Tuesday, August 7, 2018

Kesan teknologi kepada kanak-kanak: Ibubapa WAJIB baca!

Kanak-kanak zaman sekarang memang sangat unik. Mereka lahir dalam zaman teknologi yang serba canggih. Jadi nak tak nak memang perlu berikan kepada mereka pendedahan menggunakan teknologi. 


Image result for children and technology

Umur tak sampai setahun dah pegang telefon dah. Kalah kita yang generasi atas ni.
Image result for toddlers and technologyImage result for smart phone to toddler

Tak dinafikan, teknologi yang ada sekarang ni memang sangat membantu kehidupan manusia seharian. Bagi kanak-kanak, sesi pembelajaran menjadi lebih seronok dan cepat difahami disebabkan kanak-kanak ni sangat sukakan elemen multimedia. Kena ada banyak visual. Jadi banyaklah aplikasi berunsurkan multimedia kat telefon dan kat komputer yang boleh digunakan oleh kanak-kanak ni untuk meningkatkan pencapaian intelek mereka.

Tapi pernah tak tertanya-tanya samada penggunaan teknologi seperti telefon pintar ni.. ada memberi kesan negatif kepada kanak-kanak tak?
Image result for the danger of smart phone to children


Jawapannya: ADA.

Dalam satu kajian ni, dikatakan kanak-kanak yang terdedah kepada penggunaan barang-barang elektronik seperti telefon pintar dan skrin komputer akan menyebabkan mereka mengalami masalah pembelajaran.

Kanak-kanak akan jadi SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN, SUKAR MENGINGATI dan SUKAR BELAJAR kat sekolah.



Sebab apa?

SEBAB RADIASI dari RADIKAL BEBAS yang dilepaskan oleh alatan elektronik tadi akan menyebabkan gangguan perkembangan sel otak. Dalam satu kajian ni, dikatakan bahawa kanak-kanak menyerap lebih banyak tenaga dari orang dewasa melalui penggunaan telefon yang sama. 

cp-radiation

Dalam satu kajian lain pula, diterangkan bagaimana radiasi dari telefon mudah alih dapat menembusi otak. Kadar penembusannya sangat dalam ke atas kanak-kanak berumur 5 tahun berbanding kanak-kanak 10 tahun. Dan kadar tembus radiasi tu berkurang bagi orang dewasa.

Image result for brain cel in children
children cell phone radiation exposure

Dan.. yang menakutkan ialah... satu kajian menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar dapat menyebabkan KANSER. Walaupun ada juga yang mengatakan tiada kaitan tetapi lebih baik ambik langkah berjaga-jaga kan.

Brain tumor smartphone


Bayangkan ye.. dari umur setahun dah guna telefon. Setiap hari... sampai ke tua.. katakan sehingga 70 tahun. Dah banyak mana dah radiasi tu..

Semua ibubapa kena ada kesedaran pasal ni. Kesannya hanya dapat dilihat dalam jangkamasa panjang. Jadi, lebih baik kita bertindak dengan langkah pencegahan SEKARANG.

Jom Ubah.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!