Saturday, October 11, 2014

Kasih sayang keluarga di saat kita kecemasan...

Masa kat sepital Hulu Terengganu, adik lelaki akak yg accident tu dah dibawa masuk ke dalam wad kecemasan dah.. yg menemaninya adalah 3 org lagi adik akak iaitu 2 perempuan dan sorang lelaki.

Kedua-dua adik perempuan dah menangis dah.. yelah adik bongsu... cuma masa malam kejadian tu kami belum maklumkan kepada mak. Kebetulan masa tu mak belum balik dari surau jadi.. dah pesan kat adik yg jaga rumah.. bagitau yg adik hanya jatuh motor sket je.. bukan apa.. takut jugak kalau mak terkejut ke.. sakit jantung ke.. pengsan ke.. lagi haru..

Pagi esoknya barulah bgtau perkara sebenar kat mak.. itupun bila adik dah dipindahkan ke hospital HSNZ... matanya banyak berdarah jadi dihantar ke HSNZ supaya pakar mata dapat jahit...aduhai..

Ari ni akak balik tengok adik.. matanya memang alahai ngeri la jugak tengok.. dan dia pulak dok risau pasal final ni... lepas deepavali ni student poli final..

Kami risau la jugak sbb skrg ni dia tak boleh baca tulisan kecik.. alahai..

Esok akak nak call penasihat akademik beliau.. tanya SOP..

Cumanya akak bersyukur kerana adik beradik saling membantu dan memberi sokongan yg tak berbelah bagi.. syukur ya Allah.

Friday, October 10, 2014

Kemalangan jalan raya... di hiway yang dikatakan...

Semalam akak dapat berita sedih dari adik akak memberitahu perihal kemalangan yang dialami oleh adik lelaki akak.. adik lelaki akak ni sedang dalam perjalanan balik ke rumah.. dari kemaman.. dan melalui hiway yg baru siap...

Adik akak tumpang kereta kawannya.. kawannya yg pandu kereta..

Masa kejadian tu adik akak sedang tidur.. sedar2 dah terhantuk..

Dan diceritakan yg mereka memotong sebuah kereta dan memasuki lorong sebelum merempuh belakang lori... aduiii...

Dan di tempat yg lebih kurang sama juga dikatakan sentiasa berlaku kemalangan.. tak tau lah..

Kawannya agak teruk jugak.. patah sana sini.. aduhai.. dan adik akak lak matanya bermasalah.. tak taulah.. mungkin kena kaca ke.. aduhai.
Tadi masa berjalan pun dia terhoyong hayang.. tak tau lah..  doktor akan buat followup checkup nak check kepala lagi.. aduuii..

Nak wak macamana.. kena redha.. di semua ketentuan Allah.. syukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan beramal di dunia ni..

Thursday, October 9, 2014

Bila ada kematian..

Ari ni akak g menziarahi keluarga pak sedara abe nik yg baru sahaja meninggal dunia..

Masa akak pegi tadi van jenazah baru sahaja tiba..

Dan akak ngan abe nik sempat juga membaca surah yasin dan menghadiahkan kpd arwah. Semoga Allah menempatkan arwah dlm golongan mereka yg beriman dan beramal soleh.

Di sini juga akak dan pesan kpd ahli keluarga saudara dan sahabat handai yg menghadiri sesebuah majlis kematian..

1. SILENCE kan handphone.. tak manis rasanya bacaan yasin diiringi dgn deringan bunyi telefon yg pelbagai rentak dan lagu..

2. Elakkan bermain2 dgn telefon anda.. semua tahu anda sibuk tapi peruntukkanlah 5 minit dari masa anda utk membaca ayat-ayat quran dan muhasabah dir..

3. Elakkan dari bercakap-cakap kosong dan bersembang sehingga mengganggu keselesaan mereka di sekeliling..

4. Dan sekiranya anda merupakan anak2 kepada simati.. maka tunjukkan contoh yg baik kpd mereka yg berada di situ.. jgn harapkan orang lain melakukan apa yg sepatutnya anda lakukan..

Hmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...