Kali ni akak nak kongsi isu mengenai produk pelangsingan badan ni.. meh kita.. (credit)
DALAM NEGERI
ARKIB : 23/02/2010
Produk pelangsing beracun
|
PETALING JAYA 22 Feb. - Produk makanan tambahan ini didakwa cukup baik untuk kesihatan kerana diperbuat daripada bahan-bahan berkhasiat seperti serbuk soya, strawberi, spirulina, barli dan campuran jus buah-buahan.
Pada masa sama, ia dikatakan berkesan untuk menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam dan menahan rasa lapar.
Disebabkan keistimewaan itu, produk tersebut mendapat permintaan tinggi di salon kecantikan dan pusat pelangsing badan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta negara jiran, Singapura.
Malah ramai pengguna dikatakan berpuas hati kerana produk berkenaan benar-benar berkesan untuk menurunkan berat badan.
Namun, mengejutkan apabila ujian dijalankan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengesahkan keadaan sebaliknya.
Produk yang didakwa berkhasiat itu sebenarnya boleh membawa maut kerana mengandungi sejenis kimia beracun iaitu 'sibutramine'.
Pengarah Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd. Hatta Ahmad berkata, 'sibutramine' berada dalam kelas ubat yang disebut sebagai perencat nafsu makan.
Katanya, bahan kimia itu bertindak pada otak dengan merencatkan pusat mengendalikan nafsu makan.
"Ia menyebabkan mereka yang mengambil produk itu hilang selera makan. 'Sibutramine' boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor kerana pengambilan tanpa mengikut dos dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.
"Antara kesan akibat pengambilan bahan kimia ini ialah badan menjadi lemah, denyutan jantung laju, sakit dada, sesak nafas, mual, sakit perut, muntah, keseronokan melampau, resah dan menjejaskan buah pinggang," katanya pada sidang akhbar di pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Mohd. Hatta berkata, menyedari produk itu membahayakan nyawa pengguna, pihaknya hari ini menjalankan serbuan serentak untuk merampas produk itu di lebih 50 salon kecantikan dan pusat pelangsing badan di seluruh negara.
Beliau berkata, serbuan di pejabat pengedarannya di sebuah pusat perniagaan di Subang Jaya dekat sini pada pukul 11.40 pagi ini, berjaya merampas 7,441 kotak produk tersebut bernilai RM1.5 juta.
Katanya, serbuan di tempat-tempat lain tempat pula membawa kepada rampasan produk yang sama bernilai RM500,000.
Tambahnya, kesemua produk tersebut diambil dari sebuah kilang di Mergong, Kedah, untuk diedarkan kepada 303 stokis syarikat berkenaan.
"Syarikat pengedar mendapat keuntungan besar daripada penjualan produk ini kerana setiap satu kotak dibeli pada harga RM30 dari kilang dan dijual dengan harga RM200 untuk pasaran Semenanjung serta RM220 di Sabah dan Sarawak," katanya.
Katanya, syarikat itu didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang membawa hukuman denda RM50,000 bagi kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.
NP Trimz
KUALA LUMPUR: NP Trimz, sejenis produk makanan kesihatan yang didakwa mampu merampingkan badan dalam tempoh 10 hari sebenarnya membuat 'janji maut' apabila disahkan bercampur dengan racun sibutramin yang pernah meragut tiga nyawa pengguna wanita, sebelum ini.
Produk itu yang banyak dijual di negara ini, Singapura dan Brunei didapati dicampur sibutramin secara haram oleh pengilang di Sungai Lalang, Semenyih tanpa pengetahuan pembekal dan pengguna.
Lebih mengejutkan apabila pengilang sengaja mengaburi pengguna dengan mendakwa produk itu hanya diperbuat daripada kandungan protein soya, beta karotin, vitamin B komplek, asid folik dan kalsium.
Tindakan pengilang itu terbongkar selepas Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan melakukan lebih tiga ujian makmal bagi mengesahkan produk terbabit mengandungi bahan beracun.
Berdasarkan ujian makmal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), produk terbabit dikesan positif mengandungi bahan racun berjadual, sibutramin yang pernah membunuh tiga pengguna.
Pagi semalam, serbuan besar-besaran dilakukan di seluruh negara membabitkan kilang, syarikat pengedar, rumah milik pengilang dan stokis produk terbabit oleh bahagian berkenaan.
Operasi turut disertai Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah Abdul Rahman.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Datuk Che Mohd Zin Che Awang, berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan itu untuk kepentingan orang ramai selepas mendapat pengesahan BPFK.
Beliau yang ditemui Harian Metro selepas operasi semalam, berkata operasi lebih 100 pegawai penguat kuasa farmasi merampas ratusan kotak produk itu yang dianggarkan bernilai hampir RM6 juta.
Malah, kami turut menemui 14 tong berisi sibutramin di kilang di Semenyih, dianggarkan seberat lebih 100 kilogram. Kimia berbahaya itu disyaki diseludup dari China atau India," katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati setiap tong putih terbabit mempunyai pelekat khas dengan tulisan serbuk perisa jagung, kopi dan vanila, dipercayai untuk mengaburi pihak berkuasa.
Siasatan mendapati produk yang didakwa dihasilkan melalui bio teknologi itu dijual meluas melalui salun kecantikan.
Biasanya ia dijual sekali bersama kapsul pemecah lemak, namun hanya produk berbentuk serbuk dalam paket yang didapati mengandungi kimia sibutramin.
Che Mohd Zin berkata produk itu yang diiklankan secara agresif melalui media mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna.
"Ia dijual secara berkembar pada harga RM70. Biasanya pengguna yang ingin mengurus atau mengawal berat badan diminta mencampurkan serbuk terbabit bersama air sebelum diminum selepas sarapan pagi.
"Apa yang pasti tindakan pengilang mencampurkan bahan kimia itu dengan bahan asing lain sebelum dijual sebagai makanan kesihatan adalah melampau dan keterlaluan. Tindakan itu jelas boleh mengancam nyawa pengguna yang naif berhubung perkara ini," katanya.
Sementara itu, wartawan Harian Metro yang menyertai operasi pegawai penguat kuasa farmasi Cawangan Wilayah Persekutuan itui turut menyerbu sebuah premis di Jalan Bandar di sini, yang dijadikan pusat pengedaran produk berkenaan.
Dalam serbuan itu, 10 pegawai farmasi menemui lebih 157 kotak produk terbabit yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.
"Apa yang terkandung di dalam serbuk produk menguruskan badan itu tidak jauh bezanya dengan pil pelangsing Kintop dari China yang diharamkan awal tahun ini.
"Sehubungan itu, orang ramai perlu berhenti menggunakan produk menguruskan badan itu kerana ia terbukti mengandungi racun.
"Dengan bukti ini, kami akan mendakwa syarikat dan pengilang produk terbabit mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.
Mengikut akta itu, mereka yang bersalah boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya manakala Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 memperuntukkan denda tidak lebih RM25,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-dua untuk kesalahan pertama.
Mohd Zin berkata, mereka yang mengalami komplikasi akibat pengambilan ubat itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin serta menyerahkan baki sampel kepada doktor yang merawat mereka.
Katanya, penggunaan sibutramin tidak dibenarkan dalam ubat tradisional kerana boleh membawa kesan sampingan jika digunakan tanpa nasihat doktor.
Menurutnya, kebanyakan kapsul pelangsing mengandungi bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala.

Serbuk sewel kurus badan
Serbuk sewel kurus badan - Harian Metro, 2 Jun 2009
KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan mengesan satu produk menguruskan badan yang boleh mendedahkan pengguna wanita kepada risiko gila berikutan penemuan bahan kimia berbahaya sibutramine atau digelar ‘serbuk sewel’.
Produk terbabit yang didakwa mampu membersihkan tubuh daripada toksik selain membakar lemak dikesan sengaja dicampur bahan kimia terlarang itu bagi memastikan pelanggan memperoleh perubahan pantas.
Dijual dengan harga lebih RM60 sekotak, ia berselindung di sebalik kandungan protein soya, beras dan ekstrak teh hijau untuk memperdaya pengguna yang membeli produk terbabit.
Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan berkata, resipi sulit dalam produk melangsingkan tubuh itu dikesan selepas pihaknya menjalankan siasatan kandungannya, baru-baru ini.
Menurutnya, hasil ujian makmal di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, produk berkenaan mengandungi kimia berbahaya sibutramine tanpa pengetahuan pengguna.
“Hasil ujian makmal itu, kami melakukan serbuan serentak jam 11.30 pagi semalam di pusat penjualan dan stokis syarikat yang dikesan menjual produk itu di ibu kota, Pahang, Selangor dan Terengganu sejak beberapa bulan lalu.
“Di ibu pejabat syarikat itu di sini lebih 1,700 kotak produk terbabit dirampas.
“Hasil serbuan sama, lebih 50 pegawai penguat kuasa farmasi terbabit dengan serbuan itu merampas 53 kotak di Pahang dan 43 kotak di Selangor.
“Semua produk yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM150,000. Sepanjang operasi terbabit, kami tidak mendapat sebarang tentangan,” katanya.
Berdasarkan siasatan, pihak pengedar produk terbabit mengelirukan pengguna apabila memberitahu kononnya kandungan serbuk menguruskan badan itu diperbuat daripada susu soya, beras, herba dan ekstrak teh hijau.
Beliau berkata, agak aneh apabila produk serbuk mengandungi kimia terlarang itu turut didakwa boleh menyembuhkan pelbagai sakit puan.
Jurucakap itu berkata, ubat yang mengandungi sibutramine hanya boleh dibekal doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor kerana penggunaan tanpa pengawasan doktor tidak selamat.
Penggunaan ubat yang mengandungi sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti tekanan darah dan kesan kardiovaskular lain.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengingatkan penjualan, pemilikan untuk penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.
Individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
sumber: http://www.hmetro.com.my
Jadi jom kita semua berhati-hati.. demi keselamatan dan kesihatan kita sendiri.
Mari kita didik diri kita dengan ilmu pengetahuan agar kita dapat bezakan apa yang sesuai dengan kesihatan kita.. yang tidak sihat kita abaikan ye.
INGAT! Cari produk yang terjamin SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN seperti
Untuk maklumat lanjut sila
sms/whatsapp : izang 0199695787
emel : izangganu@gmail.com
No comments:
Post a Comment