil atau guri tembaga yang berisi air. Apabila sampai waktunya maka pawang membakar kemenyan dalam dupa yang siap dengan bara api, dan seterusnya melihat arah asap yang sekaligus memberi petunjuk bahawa arah itulah nanti penyakit akan dibuang dan dari arah yang berlawanan pula ”Puteri Tujuh Beradik” dipanggil bagi menyempurnakan proses pengubatan. Sewaktu prosesinya dijalankan, ianya diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya. Persembahan ini dilakukan beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan dan dukun atau pawang yang memegang mayang pinang duduk di tengah-tengah dan pada peringkat awalnya tidak ada alat muzik yang mengiringi persembahan ini. Pada kebiasaannya, para pemain terdiri dari mereka yang berusia lingkungan 15 hingga 40 tahun.
Terdahulu, setiap peralatan itu diasap dengan kemenyan tadi satu persatu bermula dengan seludang mayang, diikuti dengan bunga dan peralatan lainnya. Setelah itu bomoh pun menutup kepala dengan kain batik lepas dan dililit ”semutar” dan separuh badannya ditutupi dengan kain putih yang menggunakan benang kapas dan duduk bersila sambil mengulek atau mengugam. Mengugam atau mengulek membawa maksud menyanyi dan melihat waktu yang baik untuk memohon pertolongan dan caranya ialah menyanyi dan menari. Pada waktu bomoh mula mrnyanyi rebana pun dimainkan untuk mengiringi nyanyian pawang dengan tingkah laku tertentu yang mulanya perlahan kemudian kepada nada yang lebih sederhana dan tinggi serta tidak boleh tersalah iramanya kerana ini akan mengurangkan konsentrasi bomoh dan tidak akan membawa turun ”Puteri Tujuh” ke alam maya dan semangat.
Dalam upacara yang dianggap permainan ini, seorang bomoh atau pawang akan memulakan persembahan dengan membaca mentera memuja sejambak mayang pinang atau lukah atau kukur kelapa atau sebuah serkap dan benda-benda itu akan bergerak perlahan-lahan dan menari-nari dengan sesiapa sahaja yang memegang mayang tadi atau dengan objek-objek lain. Maksudnya jika mayang dijadikan objek utama dalam persembahan ini, maka orang yang memegangnya akan ikut bergerak mengikut gerakan mayang yang dipegangnya. Begitu juga dengan lukah atau kukur kelapa, bubu atau serkap. Di beberapa daerah di Pahang terutamanya di Hulu Tembeling dan Temerloh, lukah atau serkap diberikan pakaian seperti manusia. Jika bomoh itu tinggi ilmunya, lukah atau serkap itu sakan bergerak-gerak tanpa dipegang. Malah yang lebih menarik lagi jika kukur kelapa digunakan, kukur itu akan bergerak sendiri dan kalau diletakkan dengan pasangan yang tidak sejenis, maka gerakannya lebih halus dan ”romantis”, dan jika diletakkan pasangan sejenis, maka ianya ”berperang”. Dalam tradisi masyarakat di daerah ini, kukur biasa diberikan jantina iaitu kukur jantan diberikan atau dibuat ”sawat” atau alat kemaluan, manakala kukur betina di bawahnya tidak terdapat apa-apa ukiran.. Gerakan ”tari” atau ”perang” kukur jika menggunakan kukur atau gerakan mayang yang menari-nari dengan pawang itu merupakan kemuncak kepada persembahan ini.
Pada peringkat terakhir, bomoh akan memecahkan mayang kelapa dengan menghempaskannya ke pasir atau menghempaskan sedulang mayang tadi ke telapak tangannya. Di saat inilah sedulang mayang tadi digerak-gerakkan memanggil-manggil tujuh orang puteri dan akan dipanggil seorang demi seorang. Puteri Satu adalah puteri tertua dan sulong yang harus dipanggil dengan tertib dan hormat sehinggalah Puteri tujuh yang terakhir iaitu puteri bongsu dan merupakan puteri yang paling cantik dan paling sakti. Dipanggil untuk mengulek dan melihat si pesakit jikanya bertujuan untuk pengubatan dan akan merahmati persembahan ulek mayang jika ianya untuk persembahan hiburan.
Upacara membawa turun tujuh puteri ini dibantu oleh ”peduan” (Panduan) yang berfingsi sebagai ”Tok Minduk” dalam upacara perbomohan dan juga sebagai pembantu dalam persembahan Main Puteri dan Mak Yong di kelantan. Tok Minduk atau Peduan bermaksud sebagai ”guru tua” atau guru segala guru dalam pengamalan ilmu seni tersebut.
Kedatangan setiap puteri disambut dengan tabuiran tujuh biji bertih jantan dan biasanya setiap orang puteri akan memberi salam dan salam ini hanya dapat didengari oleh Pawang atau Peduan sahaja.
Puteri Tujuh : Assalamualaikum!
Peduan : Waalaikumussalam!
Puteri Tujuh : Apa hajat dipanggil hamba turun ni?
Peduan : Nak minta tengok si Fatimah ( jika pesakit itu perempuan dan
kalau pesakit itu lelaki diberikan nama Ali) Minta tolong tengok
dan sembuhkan penyakit (jika untuk persembahan hiburan,
minta tenangkan keadaan dan berikan semangat yang baik).
Puteri Tujuh : Ambo (hamba) tak reti (tak pandai), tapi cuba-cuba buat cuba-
cuba tengok.
Semasa perbualan antara peduan dan Puteri Ketujuh ini berlangsung, penepuk gendang akan menghenti menepuk rebananya dan jika rebab digunakan menggantikan rebana, pemain rebab akan menghentikan gesekan rebabnya. Ini bagi mengelakkan penonton atau mereka yang berada di tempat tersebut terasuk atau “tergerak angin” yang kemudiannya menjadikan suasana semakin rumit, iaitu diubati tidak sembuh, yang tak sakit mendapat penyakit.
Dalam teater Ulek Mayang “permainan” setiap puteri mempunyai identiti yang berbeza berdasarkan urutan dan ketuaan usia mereka. Terdahulu, perlu dijelaskan maksud “permainan” dalam konteks Melayu daerah timor Semenanjung Malaysia yang membawa pengertian teater, persembahan, lakonan yang semuanya bertujuan untuk hiburan dan seringkali mengisi majlis-majlis diraja. Dalam bahasa mereka tidak terdapat istilah teater, drama atau lakonan, jadi istilah “main” atau permainan merujuk kepada segala bentuk teater, lakonan dan seni pentas dan seni persembahan.

Dan dari sini
ULIK MAYANG adalah tarian tradisional Terengganu yang mempunyai unsur-unsur pemujaan semangat pantai. Tarian ini ditarikan oleh 10 hingga 15 penari sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak menggangu nelayan yang mencari rezeki di tengah lautan. Mengikut cacatan sejarah, Ulik Mayang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang terkena sampuk. Tujuh puteri tersebut berasal dari bukit puteri dan sentiasa menjadi tumpuan orang tempatan untuk meminta bantuan, iaitu mengubati orang sakit melalui jampi, seru, dan mentera.
Tarian Ulik Mayang juga digunakan dalam pengubatan tradisional. Ia menjadi identiti masyarakat Terengganu kerana tarian ini menjadi amalan masyarakat melayu di Terengganu sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sebelum tarian dimulakan, mayang pinang akan dipuja serta digoncang-goncang diatas bekas kemenyan. Mayang pinang tadi kemudiannya berpindah tangan dari seorang ke seorang sehinggalah penari yang memegang mayang tersebut tidak sedarkan diri.
Tujuh Puteri dari kayangan menari untuk mengubati pesakit
Lirik Lagu Ulik Mayang
Ulek Mayang
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Habis tu... apa kaitannya? Ada ke tak de?
Hmm yang ni akak kena serahkan pada judgment korang semua.. tapi jangan taksub! Berpijak di bumi nyata ye.
No comments:
Post a Comment