Wednesday, April 1, 2020

Alhamdullah  Dah sampai frying pan set yang akak ode dari Go Shop.

Khas untuk Chef Durra.

Semoga Chef Durra akan terus bersemangat untuk bereksperimentasi dengan masakannya.



Tuesday, January 21, 2020

Fibroid boleh dirawat dengan pengambilan suplemen nutrisi dan herba


Dapatan dari kajian di bawah menyatakan:

FIBROID BOLEH DIHILANGKAN SEPENUHNYA 

dengan pengambilan suplemen nutrisi dan herba.

9.4% dari 350 orang wanita berjaya menghilangkan fibroid dengan mengamalkan suplemen nutrisi manakala 3.1% menggunakan herba.







Rujukan:

https://www.researchgate.net/publication/281811452_Community_Based_management_of_Fibroids_using_Nutritional_and_Herbal_Supplements


Saturday, January 18, 2020

Makanan yang perlu dielakkan oleh wanita yang ada fibroid

Image result for never eat this

Bagi wanita yang ada masalah fibroid, mereka perlu mengetahui diet pemakanan yang betul. Apa yang perlu dielakkan dan apa yang perlu dimakan untuk membantu mengecutkan fibroid.

Sekiranya makanan yang dimakan dapat menyuburkan lagi dan membesarkan lagi fibroid seharusnya makanan tersebut perlu dielakkan.

Berikut adalah makanan/minuman yang perlu dielakkan.


❌ Elakkan produk tenusu
❌ Daging merah
❌ Roti putih, pasta dan kentang
❌ Kopi


Produk tenusu mengandungi hormon sintetik estrogen yang diberikan kepada lembu untuk membantu pembesaran. Sebagai gantinya, anda boleh beralih kepada susu kambing.

Daging merah perlu dielakkan kerana lembu disuntik dengan antibiotik dan ada yang turut diberi makan soya.

Roti putih, pasta dan kentang mengandungi karbohidrat. Sama seperti pengambilan gula. Ianya akan menyebabkan kadar insulin meningkat seterusnya membawa kepada kandungan gula dalam darah yang tidak seimbang.

Kandungan caffeine menyebabkan gangguan kepada hormon estrogen menjadikannya tidak seimbang.

Rujukan:

https://www.floliving.com/the-worst-foods-for-fibriods/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!