Kajian telah membuktikan bahawa kekurangan mikronutrien Vitamin A, B, D, kalsium, zat besi dan folat dapat memberi kesan ketara kepada proses penuaan yang dihadapi oleh warga tua berumur dalam lingkungan 65 tahun ke atas.
Ini tentunya memberi banyak implikasi kepada beberapa aspek lain seperti peningkatan kos perubatan dan penjagaan kesihatan.
Kita juga akan melalui proses peralihan yang sama. Kita pun sedang melalui proses penuaan cuma mungkin belum sampai kepada angka warga emas lagi.. belum sampai 65 tahun. Belumpun sampai 50 tahun lagi.
Namun begitu, kita perlu sedar dengan keadaan ini. Tentunya kita ingin meniti usia emas kita dengan kesihatan yang terbaik kan?
Seboleh mungkin kita tidak ingin membebankan atau menyusahkan anak-anak yang masing-masing punyai kehidupan sendiri. Kan?
Kita ingin meniti hari tua yang sihat dan bahagia kan.
Dan kita tidak mahu usia emas kita dihabiskan dengan berada di atas katil dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan kita mampu berbuat apa-apa..
Jadi, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan tubuh badan kita sebaik mungkin hari ini dengan sedaya upaya mencukupkan keperluan nutrisinya. Supaya manfaat pengorbanan dan pelaburan di atas aspek kesihatan yang telah kita lakukan akan dapat kita nikmati di hari tua kita. Meniti hari tua dengan sihat sementara hayat masih ada.
Pengorbanan perlu dilakukan. Fikirkan kesihatan tubuh badan berterusan yang diperlukan untuk kita terus menjalani kehidupan dengan tenang.
No comments:
Post a Comment