Thursday, March 3, 2016

Rumah sewa berkonsep minimalis

Dah hampir 1 minggu akak duduk kat rumah sewa ni.. memang bawak keperluan asas je.. baju.. meja dan kerusi  workstation akak.. dan computing devices.. memang konsep minimalis la.. hehe..

Semalam abe nik dah bawak astro dah dari dungun.. poksu amir yang tolong cabut antenanya..

Jadi bayangkan seminggu tanpa tv.. mati kutu jugak.. hihi... terlepas lak nak nengok kilauan emas ngan tundukkan playboy itu.. hehe

Tapi bila pasang balik kat sini tak dapat la pulak.. bukan boleh pindah gitu aje.. siap ada kena masukkan nombor pin la..huhu..
Sudahnya kena la call astro.. dan sekarang ni tengah tunggu technician datang pasang..

Memang keboringan tahap gaban la abe nik...  lepas baca surat khabar ni nak g pasang tali jemuran kat belakang dapur.. bertukang sini sket sana sket.. buat pengubat boring.. haha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!