Anda berkemungkinan menghidap gangguan hormon tiroksin? Adakah anda mempunyai benjolan seperti ini? Kalau ye, anda menghidap hipotiroid maka anda perlu membaca sehingga ke akhir entri ini.
Terdapat 2 jenis gangguan tiroid iaitu hipotiroid dan hipertiroid. Bagaimana untuk memastikan anda tergolong dalam golongan mana satu? Anda mestilah membuat ujian darah dan doktor akan merumuskan samada anda berada di dalam golongan yang menghidap hipertiroid atau hipotiroid.
Entri kali ini adalah mengenai penyakit hipotiroid iaitu satu keadaan di mana badan kekurangan hormon tiroksin.
Sebagai seorang pesakit hipotiroid, kak izang mempunyai pengalaman tersendiri dalam hal ehwal rawatan hipotiroid ni. Kak izang dah pun menjalani pembedahan buang hormon tiroksin sebelum ini dan sekarang ni bergantung kepada pil hormon tiroksin sintetik yang perlu diambil sebiji setiap hari selama hayat dikandung badan.
Jadi, kak izang boleh memberi nasihat dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan korang apabila melibatkan hipotiroid ni.
Dikatakan juga bahawa golongan wanita lebih berisiko menghidap penyakit berkaitan gangguan tiroid ni.
Sebagai pesakit hipotiroid, memang kita perlu menganalisa sendiri badan kita. Untuk memastikan keperluan nutrisi mencukupi. Sebab tu kena lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap 3 atau 6 bulan sekali. Untuk semak samada keperluan nutrisi badan kita ni cukup ke tidak.
Jadi pengambilan suplemen vitamin dan mineral sangat penting untuk menampung kekurangan nutrisi badan. Ada banyak suplemen yang dapat membantu pesakit hipotiroid. Pengambilan suplemen dapat membantu pesakit menangani gangguan hormon tiroid yang dapat menyebabkan penyakit auto-imun dan keradangan.
Bagi pesakit hipotiroid, suplemen yang dapat membantu mengekalkan keperluan nutrisi badan ialah:
- Vivix: membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
- Vitalea: membekalkan multivitamin lengkap kepada pesakit. Merupakan sumber iodin (punca hipotiroid dikaitkan dengan kekurangan iodin). Vitalea menambahkan keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif), membantu penghasilan tiroksin T4 (hormon tiroid tidak aktif) dan proses penukaran T4 kepada T3
- Vita E: mengandungi selenium semulajadi yang membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipertiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vita e membantu mengurangkan antibodi ini. Vita E juga membantu memerangi radikal bebas.
- Vita C: menyokong sistem imun kepada pesakit hipotiroid
- Bcomplex: berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- Ostematrix: Vitamin D membantu dalam rawatan penyakit berkaitan auto-imun.
Apa akan jadi sekiranya hipotiroid ini dibiarkan?
Sekiranya dibiarkan, risiko yang dihadapi pesakit ialah seperti berikut:
1) pesakit boleh koma disebabkan kadar hormon tiroksin yang terlampau rendah
2) penyakit jantung, lemah fikiran, masalah kesuburan dan masalah saraf
3) kanser tiroid
4) kematian
Jadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera!
No comments:
Post a Comment