Saturday, December 21, 2013

Muhasabah kesan dari banjir besar pantai timur Disember 2013


Beberapa petikan dari bloggers yang akak perolehi hasil dari random websurfing - kredit, kredit

" Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini."

" Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 22,040 orang malam ini berbanding 22,706 orang pada sebelah petang. "





Bagi mereka yang mengalami kesan banjir tersebut, diharapkan agar kita perbanyakkan sabar.. merenung diri, mengingati Allah dan bersyukur. Kenapa bersyukur? sebab apa yang berlaku ada hikmahnya.. kita mungkin belum nampak lagi hikmahnya tu sebab kita masih lagi dihambat rasa kesal dan sedih atas kemusnahan harta benda yang berlaku ekoran kejadian banjir tu kan..

Hakikatnya, kita wajib bersangka baik dengan Allah.. ujian ini yang terbaik Allah bagi... Kalau Allah bagi kat kita semua apa yang Allah bagi kat tempat lain tu macam taufan Katrina ke.. taufan Haiyan ke, mungkin ada anggota keluarga kita yang tak bersama ngan kita kan.. mungkin juga kita keseorangan kat dunia ni.. mungkin juga kita dah tak de kat dunia ni.. mungkin hanya anak kita sorang je yang ada.. banyak kemungkinan yang tak akan habis... jadi bersyukurlah..

Dan jom kita pandang ke depan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita selepas ini... segalanya milik Allah kan.. semoga apa yang Allah beri kepada kita dapat memberi kesedaran kepada kita semua sebagai makhluk Allah di mukabumi ni. betapa kerdilnya kita kan..

Akak terpanggil untuk berkongsi rasahati sebagai muhasabah diri kesan dari peristiwa banjir itu hari.

Pertamanya di penempatan banjir..Ni gambaran yang diperolehi di sini


Pusat pemindahan pun naik air!



Banyak bentuk Bantuan yang diperlukan.. seperti:
  • makanan dan air minuman
  • pampers bayi, wanita dan orang dewasa
  • kemudahan rapi diri - sikat, bedak bayi
  • peralatan perubatan - minyak angin, minyak gamat, cool fever
  • pakaian untuk semua golongan, tuala, seluar dalam lelaki/perempuan
  • sabun mandi, berus gigi, ubat gigi
  • selimut, tilam, tikar
  • beg /plastik sampah
  • tong sampah
  • barang permainan kanak-kanak
  • penyapu
  • selipar
  • kerusi malas buat golongan yang ada penyakit/warga emas

Alhamdulillah banyak bantuan yang datang dari segenap lapisan masyarakat yang prihatin dan dari segenap ceruk rantau.. semoga agihan bantuan dan sumbangan dibuat dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kepada yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan harta benda semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada anda sekeluarga.




Namun ada juga beberapa kes yang perlu diberi perhatian yang melibatkan aduan orang ramai.. harapnya kita juga jangan asyik mengadu je nakkan keselesaan tanpa mahu berkompromi dengan orang lain kan.. kena jugak pikir pasal orang ramai yang lain kan..


Aduan yang patut diberi perhatian
sini, kredit



  • kenderaan yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan dikatakan menjadi punca bantuan makanan tidak dapat disalurkan dengan lebih cepat ke destinasi yang diarahkan..


Gambar: DTR Ai ~ Keadaan di simpang 3 permatang badak. Kesian tdo di jejantas je

info & pic ~ mokhzani pielangbikers wazup group


  • Ada juga yang bersikap tamak dan tidak prihatin di atas kesulitan yang dialami orang lain. Orang macam ni memang ada di mana-mana. Sekurang-kurang Allah dah tunjukkan perangai busuk dia secara terang-terangan.. jadi next time kita beringat, tak payah berkawan dengan orang macam ni. Allah Maha Adil. orang tamak ada balasannya.



  • Bantuan yang ditunggu tak datang tapi Allah permudahkan juga urusan memindahkan pesakit jantung.



  • sesama sendiri pun ambik kesempatan.. pertolongan diberi mengharapkan bayaran. tiada lagi keikhlasan untuk mendapatkan pahala Allah.. masyaAllah.




  • tempat penempatan banjir bercampur lelaki dan perempuan.. jadi pengurusan pusat penempatan perlu lebih peka..


Bundaberg flood evacuation centre


Yang boleh dipraktikkan di pusat penempatan kita pada masa akan datang, 

  • penyediaan kemah - dengan adanya kemah ni, lebih privasi terutama mak2 yang menyusukan anak, yg ada anak dara

 kredit, kredit





  • mungkin juga boleh diletakkan kain buat pemisah di antara satu keluarga dengan 1 keluarga yang lain seperti di sini


FLOOD SURVIVORS. Residents affected by flooding due to heavy rains exacerbated by Tropical storm Maring (Trami) set up inside a basketball gym serving as an evacuation center in the town of Calumpit, Bulacan, August 22, 2013. Photo by AFP/Ted Aljibe
  • baju-baju sumbangan digantung dan ditunjukkan secara terang-terangan, kemas tergantung siap dengan hanger lagi untuk kemudahan mangsa banjir yang memerlukan. (foto di bawah kredit- kelab caknaalam UiTM Terengganu)


Displaying IMG-20131217-WA0007.jpg

dan bukannya dilonggokkan sambil orang-orang mencari dan memijak-mijak pakaian2 tu.




Seboleh mungkin kita mahu supaya kerajaan mempunyai pelan dan perancangan penempatan banjir yang lebih efisyen untuk keselesaan orang ramai.. mungkin kita cepat membandingkan tempat kita dengan di negara lain yang lebih maju seperti di Jepun atau di Thailand..

kredit

Jepun dan Thailand



Thailand


Selepas apa yang berlaku, akak pasti Majlis Keselamatan Negara akan lebih praktikal dalam mencari kaedah terbaik menguruskan permasalahan penempatan bencana alam.

Walaupun kita masih belum mampu untuk menguruskan kemudahan penempatan banjir secekap dan sebaik di negara lain, tapi BERSYUKURlah sebab kita LEBIH BAIK dari mereka yang berada di tempat lain

Evacuated flood-affected villagers sit with their animals as they travel to a safe place

BERSYUKUR kerana kita masih lagi selamat di bumi Allah ini


BERSYUKUR kerana kita masih ada KELUARGA di sisi 



Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar














Rujukan dan kredit gambar:
semua gambar perolehi hasil dari carian google image 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!