Showing posts sorted by relevance for query kebas kaki tangan. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kebas kaki tangan. Sort by date Show all posts

Saturday, February 8, 2014

Apabila tangan dan kaki kebas serta mudah nak kena muscle cramp...

2-3 hari ni tangan dan kaki akak rasa kebas sana sini..



dan hari ni tadi masa breakfast tadi tiba-tiba je kaki kiri kena muscle cramp jap.. mujo lah cepat2 akak luruskan dan urut betis.. kurang la sket sakit..

Mungkin ada pembaca yang belum tahu yang akak sebelum ni pernah buat operation buang kelenjar tiroid. Dan bagi mereka yang pernah buang kelenjar ni, kesannya ialah pesakit mudah mengalami kebas-kebas tangan.

Sebelum tu, jom kita baca sket maklumat berkaitan kebas-kebas ni..(sumber, sumber, sumber, sumber)


Apa yang menyebabkan terjadinya kebas ni?

Punca terjadinya kebas :

  • tekanan pada system saraf pusat
  • jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster
  • kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau gumpalan darah beku di dalam darah.
  • Carpal Tunnel Syndrom yang berlaku disebabkan oleh penyempitan saraf median.
  • Saraf yang bengkak yang menghalang kelancaran peredaran darah
  • Kencing manis
  • Ketidakseimbangan kalsium, potassium dan sodium dalam tubuh
  • Kekurangan vitamin B12 dan vitamin lain
  • Terlalu gemuk
  • Wanita putus haid 
 
Langkah penyelesaian

  • lakukan ujian gula dalam tubuh
  • ambil suplemen tambahan seperti kalsium
  • lakukan ujian CT-scan, X-ray, ultrasound ataupun MRI di hospital
  • lakukan senaman-senaman rigan bagi melancarkan lagi system darah anda
  • makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • kurangkan makanan berlemak
 
Siapa yang biasanya mengalami kebas-kebas anggota badan ni?


Bagi pesakit tiroid, symptom rasa kebas berlaku disebabkan kekurangan kalsium atau dikenali sebagai hypocalcemia. Kebiasaannya rasa kebas akan hilang dalam masa setengah jam setelah pengambilan kalsium. Hypocalcemia selalunya akan hilang dalam masa 7-10 hari. Namun begitu, jika keadaan ini masih lagi berterusan, ada kemungkinan pesakit mengalami hypoparathyroidism, dan rawatannya adalah pengambilan kalsium dan vitamin D seumur hidup.


Adakah symptom kekurangan kalsium (hypocalcemia) ni hanya sementara atau kekal?

Dianggarkan 5% pesakit mengalami kekurangan kalsium sementara sahaja selepas pembedahan, namun 1% pesakit berkemungkinan mengalami kekurangan kalsium secara kekal. Hanya 1 kelenjar parathyroid yang diperlukan oleh badan, jadi kebarangkalian kesemua 4 kelenjar tidak berfungsi adalah sangat rendah (sumber).
 
 
Bulan lepas masa followup ngan Dr Lee, akak bagitau pasal kebas-kebas tangan dan kaki ni. Dr Lee bagitau kalau rasa nak kebas tu, terus ambik suplemen kalsium. 

Menurut Dr Lee, hormon parathyroids akak masih lagi belum berfungsi sepenuhnya. Hormon parathyroids ni tugasnya ialah mengawal kalsium dalam darah. Kalsium diperlukan memandangkan kalsium ialah elemen yang membolehkan pengaliran arus electric yang normal di sepanjang saraf. Kalsium adalah elemen utama yang menyebabkan pengecutan otot-otot. Sekiranya tahap kalsium di dalam darah adalah rendah iaitu di abwah paras normal, ini akan menyebabkan rasa kebas yang menyucuk di otot-otot. 


ohhh begituuuu...

So akak teruskan pengambilan suplemen Ostematrix untuk keperluan kalsium akak. Sebelum tido akak ambik terus 4 biji tablet. Jadi bila bangun tido kurang la sakit-sakit kebas-kebas badan bila nak bangun esoknya.


Tapi akak tak ambik setiap hari la.. kalau rasa kebas je ambik. Macam sekarang ni akak rasa kebas-kebas, so akak ambik la 2-3 hari berturut-turit.. pastu berenti jap... kalau kebas lagi ambik lagi.. macam tu lah..

Kenapa? Sebab kang terlebih kalsium nanti masalah jugak. Terlebih kalsium boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati, boleh menyebabkan strok, batu karang, osteoporosis dan juga kanser payudara (sumber). hmmm... terkurang kalsium pun susah.. terlebih kalsium pun susah kan...

Anyway, bagi yang ada masalah kebas-kebas tangan, kaki atau anggota badan yang lain, pergilah berjumpa doctor. Kalau susah nak jumpa doctor, cubalah ambil suplemen kalsium dulu untuk lihat samada hilang ataupun tidak kebas tu. 


Dan, semestinya akak syorkan suplemen kalsium Shaklee iaitu Ostematrix.




Jangan biarkan rasa kebas berpanjangan! Dapatkan Ostematrix segera!




Sunday, July 15, 2018

Kebas kaki dan tangan.. lagi..

Sebelum ni akak dah share pasal kebas kaki dan tangan nih.. di SINI.

Akak nak citer pasal apa yang akak alami.

Setiap pagi bila bangun tidur mesti akak kena gerakkan kedua-dua belah tangan  dahulu.. kena exercise... kena kepal kejap pastu lepas... perlahan-perlahan.. sebab kalau tak jari tangan rasa keras.

Image result for numb fingers

Ada yang alami perkara sama macam akak? Teruk kan?

Kekadang tu bila masuk bab tandas lagi la... kena tandas duduk... tak leh dah tandas cangkung... tak terbangun kan weh...

Betapa betapa kroniknya pesakit macam kita ni kan...

Jadi, KENAPA TERJADINYA RASA KEBAS NI YA? Jom baca kat sini.

Katanya, " Numb thumb or numbness in the thumb is a condition where there is abnormal or decreased sensation in the thumb due to changes in the function of the sensory nerve."

Dialihbahasakan secara mudah dia jadi, "Kebas berlaku akibat perubahan pada fungsi saraf deria yang dialami pesakit."

Hilang deria rasa ke kita?

Jadi macamana nak atasi masalah ni?

Ada sapa yang nak share pengalaman?

Silakan.




Thursday, February 14, 2013

Kebas tangan dan kaki yang amat

14 Feb 2013
9.00 pm
Rasa kebas jari tangan dan kaki.. seharian dok mengasak minyak panas..
11.30 pm
Nak tido dah... rasa kebas tak hilang.. sampai tangan kanan rasa mcm bengkok sebab jari x boleh genggam.. 
Bila pejam mata terbayang bintang2... ntah apa2 ntah...cuak jugak..
12.20 am
Tak boleh tido lagi.. kebas tak hilang.. mula la dok bayangkan strok la apa la... tangan kanan x leh genggam.. alamak..
Terus kejutkan abe nik. Menggelabah jap kau.. aku ajak g sepital...abe nik kejutkn mak ngan ayah... mak ikut temankan g klinik intan kat durian burung ni..
12.30 am
Sampai kat klinik intan. Daftar dan tggu turn.
Bila turn jumpa Dr. aku masuk dan ceritakan yg aku kebas tangan. Lepas operation tiroid.. Dr check darah.. ok je... aku tanya Dr pasal risiko kena strok tu.. Dr kata darah ok je x de apa2 tu.. lega.. Dr bagi ubay kalsium ngan ubat saraf..
Balik umah aku terus makan ubat.. pastu mak mentua urutkan tangan kanan. Dah boleh genggam dah.. terima kasih mak.
1.50 am
Aku dah nak tido selepas update entry..

Saturday, October 20, 2018

Kebas dan sakit saraf: Kenapa perlu ambil Vitamin B!

Bagi mereka yang menghidap tiroid dalam kategori hipotiroid, memang perlu amalkan pengambilan suplemen yang berterusan. Pengambilan suplemen vitamin dan mineral sangat penting bagi mencukupkan keperluan nutrisi tubuh. 

Pesakit hipotiroid juga amat sinonim dengan simptom kebas tangan dan kaki serta sakit saraf termasuklah sakit sendi. 

Kekurangan kalsium dan vitamin B adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan kebas dan sakit saraf berlaku. Kajian mendapati 40% pesakit hipotiroid tidak mendapat vitamin B yang secukupnya.

Termasuklah kak izang.

Jadi, masa kak izang kena kebas kebas dan sakit saraf itu hari, memang rasa macam tangan dan bengkok dah.

Macam nilah jadinya..(sumber gambo) kak izang tak sempat lah ambik gambo tangan sendir.. tengah sakit kot.. muka pun kebas kebas.. memang kronik lah time tu.




Jadi, bila jumpa doktor, doktor bagi vitamin. vitamin B1, B6 dan B12. Semua dalam 1 tablet. Ambik 1 biji setiap malam.




Jadi, perasan tak. Apa yang kak izang alami ialah disebabkan kekurangan vitamin B dalam badan. Jadi, sebenarnya kita boleh cegah perkara ni kalau kita cukupkan vitamin B dalam badan. Cukupkan juga kalsium dalam badan.

Akhirnya, lepas tu memang kak izang dah tak tinggal 2 suplemen penting ni!

1) OSTEMATRIX



2) B-COMPLEX

Vitamin B-Complex Shaklee membekalkan 8 vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh dan menyediakn keperluan yang cukup untuk tubuh. Kesemua 8 vitamin B itu termasuklah vitamin B1, B6 dan B12!






Jadi, sapa yang ada masalah kebas dan sakit saraf tu, janganlah biarkan tanpa rawatan.

Ambil suplemen!

Dapatkan Ostematrix dan B-Complex Shaklee. Produk Shaklee DIJAMIN 100%, SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN oleh kajian sains. Hanya amalkan produk yang terbukti Selamat dan Berkesan. Jangan mengambil risiko dengan mengambil produk-produk suplemen yang membanjiri pasaran tanpa kajian saintifik. Jaga diri! Hargai diri!



Kak izang pengedar produk suplemen Shaklee. Boleh hubungi kak izang 0199695787 untuk dapatkan info lanjut pasal produk atau nak bertanya pasal hipotiroid, kebas tangan atau sakit sendi. Kak izang boleh berkongsi pengalaman berhadapan dengan semua tu kerana kak izang dah mengalaminya.

Paling penting, jangan dibiarkan tanpa rawatan! Cegah sekarang seawal mungkin.

Kesihatan kita tanggungjawab kita!









Saturday, October 19, 2013

Kebas-kebas urat dan sendi- Kesan selepas pembedahan tiroid?


hmm.. semenjak 2 menjak ni akak rasa kebas-kebas tangan dan kaki.. tangan ni kalau bangun tido mesti rasa kebas yg amat.. belakang pun rasa sakit.. kekadang tu rasa takut pulak nak bangun.. kena pelan2.. kaki ni lak kalu duduk lama mesti rasa menyucuk-nyucuk.. bahu pun dah rasa keras.. nak toleh kiri kanan pun kena pelan2.. tak tahu lah apa sakitnya.. dah senja ni kan..

so tanya le pakcik google.. kut2 ada produk2 kesihatan yang mampu memberi penyelesaian berkenaan penyakit akakni. tanya pasal kebas urat dan sendi.. menarik tertarik la pulak bila baca testimoni pengguna..

so akak macam nk le try produk ni.. tapi x tahu nak try mana satu..

 


http://www.alphalipid.net/
http://www.elaila.net/2013/01/set-kesihatan-sendi.html


So tadi pegi la kat farmasi azli. sudahnya akak beli alpha lipid ngan shaklee ostematrix.. xsabo nak tengok kesannya..

Monday, September 22, 2014

Adoi sakitnya sendi-sendi ni.. tangan kaki semua kebas..

Mesti ramai adik-adik akak-akak makcik makcik pembaca yang selalu rasa kebas kaki dan tangan..

Akak pun selalu rasa kebas.. tapi sekarang ni dah kurang.

Apa akak buat?

1. Akak paksa diri minum air mineral 2 botol besar sehari. Kalau berjaya habiskan alhamdulillah. Kalu tak berjaya rasa cam bersalah pun ada hehe

2. Ambik vitamin. Ni sangat2 penting utk tulang dan sendi. Kena sentiasa ambik

OSTEMATRIX
AJHT
OMEGA

semua vitamin tu wajib.

Bagi yang masih lagi rasa sakit sendi dan kebas kebas anggota badan, mulakan pengambilan ketiga-tiga vitamin di atas.

InsyaAllah akan ada kesan yang ketara.

Ingat, kesihatan kita tanggungjawab kita!

Tuesday, August 12, 2014

Sakit belakang dan kebas tangan lagi

2 minggu dah stok ostematrix akak habis. mula-mula tak de lah perasan sangat akan kelemahan diri ni.. tapi akak perasan, 2-3 hari lepas, kebas tangan dan kaki akak dah kembali.. bangun tido pun dah sakit situ sini.. dah susah bangun.. tak leh cepat-cepat..

hmm.. rupanya itulah petanda kekurangan kalsium. yang ketara sekali ialah bila waktu sembahyang.. duduk antara 2 sujud ngan tahiyat.. memang rasa sangat la kebasnya..

jadi semalam dah pegi beli ostematrix shaklee. dah makan dah.. dan alhamdulillah, kebas kaki dan tangan dah hilang. duduk lama pun dah boleh skrg ni.

jadinya, kepada mereka yang senasib ngan akak, sudah tiba masanya kita memahami bahasa tubuh badan kita sendiri. apa tanda-tanda kesakitan yang kita alami hendaklah kita sedia maklum akan kekurangan dan kelemahan diri..yang mana segala kelemahan dan kekurangan tu perlu diperbetulkan dengan apa cara sekalipun. tidak boleh sekali-kali dibiarkan.

Jom. Masa untuk CAKNA DIRI! Mulakan dengan pengambilan suplemen ostematrix Shaklee.




Perbaiki kesihatan diri. Hanya kita yang bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.

Sunday, November 10, 2013

yeah.. ari ni dah jadik ahli shaklee..

Minggu lepas akak jadi consumer produk Shaklee Ostematrix. Hari ni 10 Nov 2013, akak join jadi ahli Shaklee. Dah dapat ID No. 1077341.




Kenapa Shaklee?
1. Sebab dah 50 tahun di pasaran dan terus kekal sehingga kini.
2. Sebab terlalu banyak testimoni yang positif pasal produk Shaklee menandakan produk Shaklee adalah bagus.
3. Sebab produk Shaklee adalah 100% semulajadi dan selamat.

Kenapa nak kena ambik suplemen dan vitamin?
1. Sebab bila umur meningkat tubuh badan kita mengalami proses penuaan menyebabkan kehilangan banyak keperluan badan. Contohnya kalau diikutkan kita kena makan sayur yang banyak untuk kesihatan yang lebih baik tapi cuba tanya diri kita, bilakah kali terakhir kita makan sayur? Memang tak cukup kan? Jadi kena lah ada bantuan iaitu suplemen luar untuk menambahkan zat-zat yang diperlukan oleh badan kita.

Kenapa akak ambik suplemen Shaklee?
Ni Testimoni diri sendiri.
Akak sebenarnya ada hypo tyroid dulu, tapi dah buang dah melalui pembedahan pada bulan Disember 2012. Selepas pembedahan tu keadaan kesihatan akak tidak stabil.. akak mengalami kebas kaki dan tangan yang berterusan dan perkara ini mengganggu tugas seharian akak.

Jadi akak bergantung kepada ubatan yang dicadangkan doktor termasuklah ubat saraf. Tetapi disebabkan akak takut nanti ada kesan buruk akibat dari penggunaan berterusan ubat ni, jadinya akak bertukar kepada ubat-ubatan dan makanan kesihatan yang lebih selamat tanpa bahan kimia... dan pencarian akak membawa kepada Shaklee.

So sebagai permulaan akak sedang guna produk Ostematrix untuk mengatasi masalah kebas kaki dan tangan akak. Alhamdulillah, ianya amat membantu.

Thursday, January 16, 2014

Legakan Sakit Sendi dengan Suplemen Shaklee Set Sendi Sihat

Bercakap pasal sakit sendi, hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang memahami bagaimana seksanya dan mencabarnya apabila nak bangkit dari katil setiap pagi atau nak turun sujud dan bangkit dari sujud.. atau mereka yang mengalami jari tangan rasa kebas sewaktu bangun dari tidur, mungkin perlu berbuat sesuatu tentang melegakan keadaan sakit sendi yang dihadapi.. akak adalah salah seorang penghidap sakit sendi di mana jari-jari tangan akak sentiasa kebas.. keadaan ni lebih memberi kesan selepas pembedahan tiroid akak..


Juga, sebelum ni akak pernah share story pasal kakak sepupu yang telah menjalani pembedahan di tangan disebabkan sakit sendi ni... ngeri tengok..

Rheumatoid Arthritis

 Jom kita baca sket mengenai sakit sendi ni.

Sakit Sendi

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis (rheumatism) atau osteoarthritis

Sakit sendi berlaku di tempat pertemuan dua tulang dan selalunya menyerang di pergelangan tangan, tangan, bahu, lutut dan buku lali.



Rheumatoid arthritis


Sebab-Sebab Sakit Sendi
 

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

  • Berat badan berlebihan 
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki 
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan 
  • Jangkitan kuman 
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya 
  • Penyakit kronik 
  • Ubat-ubatan



Walau apa sekalipun puncanya, penyakit sendi ini ternyata membebankan. Jadi bagaimana cara untuk melegakan sakit sendi yang dihadapi? Mulakan dengan pengambilan suplemen tambahan. Tentunya Shaklee. Kenapa Shaklee?




Shaklee menawarkan Set Joint Health atau Set Sendi Sihat bagi kesihatan sendi optimum yang terdiri daripada gabungan suplemen
  • ostematrix
  • joint health tablet
  • omega guard
Kebaikan set Sendi Sihat ini ialah:
  • memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi
  • membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi




Kebaikan setiap satu suplemen diringkaskan di bawah.


Ostematrix






OmegaGuard

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)



Paparan artikel mengenai kebaikan suplemen Shaklee Advanced Joint Health Tablet di dalam majalah iSihat, Sept 2012.


 

 


Harga?

Harga Set Sihat Sendi ini ialah
  • Ostematrix - RM 61
  • OmegaGuard - RM 136
  • AJHT - RM 125

Setiap pembelian set Sendi Sihat dari akak akan menerima cenderahati khas dari akak, made in Terengganu.

Hubungi akak untuk bertanya mengenai keahlian untuk mendapatkan harga ahli. 

Untuk mengetahui harga produk suplemen lain / harga suplemen bagi Sabah dan Sarawak, sila klik di sini.








[Sumber] [Sumber][Sumber][Sumber]



Friday, June 20, 2014

Vitamin kalsium untuk kebas anggota badan

Akak banyak la bereksperimen.. kalau tak makan Ostematrix ngan Alpha Lipid, bagaimana situasi kebas akak, bertambah ke.. berkurang ke.. ai mana nak berkurang kan..

jadi lepas habis bekalan ostematrix ngan alpha lipid, akak berenti jap... rupa-rupanya memang tak boleh bertahan.. kebas lagi teruk ada lah.. so sebab musykil kan.. pergi la jumpa doktor nak tanya lagi pasal kebas ni.. doktor pun terang la dari fakta saintifik..

dan untuk kebas akak doktor bagi vitamin kalsium Calactate Tab 300 mg. Makan vitamin ni oklah.. warnanya putih.. hmm.. dulu akak pernah makan vitamin kalsium klinik lain, tapi pilnya warna pink gitu.. hmmm





2 hari akak makan vitamin kalsium ni.. kebas ada la kurang tapi sebab pil tu warna putih akak ambil keputusan untuk berenti makan.. er.. napa lak.. kang ke hampir semua pil warna putih..

hehe.. kalau warna putih maknanya dia dah melalui banyak proses bleaching.. dah banyak sangat campur ngan bahan kimia.. yelah ubat kan.. kena campur ni.. campur tu..

so akhirnya akak terus sambung ngan ostematrix dan alpha lipid bagi menangani kebas-kebas tangan dan kaki yang akak alami.




Thursday, October 25, 2018

WAJIB BACA: Wanita yang kurang cakna pasal kesihatan akan berdepan dengan risiko ini..


Kajian menunjukkan wanita ambil mudah soal kesihatan berbanding lelaki. ha.. terkejut bukan? selalunya kita rasa wanita la yang selalu jaga kesihatan ni, rupanya kaum lelaki yang lebih cakna pasal kesihatan diri.



Dengan peningkatan usia, wanita akan berhadapan dengan isu di bawah:
1. hormon yang tidak seimbang
2. kadar metabolisma yang rendah
3. masalah kulit kering
4. masalah tulang rapuh
5. sakit di bahagian dada




Dengan risiko tulang rapuh, wanita sangat disarankan untuk menjaga kesihatan tulang kerana tulang adalah asas kepada struktur badan. Ini juga disebabkan wanita lebih terdedah kepada risiko tulang rapuh berbanding lelaki.




Oleh yang demikian, wanita dinasihatkan untuk melakukan perkara berikut:

1. mengambil pemakanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D
2. melakukan senaman secara tetap
3. mengelakkan dari merokok dan minuman alkohol
4. mengurangkan tekanan dengan senaman yoga dan bermeditasi





Perumpamaan menjaga kesihatan tulang melalui pengambilan kalsium adalah seperti berikut:
Wanita adalah kumpulan paling berisiko bermasalah osteoporosis, jadi kesihatan tulang harus dijaga dengan baik. Penjagaan harus bermula sejak muda lagi, jangan tunggu sehingga anda capai 30an. Pengambilan kalsium di usia muda seperti menyimpan wang setiap bulan dalam bank untuk kegunaan hari persaraan. Bila dah bersara, mana boleh simpan wang kan? Namun, pengambilan suplemen kalsium dan makanan berkalsium tinggi tetap disarankan dengan harapan ia sekurang-kurangnya membantu menampung kadar kalsium berkurangan. Jangan lupa bersenam!

Kajian oleh Nik Hazlina Nik Hussain dalam buku beliau "Kesihatan wanita di Malaysia: Perkembangan, isu dan Cabaran" yang diterbitkan oleh USM pada tahun 2017 turut memberi penekanan kepada perkara yang sama:


Sekiranya masih lagi dibiarkan, kesihatan tulang akan terus terganggu. Tulang yang rapuh tidak dapat diperbaiki lagi.

Jadi, pakar menasihatkan kita semua untuk mengambil kalsium bagi mengekalkan tulang yang kuat. Pakar nutrisi Shaklee yang menerajui kajian secara saintifik menyarankan pengambilan vitamin dan mineral berikut untuk kesihatan tulang.

1- Kalsium
2- Magnesium 
3. Boron
4. Vitamin D
5. Kuprum
6. Zink
7. Mangan




Kesan Kekurangan Kalsium

Banyak akibatnya kalau kita kurang kalsium, antaranya:
  • Kerap sakit gigi
  • Gusi berdarah
  • Kejang otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering

Pakar kesihatan seperti yang disiarkan dalam MedikTV turut menyarankan wanita minum susu untuk menguatkan tulang.

MINUM SUSU
  • Susu adalah sumber yang penuh dengan Kalsium dan Vitamin D. Jika kita bercakap mengenai tulang, Kalsium dan Vitamin D mempunyai fungsi tersendiri berkaitan tulang. Kalsium adalah asas kepada kesihatan tulang manakala Vitamin D pula membantu badan untuk menyerap kalsium. Jadi kedua-duanya berkait rapat. Selain itu, Vitamin D membantu membina dan membaiki tulang dan mengekalkan kekuatan otot, yang mengurangkan risiko jatuh.
  • Menurut pakar, wanita berumur 50 tahun dan lelaki berumur 70 tahun seharusnya menyasarkan untuk mengambil 1,000 mg kalsium setiap hari. Bagi wanita dan lelaki yang melebihi umur tersebut pula perlu mengambil kira-kira 1,200 mg kalsium sehari.
  • Ia bersamaan dengan 4 gelas susu tanpa lemak atau tiga cawan yogurt tanpa lemak. Lelaki dan wanita bawah umur 50 tahun perlu mengambil 400-800 IU Vitamin D setiap hari.. Mereka yang melebihi umur 50 tahun pula perlu mengambil 1,000 IU Vitamin D setiap hari.
  • Jika anda tidak boleh mengambil produk tenusu, minum jus oren, susu soya, kekacang atau santan yang diperkaya dengan Kalsium dan Vitamin D. Anda juga perlu mengambil makanan tambahan yang disyorkan oleh doktor. Anda juga boleh mendapat Vitamin D daripada pendedahan matahari pagi.

Sekiranya anda tidak mampu minum susu, beralihlah kepada pengambilan suplemen kalsium melalui Ostematrix.


Kajian klinikal terhadap penggunaan Ostematrix menyatakan, kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya ke dalam badan selepas 12 jam. Boleh rujuk kepada gambarajah dibawah.





Adakah anda rasa sudah mendapat kalsium secukupnya? Tapi ada baiknya kita berjaga-jaga seperti yang disarankan dalam artikel ni:

Dianggarkan sehingga 1.6 juta keretakan akibat osteoporosis berlaku setiap tahun.

Hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.

Kira-kira 80 peratus wanita dianggarkan akan mempunyai masalah tulang rapuh terutamanya selepas menopaus.

Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.
Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.


Nasihat Pakar: Mulakan pengambilan kalsium awal!


Bagi kak izang yang hipotiroid ni yang terdedah kepada risiko kekurangan kalsium, memang memerlukan sangat suplemen vitamin dan mineral ni untuk membantu kesihatan tulang dan sendi serta mengurangkan kebas-kebas tangan dan kaki yang dialami kak izang.

Anda bagaimana?

Ada yang turut mengalami masalah kesihatan yang lebih kurang sama macam kak izang?

Jom kita berkongsi maklumat penjagaan kesihatan. Semoga boleh menjadi panduan ke arah kesihatan kita yang lebih baik.

Boleh wasap kak izang 0199695787 untuk berkongsi info ataupun untuk ode suplemen ngan kak izang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...