Showing posts sorted by relevance for query tiroid. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query tiroid. Sort by date Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

Kanser Tiroid: Punca Wanita Sedang Hamil Ini Meninggal Dunia

Semalam dikejutkan dengan berita kematian seorang isteri yang sedang mengandung 3 bulan, anak sulung.. telah meninggal dunia akibat kanser tiroid. Sebelum ni tak ada sakit apa.. tapi akhirnya bila doktor check, kanser dah merebak banyak.. dah tahap kritikal dah.. akhirnya membawa maut.




Kita turut berdukacita. Semoga Allah mengampunkan dan menempatkan arwah di dalam golongan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.


Masa akak mula-mula check tiroid kat hospital, doktor ada bagitau, jika tidak dirawat, pesakit tiroid berkemungkinan mendapat kanser tiroid. Memang menakutkan.. kanser kot.. kita dengar kan.. kanser ni .. sel-sel kanser kejap je membiak.. merebak.. sedar sedar.. dah rosak semua sel..


Apakah Kanser Tiroid


  • Kanser tiroid bermula apabila sel kelenjar tiroid menjadi tidak normal, membesar tanpa kawalan, dan membentuk jisim tisu yang dinamai ketumbuhan atau tumor.
Disenaraikan di bawah ini adalah beberapa faktor yang mungkin meningkatkan risiko kanser tiroid, namun tiada siapa yang tahu akan penyebab sebenar kanser tiroid.
  • Terdedah kepada sinaran: Individu yang terdedah kepada aras sinaran yang tinggi dijangka lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid daripada individu lain. Satu sumber sinaran yang penting ialah rawatan yang menggunakan sinar-X. Misalnya, seseorang yang selalu menggunakan sinar-X secara diagnostik walaupun dengan dos sinaran yang rendah, meningkatkan risiko mengalami kanser tiroid.
  • Jantina: Perempuan lebih terjejas dengan kanser tiroid daripada lelaki. Di Semenanjung Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Statistik Kanser Malaysia - Data dan Angka, Semenanjung Malaysia, 2006, perempuan adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid berbanding lelaki.
  • Keturunan: Jenis kanser tiroid tertentu mungkin diwarisi.
  • Umur: Kanser tiroid boleh berlaku pada mana-mana kumpulan umur, tetapi lebih cenderung selepas usia 30 tahun, dan risiko meningkat pada individu yang lebih tua.
  • Iodin tidak mencukupi dalam diet: Kelenjar tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Kita boleh mengurangkan risiko jika iodin dijadikan salah satu daripada ramuan makanan kita. Makanan laut ialah contoh makanan yang mengandungi iodin.
  • Sejarah goiter pada diri atau keluarga: Goiter ialah nodul benigna (tumor bukan-kanser) tiroid. Individu yang mengalami goiter berkemungkinan mengalami kanser tiroid.
Jika seseorang mempunyai satu faktor risiko atau lebih, ini tidak bermakna bahawa dia akan mendapat kanser tiroid. Kebanyakan individu yang mempunyai beberapa faktor risiko tidak mengalami kanser tiroid. Walau bagaimanapun, yang jelasnya ialah kanser tiroid tidak berjangkit.
Simptom 

Sumber Sumber
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;
  • Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
  • Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
  • Nodus limfa bengkak terutama di leher.
  • Sukar menelan atau bernafas
  • Sakit pada tekak atau leher.
Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.


Akak pun dah buat rawatan buang tiroid ni. Akak ada hypotiroid. Dan sekarang ni bergantung sepenuhnya dengan sintetik hormon tiroid. 

Yang penting sekarang ni kan.. kita wanita kan.. kena pergi buat medical checkup. Kalau ada yang tak pernah buat tu, pergilah buat.. baru boleh tahu apa-apa yang tak kena dalam sistem badan kita.




Yang sedang mencari rawatan alternatif untuk kanser, boleh usahakan dengan amalkan Vivix Shaklee. Antioksidan dalam Vivix mampu menghalang sel kanser dari merebak.



Berusahalah demi kesihatan yang lebih baik supaya kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih tenang. Dengan kesihatan yang lebih baik, insyaAllah kita dapat beribadah dengan lebih sempurna.

019-9695787


Monday, November 12, 2018

Bahaya kekurangan CoQ ke atas pesakit tiroid!

Sebut je pasal tiroid, semua dah boleh bayangkan pasal bengkak kat leher kan.. sebenarnya tiroid ni lebih dari itu.. ada banyak jenis penyakit dan simptom yang berkaitan dengan gangguan tiroid ni.

Yang paling kerap dibincangkan ialah 2 kategori besar jenis gangguan tiroid ni iaitu:
1) hipotiroid
2) hipertiroid

Mereka yang mengalami gangguan tiroid ni bukan setakat orang dewasa malah kanak-kanak juga terdedah kepada risiko yang sama. Simptom gangguan tiroid ada pelbagai. Sekiranya anda ada mengalami simptom yang tersenarai, cepat-cepat berjumpa doktor.

Kesan gangguan tiroid juga pelbagai yang memberi impak kepada kesihatan badan kita secara perlahan-lahan.




Mereka yang mengalami simptom gangguan tiroid seperti di atas dinasihatkan mendapatkan rawatan segera. Jangan dibiarkan tanpa rawatan kerana dalam kes-kes tertentu akan mengakibatkan kanser tiroid yang boleh membawa maut.


KEPENTINGAN MENGAMBIL SUPLEMEN

Bagi pesakit tiroid, sangatlah penting untuk anda mengambil suplemen bagi mencukupkan nutrisi keperluan badan.

Entri kali ni kak izang nak berkongsi tentang kepentingan pesakit tiroid macam kak izang untuk mengambil suplemen CoQ10.


NASIHAT KEPADA PESAKIT HIPERTIROID

Terutamanya kepada pesakit hipertiroid, kajian menunjukkan pesakit hipertiroid terdedah kepada risiko sakit jantung disebabkan kekurangan kadar serum CoQ dalam badan. Pengambilan suplemen CoQ ke atas sample kajian menunjukkan kesan positif. Jadi pesakit hipertiroid sangat disarankan untuk mengambil CoQ. 

Bagi pesakit hipotiriod, kadar CoQ mereka adalah lebih tinggi. Kenapa pesakit hipertiroid mempunyai kadar CoQ yang kurang? Penjelasan berikut diberikan oleh Dr Sinatra,

"If a woman is hyperthyroid, this can be a disaster, because, in hyperthyroidism, a hyperactive thyroid gland can burn up all the CoQ10 in the body. The metabolism is so high that CoQ10 is stolen away from the heart. When this happens, the woman can go into heart failure. Many times I have seen a hyperthyroid storm in a woman associated with heart failure. We didn't understand why women got heart failure and hyperthyroidism at the same time. We used to think it was a virus, but now we know the hyperthyroidism takes away the CoQ10."

Maksudnya ialah bagi pesakit hipertiroid, kadar metabolisma mereka sangat tinggi yang menyebabkan keperluan CoQ dibuang sehingga tidak dapat digunakan oleh jantung. Sebab itulah kadar CoQ sangat-sangat rendah bagi pesakit hipertiroid ni. Sedangkan jantung perlukan CoQ ini. 


Apa itu CoQ?

CoQ adalah nutrien yang larut lemak yang dihasilkan di dalam badan dan terdapat dalam semua sel. Nutrien ini terdapat dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan sejumlah besar tenaga selular, seperti jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas.

CoQ10 adalah penting kepada trilion sel dalam badan yang mesti membuat tenaga mereka sendiri untuk bertahan hidup. Untuk membuat tenaga, sel-sel membakar gula dan lemak yang berasal dari makanan yang kita makan.
Nutrien ini dipecahkan dan dibawa melalui jalur penghasil tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini berlaku berulang kali setiap saat dan bahan api yang anda leburkan jantung dan organ badan lain yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan.
Tanpa CoQ10, sel-sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. CoQ10 juga dikenali kerana aktiviti antioksidan yang kuat, melindungi membran sel daripada radikal bebas.
Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL). Ini sangat penting kerana ia membantu menggalakkan fungsi saluran darah, termasuk mereka yang mengangkut darah ke jantung.


Kenapa Pentingnya CoQ ni?

Pakar, Dr Jamie McManus mencadangkan pengambilan CoQ-Trol untuk kesihatan jantung. 






Tiroid dan CoQ

Memandangkan lebih ramai wanita yang mengalami gangguan tiroid, pakar menyarankan supaya kaum wanita lebih bertanggungjawab dalam menjaga jantung mereka. Justeru, pakar menasihatkan supaya mereka yang mengalami gangguan tiroid supaya mengambil suplemen CoQ bagi mencukupkan nutrisi keperluan badan.

Banyak testimoni tentang pengambilan CoQ ini yang sangat positif. Di samping penyakit jantung, CoQ mampu dalam rawatan kekejangan otot, migrain, kesuburan lelaki dan juga rawatan kanser.


Dengan pelbagai pilihan suplemen CoQ yang ada di pasaran, mana satukah pilihan anda?

Menurut pakar  setiap brand suplemen mempunyai bahan-bahan yang berbeza serta kelebihan yang berbeza.


CoQ-Trol Plus dari Shaklee

Kak izang memilih CoQ0Trol Plus dari Shaklee. 


Inilah dia CoQ-Trol Plus dari Shaklee.



Nasihat dari pakar

"Mereka yang mengalami gangguan tiroid tidak perlu berasa terbeban dengan cabaran lemah tenaga dan depresi. Diet yang betul, ubatan tiroid dan suplemen yang lengkap akan mengurangkan simptom penyakit dan menstabilkan hormon serta mewujudkan metabolisma yang sihat."

Jadi kepada mereka yang sedang mengalami gangguan tiroid, samada hipotiroid atau hipertiroid, segera amalkan CoQ-Trol Plus untuk kesihatan jantung. Jangan dibiarkan.

Hubungi kak izang 019-9695787 untuk pertanyaan atau ode produk.





Thursday, January 9, 2014

Petanda ada penyakit tiroid - Wanita Khasnya - Pastikan Anda Baca ni!

Kekadang kita tak tahu pun apa simptom tiroid ni.. biasanya kalu yang jelas kelihatan benjolan kat leher tu kita akan senang nak meneka.. 

tapi tiroid ni ada 2 jenis:

  • hypo tiroid
  • hyper tiroid

Jangan tak tau, walaupun tak nampak benjolan kat leher, kemungkinan besar ada yang mengalami tiroid.


Ni ada satu maklumat yang akak rasa boleh membantu kita mengenal simpton atau petanda samada tubuh kita mengalami tanda-tanda awal tiroid atau tidak. Sumber




Macamana? Ada tak tanda-tanda nya?

TAK ADA? Alhamdulillah.

ADA? Masih di peringkat awal kan. Jangan bimbang. Tarik nafas.. hembus... tarik nafas.. hembus..

Pikirkan penyelesaian. Ada beberapa cara:
  • Berjumpa dengan doktor yang pakar dalam hal ehwal tiroid
  • pada masa yang sama mula mengamalkan pemakanan yang mampu menyembuhkan tiroid ni. Ada ke?

Ada. Suplemen Shaklee mendapat liputan yang meluas dan mampu memberi kesan yang positif kepada pesakit tiroid. Buktinya? Boleh baca maklumat lanjut di link yang akak sediakan.

Senarai nama suplemen shaklee yang diamalkan oleh pesakit tiroid













Jadi, apa tunggu lagi?

Nak tunggu lama lagi?



Sebagai seseorang yang mengalami tiroid dan pernah menjalani pembedahan tiroid, akak berkongsi pengalaman akak dengan korang. 

Dan akak nak nasihatkan korang semua supaya


Pilihan di tangan kita. 




Sunday, October 14, 2018

Hipotiroid: Penyebab, Gejala dan Rawatan

Bila anda disahkan mengalami hipotiroid, memang akan datang bermacam-macam perasaan.. mungkin juga anda akan tertanya-tanya bagaimana mungkin anda boleh mengalami hipotiroid ni..kan.

Jom tengok apa itu hipotiroid.



Apa itu Hipotiroid?

Hipotiroid atau thyroiditis atau pembengkakan tiroid. Ianya adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. Pengeluaran hormon tiroid akan berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.
15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit hipotiroidisme. Penyakit ini adalah 2 kali ganda lebih kerap di kalangan kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.


Gejala Hipotiroid
Antara tanda-tanda orang yang menghidapi Tiroid jenis “Hipotiroidism” adalah
  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan, Walau melakukan berbagai jenis senaman
  • Penambahan berat badan, Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor Genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus
  • Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi
  • Masalah capal dan tendonitis


Gejala hipotiroid diakui oleh pakar iaitu Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin.
Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ramai tidak menyedari mereka sebenarnya sakit dan mengalami masalah gangguan kelenjar tiroid tidak aktif, hipotirodisme.
Katanya, ini berikutan gejala sering dialami pesakit hipotiroidisme hampir sama dengan gejala penyakit lain seperti kegemukan, kemurungan, keresahan terlampau, menggeletar dan sakit sendi.
"Biasanya orang menganggap gejala tiroid sebagai kesan daripada tekanan, gaya hidup tidak sihat atau penuaan.
"Wanita misalnya, beranggapan masalah dihadapi disebabkan perubahan hormon dan emosi. Bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita biasanya lebih mudah mendapat serangan hipotiroidsme dengan satu daripada lapan wanita berisiko menghidap masalah kelenjar tiroid tidak aktif itu," katanya.
Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih 300 juta orang di seluruh dunia mempunyai masalah gangguan tiroid dan tidak mendapatkan rawatan berikutan menganggapnya sebagai masalah biasa. 


Dalam kes-kes tertentu, pembedahan terpaksa dilakukan bagi merawat kes yang kronik berkaitan hipotiroid ini.



Mereka yang mempunyai masalah hipotiroidisme perlu mengambil hormon tiroid untuk mengganti hormon yang tidak lagi dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Rawatan yang biasa membabitkan pengambilan pil hormon tiroid sintetik dikenali levothyroxine (L-Thyroxine) sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor.
“Rawatan ini berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan gejala hipotiroidisme dengan mengembalikan tahap hormon yang mencukupi, tetapi ia perlu diteruskan untuk sepanjang hayat. Namun, dos pengambilan diperlukan mungkin berubah dan pesakit perlu melakukan pemeriksaan paras TSH secara berkala.


Hipotiroid yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
  1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
  2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
  3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
  4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
  5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
  6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Bagi merawat hipotiroid, beberapa panduan diberikan oleh Dr Axe.




Bagi pesakit hipotiroid seperti kak izang, jom jaga diri! Jaga Pemakanan! Jaga Kesihatan!

Kesihatan Kita Tanggungjawab Kita!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...