Saturday, January 3, 2015

Pos laju ... dan banjir... pos laju jadi tak laju hehe

Mggu lepas akak ode tudung.. so akak dimaklumkan yg tudung tu dah dipos hari jumaat.. pos dari KL..

Dan ari jumaat semalam baru sampai.. itu pun sebenarnya akak dpt kad je.. sebab akak xde kat umah masa tu.. ni belum ambik lagi.. esok ahad baru nak g ambik..

So kira betul-betul 1 minggu lah pos laju ni.. dari KL ke Dungun..

Tapi no hal lah.. kenapa? Sebab akak faham.. banjir kan.. jalan naik air.. ada jalan yang pecah.. terputus hubungan terus pun ada.. mana-mana pun nampak air..

Ni dah kira ok lah.. dah sampai kan.. alhamdulillah..

Terima kasih kepada kakitangan perkhidmatan pos dan kurier yang sentiasa berusaha melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan amanah pelanggan dengan begitu komited sekali.

Friday, January 2, 2015

Citer dari kuala krai..

Tersentuh hati bila baca citer yang dikongsi oleh sorang kawan..

Sememangnya terlalu banyak kisah duka yang dipaparkan rentetan peristiwa bencana banjir luarbiasa ke pantai timur 2 minggu lepas..

Ya Allah, apa pun yang Kau berikan, kami redha dan apa pun kesulitan kami kami mohon Kau permudahkan. Kau hilangkanlah kedukaan kami dan Kau gantikanlah kedukaan kami dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Amin.

Thursday, January 1, 2015

Tahun Baru Azam Baru Semangat Baru..

Hari ni hari pertama dalam tahun 2015.

Sempena kita dah berada di tahun baru ni semestinya kita pun kena buat banyak perancangan supaya tahun 2015 ni menjanjikan seribu macam ruang dan peluang buat kita.

Tahun 2014 telah pergi meninggalkan kita dengan seribu macam pengajaran dan peringatan buat kita.

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur di atas peluang yang telah Allah berikan kepada kita hari ni di tahun baru ini. Sama-sama kita ambil peluang mendekatkan diri kepada Allah, muhasabah diri dan bersihkan hati kerana hidup ini milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh memanggil kita kembali kepadaNya.

Sama-sama kita meneruskan kehidupan seharian kita dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam sedaya upaya mungkin, semoga segala amalan kita diterima Allah dan dijanjikan pahala yang membawa ke syurgaNya. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...