Tuesday, March 12, 2019

Kenangan kereta MyV

Mac 4, 2019

Kisahnya, adik kak izang pinjam kereta. Nak hantar kawannya naik bas pulang ke Kelantan. Adik kak izang sorang lagi pun ikut sekali menemani.

Dipendekkan cerita...kat highway menghala ke Paka.. mereka terbabit dalam kemalangan. Kereta yang dipandu adik hilang kawalan. Berlanggar dengan divider tengah jalanraya. Hentakan sangat kuat sehinggakan airbag keluar...

Syukur syukur syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Allah melindungi mereka. Syukur alhamdulillah. Cumanya adik yang duduk kat belakang memang tak pakai seatbelt.. jadi beliau mengalami pendarahan di kepala..ditahan di wad sehari dan dibenarkan pulang.

Apa pun, syukur alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segala urusan yang berkenaan dan berkaitan dengan keperluan yang perlu diuruskan.

Terima kasih juga kepada pengguna jalanraya yang sudi menghulurkan bantuan menemani mereka bertiga dari awal sehingga ambulan datang. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan pahala dan keberkatanNya.

Bagi kak izang, di atas ketiadaan kereta MyV yang dialami dan dirasai ketika ini, semoga Allah menggantikannya dengan kemudahan yang lebih baik. InsyaAllah Amin.


Inilah gambar kereta yang sempat dirakam di tempat kejadian.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!