Saturday, August 4, 2018

Pesakit Darah Tinggi atau Hypertension: WAJIB BACA!

Hypertension atau penyakit darah tinggi kerapnya disebabkan oleh insulin resistance atau kerintangan insulin juga seperti di dalam gambarajah di atas.Oleh itu untuk sembuh terus daripada penyakit darah tinggi atau hypertension,kuncinya terletak di dalam menyelesaikan masalah insulin resistance juga. Bukan dengan semata-mata makan ubat darah tinggi.Insulin resistance diatasi dengan beberapa cara namun yang terpenting ialah low carbohydrates,high fat diet dan berpuasa.
Itu adalah petikan yang sama ambil dari fb Dr Zubaidi.

Sebenarnya ramai yang tahu apa penyakit darah tinggi ni. Biasa kita dengar di mana-mana tentang penyakit berangkai.. kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Bila berjumpa kawan-kawan lama, itu juga la hal yang dibincangkan kan.. Bila kawan bagitau ada darah tinggi ada kencing manis.. kita sekadar mengangguk.. kan.. sebab dah biasa sangat dengar.

Image result for hypertension


Apa sebenarnya penyakit darah tinggi ni?

Penjelasan dari 
portal myhealth adalah seperti berikut:

Darah tinggi atau hipertensi adalah penyakit yang dianggap biasa bagi masyarakat Malaysia. Ianya sangat ditakuti kerana ia merupakan pembunuh senyap kepada pesakit. Pada tahun 2011 di Malaysia, prevalen pesakit darah tinggi yang berusia 18 tahun ke atas adalah sebanyak 32.7 % dan peratusan ini meningkat kepada 43.5% untuk golongan masyarakat yang berusia 30 tahun keatas.

Peringkat awal penyakit, ia mungkin tidak menunjukkan apa-apa gejala kerana organ-organ di dalam badan kita mempunyai kawalan semulajadi (autoregulasi) sendiri. Autoregulasi ini berupaya untuk mengekalkan aliran darah secukupnya pada tekanan yang optima untuk organ-organ di dalam badan kita.

Walaubagaimanapun, autoregulasi ini akan menyusut fungsinya jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik. Organ-organ kita akan mulai rosak dan menyebabkan pelbagai komplikasi jika tekanan darah berterusan tinggi.Pada ketika itu anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil darah tinggi yang teruk (severe hypertension).

Apa kesan dari penyakit darah tinggi ini?
Dari pencarian saya melalui carian google, beberapa kesannya dalah seperti berikut:


Ni adalah luahan seorang pesakit hypertensi yang sudah mengalaminya sejak 10 tahun yang lalu. 

Walaupun beliau telah menggunakan ubat yang terbaik, namun tekanan darahnya masih lagi tidak normal. Dan kesan kepada beliau ialah sifat mudah lupa.

Dr Zubaidi mengakui bahawa pesakit yang telah mengalami hypertension melebihi 5 tahun akan mula mengalami masalah ingatan ini. Bukan setakat lupa je, malah pesakit akan mengalami kesukaran untuk berfikir dengan baik dan kesulitan untuk membuat keputusan. Ini tentunya sukar kan.. tambah-tambah lagi kalau seorang CEO adalah pesakit hypertension. 

Macamana CEO dapat buat keputusan yang terbaik sekiranya beliau sendiri ada masalah ingatan yang lemah?

Seterusnya, Dr Zubaidi menjelaskan, bagi pesakit yang sudah lama menghidap hypertension, sel-sel otaknya akan rosak. Malah kerosakan akan lebih teruk sekiranya tekanan darah terlalu tinggi. Bila ini berlaku, keadaan ini sangat sukar dipulihkan.



2. 
Kerosakan pada ginjal, Jantung gagal berfungsi dan Strok (angin ahmar)

Sakit jantung dan kegagalan paru-paru adalah dua penyebab utama kematian rakyat Malaysia, mengikut kajian data dari Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2017. Sekiranya dilihat dalam rajah di bawah, memang berlaku peningkatan yang ketara dari tahun-tahun sebelumnya.



Kajian sama juga mendapati penyakit darah tinggi atau hypertension adalah juga penyebab kematian rakyat Malaysia. Peningkatan jumlah kematian juga dilihat ketara dari tahun sebelumnya.





Jadi sekiranya pesakit baru sahaja disahkan mengalami darah tinggi, adalah dinasihatkan pesakit mendapatkan rawatan dengan segera secara agresif.

Bagi pesakit yang turut mengalami penyakit lain seperti kencing manis dan sakit jantung, komplikasi mengalami kerosakan organ-organ dalaman badan akan menjadi lebih cepat. 

Menurut Dr. Noorzilawati Binti Ahmad, kemungkinan kerosakan tersebut akan menyebabkan kepada:

1. Masalah penglihatan
2. Strok/angin ahmar
3. Paru-paru berair
4. Sakit jantung
5. Sakit buah pinggang
6. Kerosakan sel otak




Jadi apa perlu pesakit hypertensi lakukan sekarang?

Doktor menasihatkan agar pesakit menerima rawatan dengan segera dan makan ubat darah tinggi secara berkala. 

Kelewatan dan kealpaan mendapatkan rawatan bagi merawat penyakit darah tinggi boleh menyebabkan kepada kematian. 

Kita mendengar kematian sebagai satu perkataan yang dilafazkan. Setiap hari. Menyebabkan kita tidak pernah memikirkan dengan lebih terperinci apa yang akan terjadi kepada kita saat kematian menghampiri.

Semua orang tidak mahu mati. Kita mahu hidup selama-lamanya. Tapi tidak mungkin kan.

Jadi, berusahalah untuk sihat supaya kita dapat beribadat dengan lebih baik dan lebih banyak dan lebih sempurna. Bila dah sakit, ibadah kita mungkin akan jadi terhad.

Macamana nak beramal ibadat dengan sempurna kalau kita terpaksa duduk terbaring kat atas katil je kan.. Jadi, sementara masih mempunyai kekuatan ni, usahakanlan merawat penyakit yang dihidapi. Bukan hanya penyakit darah tinggi tetapi juga penyakit-penyakit lain yang dihidapi.


Apa rawatan sampingan yang boleh diamalkan oleh pesakit hypertension ni?

Ramai pesakit hypertension yang memberikan maklumbalas positif setelah mengamalkan Vivix Shaklee.


Apa kelebihan Vivix ini?

Minuman Vivix ini mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi yang dapat meningkatkan kemampuan pengaliran darah yang baik seterusnya bertindakbalas dengan tekanan darah. Vivix membuktikan ianya mampu menurunkan tekanan darah.

Melalui kajian juga, selain resveratrol, Vivix turut dilengkapi dengan prolifenol yang menjadikan Vivix produk terhebat sehinggakan Vivix mampu memperbaiki sel yang rosak.

Malah Vivix turut dihargai ramai pesakit kerana kemampuannya merawat banyak penyakit lain.


Langkah Pencegahan
Pencegahan penyakit darah tinggi ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Menurut Dr. Alan Ch’ng,  
Pemakanan sihat dan pengurangan berat badan yang berlebihan adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubahan gaya hidup lain termasuklah bersenam, berhenti merokok, kurangkan stress dan kurangkan pengambilan alkohol. Semua perubahan gaya hidup adalah lebih berkesan jika dilakukan serentak.
TIGA perkara yang perlu diberi perhatian sebagai langkah pencegahan hypertension ialah:
1) Amalkan pemakanan sihat
2) Bersenam
3) Kurangkan berat badan


Namun, dengan Vivix, anda dapat amalkan pemakanan sihat melalui suplemen kesihatan dan juga dapat mengurangkan berat badan.

Hargai kesihatan ketika sihat.
Jangan alpa.





Pilihlah







Salam ukhwah! Hubungi saya di 019-9695787 supaya kita sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik.

Jom amalkan Vivix.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!