Saturday, December 14, 2013

Masih belum ada anak? Ketahui jawapan Skema dan Terapi Minda

Entry kali ni akak nak sentuh lagi pasal isu

Dah lama kawin tapi belum dapat anak

Bagi pasangan yang sedang menghadapi situasi ni, jangan gusar jangan bimbang jangan sedih,.. kalau gusar, lagi bimbang lagi sedih nanti muka mudah berkedut.. no no no..

so,  semua orang tarik nafas.... stop... hembus... stop... cakap "Rileks... rileks.. rileks..". Buat 3 kali.


Lumrah manusia, kata mereka sebuah perkahwinan tu semestinya diserikan dengan kehadiran cahayamata. itulah jugak antara tujuan utama manusia berkahwin kan.. Bagi pasangan yang baru berkahwin 1 tahun tu kira oklah lagi kan.. kalau dah 2-3-4-5 tahun tu, kalau masih belum dikurniakan cahayamata memang makan hati berulam jantung lah..

paling tak tahan bila selalu dihujani dengan soalan-soalan yang menyesakkan jiwa raga.. akak dah mengalaminya dan akak amat amat dan sangat sangat faham situasi korang..

hmm  jadi.. meh sini akak bagi skema jawapan bila korang ditanya soalan-soalan cepumas yang pelbagai tu.


Mereka Tanya : err. dah lama korang kawin kan.. belum ada anak lagi ke?

Korang jawab : Tuhan belum bagi rezeki anak lagi. Tuhan bagi rezeki lain dulu.

Mereka Tanya: err.. korang bila nak ada anak ni?
Korang jawab: eh kalau ko nak tahu, aku pun sebenarnya dah lama tanya soalan tu.. cuba ko tanya sendiri yang DI ATAS (sambil tangan menunjukkan ke langit!)

Mereka Tanya : err.. korang tak sunyi ke tak de anak?

Korang jawab : eh.. apa la nak sunyi.. cik abe sentiasa ada di sisi. siap manja-manja lagi.. lagi senang tak de yang kacau.

Mereka Tanya : err.. tak bosan ke hidup you all?  2 orang je..

Korang jawab : eh.. mana ada bosan. Kitaorang sentiasa happy je.. yang penting kami suami isteri enjoy our life together.

Mereka Tanya : er.. tak takut suami cari lain ke?

Korang jawab : eh cik kak.. buat apa nak takut-takut. Diaorng ni lelaki. Tak kira suami saya ke suami akak ke.. kalau diaorng nak cari lain kita nak buat camana? Akak camana lak kalu suami cari lain? tak takut ke?

Mereka Tanya : err.. biasanya suami cari alasan kawin lain kalau tak de anak..
Korang jawab : kak, kalau pasal anak la suami nak kawin lain, dah tentu tak de la suami yang ada  anak 8 yang ceraikan bini mereka. 

Mereka Tanya: err. you tak takut ke suami you tinggalkan you?
Korang jawab: kak, itu semua jodoh. Macam akak jugak, kalau ditakdirkan suami tinggalkan akak walaupun dah ada anak, akak kena redha la kan.

Mereka Tanya: err.. korang ni tau buat ke tidak? (ni memang soalan paling kejam la akak pernah dapat)
Korang jawab: rasanya sama macam korang buat la.. takpun cuba ko cerita sket camana ko buat anak sampai boleh pregnant cepat tu! (kalau mereka ni tak malu memang mereka akan citer la.. korang boleh pilih untuk tutup telinga ... terserah..hehe)

Mereka Tanya (sambil menyindir!) : korang ni memang tak reti buat anak lah..
Korang jawab: hmm.. nampaknya aku kena belajar ngan ko lah... cuba ko bagi petua-petua dan tips-tips (dan mereka akan share rahsia-rahsia mereka haha.. percayalah..)

Mereka Tanya: err.. dah pegi jumpa pakar dah?
Korang jawab: dah.. tak de masalah apa pun.. cuma belum masanya je.

Mereka Tanya: err... dah pergi jumpa bidan A lum? bidan B? bidan C?
Korang jawab: dah pergi mengurut dah itu hari. bidan tu pun bagitau suruh tenangkan diri rehatkan minda.. jangan kerap sangat pergi urut.. takut tersalah urut lak.. 

Mereka Tanya: si minah dah ada 3 anak.. si tipah dah ada 5 anak.. ko bila lagi?
Korang jawab: alhamdulillah.. saya tumpang gembira untuk minah dan tipah. 3 ke 5 ke, 1 ke.. tak kisahlah.. Apa yang penting KUALITI.. bukannya KUANTITI..kan.

Mereka Tanya: err.. korang suami isteri tak sedih tak cemburu ke tengok orang lain ada anak?
Korang jawab: sebenarnya kami tumpang happy.. mana boleh cemburu.. tak baik cemburu.

Mereka Tanya: camana lah makcik nak tolong korang ni biar cepat sket dapat anak..
Korang jawab: makcik tolong doakan kitaorang dapat anak cepat ye.

dan macam-macam lagi soalan yang mungkin diutarakan oleh orang lain. Tapi yang penting korang bagi jawapan yang korang selesa, yang sesuai dan bukan jawapan yang membuatkan korang sedih dan kecewa.. no no no..

Ada banyak sebab kenapa pasangan yang dah berkahwin masih belum dikurniakan anak. Mungkin faktor kesihatan, faktor pemakanan dan sebagainya..

CUMANYA kat sini akak nak bagitau la sket..


Untuk hamil,

Dalam setahun hanya ada 12 kali peluang
Dalam sebulan hanya ada 1 kali peluang

dan bila umur meningkat maka makin turun peratus kemungkinan hamil tu..




dan seumur hidup dikatakan wanita hanya ada 400 peluang sahaja untuk hamil

 Chances of Getting Pregnant


Jadi memandangkan hanya 1 peluang sahaja sebulan untuk berkemungkinan hamil, so tak boleh tunggu-tunggu ni... kena ambik langkah proactive.

so amatlah penting suami isteri melakukan persiapan mental dan fizikal agar lebih bersedia. yang penting kena tahu

(1) waktu subur isteri (kena check jangkaan ovulasi isteri)


(2) tahap kesihatan suami dan isteri.

Setiap wanita kebiasaanya datang period setiap bulan. Jadi sekiranya isteri datang bulan setiap 3 bulan sekali, maka kena betulkan dulu kitaran period tu supaya normal.

Dan ambiklah makanan tambahan atau suplemen untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.


DAN PALING PENTING...

 

Terapi Minda
ni Terapi Minda yang bila adik-adik baca akan menyebabkan kemungkinan berlaku percanggahan kepada idelogi sedia ada dalam diri korang semua.. INGAT ni - SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

kerana

SETIAP YANG BERLAKU KEPADA KITA ADALAH YANG TERBAIK BAGI KITA YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH. HANYA ALLAH YANG TAHU APA YANG TERBAIK BAGI KITA.

 

ai.. 10 tahun kawin masih belum ada anak, adakah itu terbaik?

Ya, dah tentu itu yang terbaik sebelum ni. Sebab Allah dah tadirkan begitu sebelum ni. ada perkara yang terbaik yang lain yang Allah bagi sebab tu Allah simpan dulu permintaan pasal cahayamata tu.. semua perkara atau peristiwa yang dipanggil cabaran kehidupan adalah cara Allah berkomunikasi dengan kita. Belum dikurniakan cahayamata adalah salah satu cara Alla memberitau kita sesuatu. Boleh jadi ada perkara lain lagi yang Allah nak kita lebihkan perhatian.. Terima apa jua peristiwa yang beraku dengan lapang hati. Ucapkan syukur kepada Allah.

Tapi takkan nak berserah macam tu aje kat Allah kan, tanpa buat apa-apa usaha?

Setiap peristiwa yang berlaku menunggu reaksi dari kita.. Sebab itu kita diberi pilihan kan.. kita berhak menentukan pilihan kita dan apa jua keputusan nya nanti adalah bertitik tolak dari keputusan yang kita ambil.

Ok.. Tutup mata.. tenangkan diri.. tarik nafas.. hembus.. tarik nafas.. hembus.. bagitau kat diri "Semua perkara yang berlaku kepadaku adalah yang terbaik yang Allah berikan". Biarkan minda menganalisa sehingga mampu menerima dengan seikhlasnya kata hati ini..

Pikirkan pilihan tindakan yag ingin korang lakukan sekarang seterusnya dalam hal ini. Sebagai permulaan boleh baca cabaran akak kat sini untuk adik-adik semua..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!