Thursday, December 5, 2013

Produk kecantikan semulajadi.. semulajadi tu macamana ye?

Banyak produk kecantikan yang claim sebagai dibuat dengan bahan-bahan semulajadi. semlulajadi ni macamana ye?.. adakah cukup dengan blend daun pegaga untuk buat ubat jerawat lepas tu masuk dalam botol kemudian jual? Takkan le boleh tahan lama kalau buat macam tu ye..


So apa maksud semulajadi tu? Apa kriteria nya?


Bila dah google, akak tertarik nak share artikel ni

Produk kecantikan organik

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

Sudah terbukti sebelum ini dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik seluruh dunia bahawa apa saja produk yang diletakkan pada kulit akan memasuki tubuh.

Oleh itu, setiap kali ingin menyapu sesuatu pada kulit, kita perlu berfikir terlebih dulu sama ada produk berkenaan bersifat semula jadi, selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Sejak 50 tahun lalu, ribuan bahan kimia sintetik dihasilkan dan terkandung dalam pelbagai produk dari makanan, produk mandian dan sebagainya.

Sudah tentu kita tidak akan dapat mengelak 100 peratus daripada semua produk yang mengandungi kimia sintetik kerana ia sentiasa ada di sekeliling dan sebahagian daripada kehidupan tetapi kita boleh mengurang­kan penggunaannya.

Sebagai alternatif, ketika ini, barangan organik semakin popular dan mendapat tempat di hati pengguna tetapi adakah kita sebagai pengguna mengetahui apa sebenarnya produk yang dikatakan sebagai organik.

Produk organic adalah barangan yang diperbuat daripada tumbuhan yang ditanam dan diproses mengikut peraturan spesifik yang ketat.
Ia tidak sama dengan bahan semula jadi lain yang tidak ditanam seperti tanah liat, garam atau air.

Kaedah pertanian organik berjalan seiring dengan ekosistem semula jadi, bukan­nya melalui kaedah yang cuba menguasai, membuktikan bumi ini bergantung pada keseimbangan yang halus tetapi kompleks.

Dengan menggalakkan hidupan yang pelbagai untuk bertindak sebagai penghapus serangga perosak semula jadi, selain penyumbang nutrien untuk menyuburkan tanah bagi menghasilkan tumbuhan yang kuat dan sihat, kebergantungan terhadap bahan kimia sintetik dapat dielakkan.

Bagi memastikan sesuatu produk itu benar-benar organik, ia perlu melalui satu pemantauan oleh undang-undang seperti diamalkan di Eropah sebelum disahkan dan hanya produk yang diiktiraf boleh menggunakan terma ‘organik’.

Namun apabila bercakap mengenai produk kecantikan dan kesihatan, tiada peraturan sama dikenakan menyebabkan perkataan organik mungkin disalah guna.

 Walaupun produk itu  dilabel sebagai organik, ia tidak memberi jaminan bahannya dihasilkan melalui pertanian yang menggunakan kaedah organik.

Maka, daripada membanding­kan jenama barang, adalah lebih baik sekiranya pengguna membandingkan logo pengesahan atau melihat sendiri senarai kandungan yang ada dalam produk bagi memastikan ia benar-benar organik.

Dengan menggunakan produk diperbuat daripada bahan organik, jumlah sisa kimia sintetik yang diserap ke dalam tubuh dapat dikurangkan.

Selain itu, bahan organik seperti kandungan semula jadi dan pemakanan yang baik juga mampu memberi rawatan serta kesan lebih baik kepada kulit, tanpa bergantung kepada bahan kimia sintetik.

Bahan organik bukan saja baik untuk tubuh malah kepada alam sekitar kerana pertanian secara organik mengenakan peraturan ketat di mana baja buatan atau baja perosak tidak sesekali dibenarkan, secara tidak langsung mengurangkan jumlah pencemaran kepada persekitaran.

Petani yang menggunakan kaedah organik menggalakkan pertumbuhan tanaman secara sihat dengan tanah yang subur selain menanam pelbagai jenis tanaman.

Mereka juga mencipta habitat pelbagai di kawasan tanaman dan haiwan itu dijaga tanpa diberi sebarang dadah, antibiotik atau ubat cacing seperti yang selalu diberi kepada haiwan yang diternak.

Produk kosmetik yang selamat atau bersifat organik, tidak mengandungi sebarang paraben, pewangi tiruan, organisma ubahsuaian genetik (GMO), silikon, uji kaji ke atas haiwan, phthalates, nano, minyak mineral, asid ethylenediaminetetraacetic (EDTA), propylene glycol, carbomer, DEA, acylates atau butylated hydroxytoluene (BHT)

Jom baca pula peringatan dan amaran yang dikongsikan di sini

Kekeliruan Mengenai Kosmetik Semulajadi






Jadi, cari produk yang terjamin SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN seperti
 
 

 
 
Untuk maklumat lanjut sila
 
sms/whatsapp : izang 0199695787

 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!