Sunday, August 12, 2018

WAJIB BACA! Pengambilan ubat dan suplemen untuk kecantikan dan kesihatan

Dah memang lumrah kehidupan kan.. ada masanya sakit.. ada masanya sihat.. tapi itulah.. sakit tu kadang tu tiba-tiba je datang kan.. kadang tu simptom dah lama ada.. tapi kita biarkan.. akibatnya sakit tu rupanya dah teruk dah.. sel dalam badan banyak dah rosak dah.. jadi tuan punya badan kena ambik cakna. Ingatan untuk diri saya sendiri jugak.

Sekarang ni pulak, nak cantik nak sihat ada macam-macam cara.. cara lambat cara cepat semua ada.. telan pil hari ni esok pagi sihat.. esok muka dah hilang jerawat.. yelah.. macam-macam teknologi sekarang kan.

Image result for medicine intake

Tambahan pula dengan kemajuan teknologi media sosial sekarang, sesuatu produk tu boleh menjadi fenomena apabila dipromosikan dengan begitu agresif sekali. Walaupun hakikatnya produk tersebut memberikan kesan di sebaliknya nanti.

Tapi gitulah... produk segera ni.. hasilnya mungkin dapat segera dilihat kan.. tetapi kesannya mungkin terpaksa ditanggung oleh tuan punya badan dalam jangka masa panjang.

Image result for medicine bad

Kosmo Online turut mengupas isu ini dengan panjang lebar:

Ia bukan sahaja daripada segmen kecantikan diri se­perti instant shawl tetapi juga daripada aspek produk penjagaan kecantikan untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat yang sering dibimbangi oleh kaum wanita malah bagi segmen produk penjagaan kesihatan yang melibatkan pengenalan produk menguruskan badan serta me­rawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan sakit sendi.
Bagi pelanggan yang berani mengambil risiko untuk merawat jerawat dan jeragat yang dihidapi, pasti produk instant bakal menjadi pilihan kerana gimik iklannya yang meyakinkan sedangkan kajian mendalam tidak dilakukan terlebih dulu.
Impaknya, kulit wajah yang hanya mengalami sedikit masalah jerawat terpaksa berdepan dengan masalah lain yang boleh mengubah kulit wajah menjadi lebih teruk malah terdedah kepada risiko penyakit kulit. 
Begitu juga dengan keterujaan syarikat pengeluar tempatan memperkenalkan pelbagai jus kesihatan daripada herba dan bahan mentah yang diproses untuk membantu meningkatkan kualiti kesihatan pelanggan. 
Bagi produk yang bersesuaian dengan tahap penyakit pelanggan, mungkin ia berjaya menyelesaikan masalah mereka dalam masa singkat tetapi persoalannya adakah ia benar-benar berkesan untuk jangka masa panjang? 

Apa yang dibimbangkan kini, jumlah pelanggan yang dirawat di hospital akibat pengambilan produk penja­gaan kesihatan dan kecantikan semakin bertambah. 

Ada pelanggan yang mengamalkan jus kesihatan sebagai usaha awalnya untuk meningkatkan kualiti kesihatan diri tetapi sebaliknya produk berkenaan telah memberi kemudaratan sehingga pelanggan itu menghidap pe­nyakit buah pinggang.

Cuba tengok ayat yang saya merahkan tu.

AKIBAT PENGAMBILAN PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN YANG TIDAK DIBUKTIKAN SECARA KLINIKAL, JUMLAH PENGGUNA YANG TERPAKSA MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL KIAN BERTAMBAH!

Image result for endup hospitalized

Produk semula jadi seperti herba juga boleh memudaratkan jika tidak digunakan secara berhati-hati kerana herba juga kaya dengan pelbagai bahan kimia yang boleh bertindak balas dan berinteraksi.

Jadinya, pengguna perlu membuat pilihan terbaik sekiranya membeli produk segera ni. Perlu membuat kajian terlebih dulu terhadap syarikat dan bahan mentah yang digunakan. Jangan terpedaya dengan gimik menarik tentang produk mereka di media sosial.

Panduan berikut diberikan kepada pengguna dalam membuat pilihan yang terbaik sebelum membeli produk kesihatan dan kecantikan di pasaran:

1. Kelulusan Daripada Kementerian Kesihatan (KKM)Produk yang lulus KKM adalah selamat digunakan. Kita boleh guna dan amalkan dengan yakin. Produk kesihatan mahupun kecantikan sering dikaitkan dengan keselamatan diri. Jadi, amat penting mendapat kelulusan daripada pihak berwajib yang bertauliah. 
2. Baca Kandungan ProdukPastikan bahan atau kandungan yang digunakan tidak berbahaya kepada kesihatan.  Contohnya Hydroquinone yang merupakan bahan kimia yang digunakan dalam produk kosmetik. Tujuannya untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Jadi, kulit akan kelihatan putih dan cerah.Sebenarnya, penggunaan hydroquione yang tidak terkawal dan berlebihan akan merosakkan kulit, mengelupas dan semakin nipis. Tahukah anda, bahan ini digunakan dalam memproses getah. 
3. Baca Fungsi ProdukSesuaikan fungsi produk dengan masalah yang dihadapi. Jika batuk, elok dapatkan ubat batuk jangan minum ubat sakit tekak kerana kesannya tidak sesuai dengan masalah.Fungsi produk kesihatan ada ditampal pada botol atau kotak produk. Ada juga disediakan panduan dalam bentuk kertas khas untuk pengguna jadikan panduan. Baca fungsi ubat sehingga kita benar-benar faham sebelum mula membeli.Penggunaan produk yang salah daripada saranan pembekal adalah sangat berbahaya kerana dibimbangi membawa kesan kesihatan yang lebih serius. 
4. Baca Panduan Penggunaan Produk KesihatanProduk kesihatan biasanya diamalkan selepas makan. Ada yang 2 kali sehari, ada 3 kali sehari. Sebaiknya amalkan panduan penggunaan yang telah disediakan kerana bimbang jika terlebih akan memudaratkan tubuh badan.Ada juga elok diamalkan sebelum makan. Apa pun panduannya, baca sehingga faham dan jelas. Jika kurang jelas, sebaiknya hubungi penjual. 
5. Elak Membeli Produk Kesihatan Yang Kurang BerjenamaProduk yang berjenama, dikenali dan menjalankan kajian saintifik adalah lebih baik. Kita bimbang jika produk kurang berjenama, ianya jenis ‘tangkap muat’ atau ‘asal ada’ sahaja. Pengeluar produk murahan sebegini tidak menitik beratkan keselamatan pengguna, hanya mementingkan keuntungan duit semata-mata.Contohnya, jika demam, kita lebih selesa makan Panadol kerana jenama dan terbukti keberkesanannya. Begitu juga batuk, kita akan cari jenama ubat batuk yang berjenama kerana keyakinan dan kepercayaan kepada produk tersebut.
Jadi, sama-sama kita didik diri supaya menjadi pengguna yang ada ilmu. Elakkan membeli atau menggunakan sebarang produk kecantikan atau kesihatan sekiranya bakal memudaratkan.

Image result for choose safety  clipart

Sayangi Diri!

Image result for loving you


Image result for shaklee logo
Ketahui kenapa produk suplemen berjenama Shaklee dipercayai ramai. 

Ketahui tentang beribu-ribu ujian  klinikal yang telah dijalankan oleh Shaklee untuk menilai kesan produk ke atas manusia. 

Ketahui kenapa Shaklee mesti menjadi pilihan ibu-ibu yang prihatin tentang kesihatan seisi keluarga.

Image result for good hand mother clipartImage result for healthy family clipart
Ketahui juga bagaimana ibu-ibu boleh mendapat pulangan balik yang lumayan dengan menggunakan produk Shaklee.

Image result for shaklee logo


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!