Friday, November 4, 2016

Rakyat Malaysia kaki makan dan kuat membazir

Ye ke?

Hmmmm.... subjektif sangat la isu ni.

Bagi kami kat kampung memang tak de pembaziran makanan. Kenapa? Ai.. kami ada bela ayam kampung. Jadi makanan yang tak habis diberi kepada ayam-ayam tu... licin lah.. so tak de la membazir.

Apa pun, di peringkat diri kita sendiri, kita cuba didik diri supaya prihatin dengan isu pembaziran makanan ni.

Syukuri nikmat Tuhan. Bersederhana dalam kehidupan.

Wednesday, November 2, 2016

Pandangan depan rumah.. sebelum dan selepas

Sebelum dan selepas.

Sebelum dicat dan dipasang gril.

Bilik tuisyen belum siap lagi nih.. slowly slowly.. hehe

Tuesday, November 1, 2016

Jangka hayat rakyat Malaysia meningkat

Harian Metro 1/11/2016

Rakyat kita dijangka hidup lebih lama.

Secara puratanya kita dapat hidup sehingga umur 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 pada tahun 2000.

Kalau sebelum ni jangkaan hayat ialah setakat umur 65 tahun sekarang ni dah bertambah lah 14.9 tahun lagi pada tahun 2016.

Hmm....kadang-kadang kita rasakan kita akan sentiasa hidup kan... tidak akan mati  kan..

Tapi itulah.... apalah gunanya hidup sampai 100 tahun andai kita mengabaikan tanggungjawab kita kan.. tanggungjawab terhadap Allah, terhadap ibubapa.. keluarga..agama..  bangsa.. tanahair...

Sama-sama muhasabah diri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...